BTC USD 105,118 Gold USD 3,376.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk tipu pelabur RM1 bilion diarah bayar RM600 juta

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,179
Points
266
Awards
1
gari_1701998254.jpg


KUALA LUMPUR: Lelaki bergelar Datuk yang didakwa menipu ratusan pelabur membabitkan kerugian kira-kira RM1 billion diarah oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia dan United Kingdom (UK) untuk membayar Kumpulan Zavarco lebih RM600 juta atas pelbagai pelanggaran tugas fidusiari.

Eksekutif Pelabur, Perhubungan Pelabur Zavarco, BS Maniam, berkata ia membabitkan penghakiman muktamad dari mahkamah di Malaysia dan UK terhadap individu terbabit atas pelbagai kesalahan korporat dan penyelewengan dana termasuk pecah amanah.

"Beberapa penghakiman itu termasuk sebanyak 101.5 juta Euro (kira-kira RM512 juta) di Mahkamah Tinggi UK kerana bersalah mengeluarkan saham syarikat awam (Zavarco Plc) kepada dirinya tanpa membayar balasan tunai.

"Penghakiman sebanyak RM29 juta (tidak termasuk faedah) di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana secara salah memanipulasi akaun Zavarco Berhad untuk menuntut wang bagi dirinya sendiri sebagai bayaran balik untuk pendahuluan pengarah.

"Penghakiman RM61 juta (termasuk ganti rugi punitif dan teladan tetapi tidak termasuk faedah) di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana melesapkan RM12 juta wang pelabur ke dalam akaun peribadinya," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya sedang mengesan kesahihan dakwaan yang mendakwa suspek turut terbabit dalam kegiatan pelaburan.

"Sebelum ini, kami ada terima laporan dibuat seorang lelaki warga asing berkaitan isu pembelian saham didakwa tidak wujud pada 16 April 2019 dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Hasil siasatan dilakukan mendapati pengadu membuat pembayaran hampir RM40 juta ke dalam akaun diberikan suspek bagi pegangan saham dalam sebuah syarikat miliknya (suspek), namun saham dijanjikan tidak diperoleh," katanya.

Beliau berkata, suspek sudah memulangkan wang pelaburan pengadu sebanyak RM10 juta secara berperingkat selain turut menyerahkan pegangan sahamnya di sebuah syarikat berpangkalan di luar negara kepada pengadu.

"Dapatan siasatan ini kemudian dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya yang memutuskan supaya pengadu memulakan tindakan sivil bagi menuntut kerugian dialaminya.

"Bagaimanapun, pihak polis sedang dalam tindakan untuk mengesan kesahihan dakwaan yang menyatakan suspek turut terbabit dalam kegiatan penipuan pelaburan," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang lelaki bergelar Datuk didakwa menipu ratusan pelabur sehingga meraih RM1 billion hasil kegiatan penipuan pelaburan yang dilakukannya sejak beberapa tahun lalu.

Perkara itu didedahkan oleh usahawan kosmetik, Shah Abdul Malek, 51, yang memaklumkan kerugian kira-kira RM5 juta selepas wang pelaburan miliknya serta rakan dan keluarga dilesapkan individu berkenaan.

Malah, seorang ahli perniagaan dari United Kingdom, Lee Roger Meiklejohn, 50, pula mendakwa menjadi mangsa kepada Datuk terbabit selepas diperkenalkan oleh seorang broker.

Beliau mendakwa dirinya ditipu hampir 10 juta pound sterling (kira-kira RM60 juta) selepas ditawarkan untuk melabur dalam sebuah syarikat dengan pelbagai tawaran dan pulangan lumayan.






media utama tak berani siar nama dan gambar datuk
 
Sponsored Post

Pecah amanah: Mahkamah perintah Ranjeet bayar RM602 juta​

berita hari sebelum
7 December 2023

AHLI perniagaan, Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Malaysia dan United Kingdom (UK) untuk membayar Kumpulan Zavarco sebanyak RM602 juta atas pelbagai pelanggaran tugas jenayah komersial.

Eksekutif Pelabur dan Perhubungan Pelabur Zavarco PLC, BS Maniam, dalam satu kenyataan berkata, Ranjeet yang juga bekas Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Zavarco, Pengarah Semasa Kumpulan Vascory, Kumpulan 3Lyon dan pengawal benefisial Kuber Venture Berhad didakwa menyeleweng dana termasuk kes pecah amanah dengan secara tidak jujur memperuntukkan dirinya sebanyak 840 juta saham dalam Zavarco PLC setiap satu dengan nilai nominal RM0.50 dan tanpa membayar sebarang wang.

“Mahkamah Tinggi United Kingdom memerintahkan penghakiman sebanyak RM512 juta dalam kes Zavarco PLC lawan Ranjeet Singh Sidhu kerana bersalah mengeluarkan saham syarikat awam (Zavarco Plc) kepada dirinya tanpa membayar balasan tunai.

“Manakala Mahkamah Tinggi Malaysia memerintahkan penghakiman sebagai RM29 juta dalam kes Zavarco PLC lawan Ranjeet Singh Sidhu kerana secara salah memanipulasi akaun Zavarco Berhad menuntut wang untuk dirinya sendiri sebagai bayaran balik untuk pendahuluan pengarah.

“Ranjeet juga diperintahkan penghakiman sebanyak RM61 juta dalam kes Zavarco Plc lawan Ranjeet Singh Sidhu kerana melesapkan RM 12 juta wang pelabur ke dalam akaun peribadinya,” katanya.

Katanya lagi, Ranjeet telah menubuhkan Zavarco PLC di UK di bawah Akta Syarikat 2006 (CA2006) untuk tujuan dijadikan syarikat induk penyenaraian di suatu bursa saham Eropah kepada kumpulan Zavarco di Malaysia dengan objektif untuk mendapatkan pelaburan antarabangsa bagi pembangunan rangkaian telekomunikasi gentian optik di Malaysia.

“Dia mendakwa bahawa percubaannya sebelum ini untuk mendapatkan wang pelaburan melalui sebuah syarikat di Malaysia tidak begitu berjaya.

“Sebaik sahaja Zavarco PLC diperbadankan, pemegang saham syarikat Malaysia sepatutnya menukar pegangan saham mereka dalam syarikat itu kepda saham baharu dalam Zavarco PLC, yang kemudiannya akan disenaraikan di Bursa Saham Frankfurt.

“Di bawah proses pengaturan ini, Ranjeet, bertindak sebagai salah seorang pemegang saham di syarikat Malaysia, secara tidak jujur memperuntukkan dirinya sebanyak 840 juta saham dalam Zavarco plc setiap satu dengan nilai nominal RM0.50 dan tanpa membayar sebarang wang,” kata Maniam.

Ranjeet telah memfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan kemudiannya di mahkamah Persekutuan, di mana kedua-dua rayuan beliau ditolak sebulat suara dengan kos.

Terdahulu, baru-baru ini, Ranjeet didakwa memperdaya ramai mangsa dalam dan luar negara dengan beberapa pelaburan palsu bernilai lebih RM1 bilion. -Edisi 9

 
WhatsApp-Image-2023-11-16-at-5.29.03-PM.jpeg

Kes penipuan Datuk melibatkan agensi kerajaan

Agensi kerajaan diperdaya sindikit penipuan ‘Datuk Wira’ bernilai RM1 bilion​

Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (Maper), Shah Abdul Malek mendedahkan individu yang bergelar ‘Datuk Wira’ telah memperdaya beberapa agensi kerajaan sehingga mencecah kerugian RM1 bilion.

Lelaki berkenaan telah melanggar Akta syarikat 1965 dengan menubuhkan perniagaan palsu dan membuat pengistytiharan tahunan palsu serta laporan audit palsu.

Dakwaannya lagi, lelaki tersebut menjalankan operasi seperti skim cepat kaya sebagai ketua pegawai eksekutif di sebuah koperasi dengan menipu jutaan ringgit.

Namun apa yang menghairankan lelaki berkenaan tidak didakwa meskipun wang koperasi dan pendaftaran sudah dibekukan.

“Banyak laporan polis telah dibuat terhadapnya tetapi tiada tindakan atau dakwaan pernah dikenakan. Saya percaya dia telah memutar belit atau memberi kenyataan palsu untuk melepaskan diri.

“Apa yang kami hairan sehingga kini lelaki terbabit tidak pernah ditahan meskipun ada membuat pengakuan bersumpah bahawa dia ada membayar rasuah kepada seorang pegawai atasan bank di mahkamah, baru-baru ini,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Petaling Jaya.

Selepas mengadakan sesi sidang media pada minggu lepas, Maper telah berjaya perolehi individu yang ditipu oleh lelaki berkenaan, setakat ini lapan individu telah tampil.

“Lapan individu ini terdiri daripada golongan profesional seperti doktor dan ahli perniagaan yang membabitkan kerugian puluhan jutaan ringgit” jelas Shah lagi.


Maper meminta sesiapa yang menjadi mangsa penipuan untuk mengumpul dokumen berkaitan sebelum tindakan seterusnya diambil termasuk membuat laporan polis,” katanya.

Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan lelaki terbabit diminta menghubungi talian 014-2214433 untuk proses pengumpulan dokumen dan lain-lain tindakan berkaitan.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register