BTC USD 96,465.6 Gold USD 2,701.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Vida hantar Cik B belajar di Sepanyol, rela sewa rumah cecah setengah juta untuk 3 bulan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,541
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,541
Reaction score
6,645
Points
881
Awards
1
Datuk Vida hantar Cik B belajar di Sepanyol, rela sewa rumah cecah setengah juta untuk 3 bulan



Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida kini berada di Barcelona, Sepanyol untuk menghantar anak gadisnya iaitu Cik B melanjutkan pelajaran ke negara berkenaan.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman turut memuat naik rakaman ‘house tour’ di sebuah kediaman yang bakal menjadi tempat penginapan Cik B ketika berada di Sepanyol.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kos dibelanjakan oleh usahawan berusia 54 tahun itu untuk menyewa kediaman berkenaan dalam tempoh tiga bulan.

Mana tidaknya, Datuk Vida menerusi satu hantaran di platform TikTok memaklumkan bahawa kadar sewa rumah yang mempunyai lima bilik itu adalah sekitar RM5,000 sehari.

Perkara ini bermakna usahawan kosmetik terbabit membelanjakan wang mencecah setengah juta atau lebih tepatnya RM450,000 untuk menyewa rumah itu selama tiga bulan.

Malah Cik B juga menunjukkan reaksi muka terkejut ketika amaun sewa kediaman itu dimaklumkan kepadanya seperti dilihat di dalam rakaman berdurasi empat minit 40 saat tersebut.

“Alhamdulillah mujur Cik B suka (rumah ini).

“Kenapa belajar di Sepanyol? Sebab saya nak Cik B belajar bahasa Sepanyol dan di sini boleh rasa suasana baharu sedikit. Kalau macam ke tempat lain seperti London dan sebagainya itu sudah biasa pergi.

“Bilik ini harga dia RM5,000 sehari dan duduk selama tiga bulan,” kongsi Datuk Vida dalam rakaman tersebut sebelum menunjukkan beberapa bilik dengan reka bentuk moden klasik di rumah berkenaan.

Kediaman tersebut turut dilengkapi dengan bilik belajar, ruang tamu, tempat menonton televisyen, beberapa bilik air dengan bersama tab mandi dan tandas yang sangat besar.

Difahamkan, Cik B melanjutkan pengajiannya di sebuah kolej di Barcelona, Sepanyol dalam tiga jurusan berbeza iaitu bahasa Sepanyol, perniagaan dan kulinari dalam tempoh setahun sebelum menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register