Datuk Nicol Ann David Umum Bersara Dari Dunia Squash Jun 2019

Recommended Brokers


Poll : CariGold new board 2019

  • Fonts terlampau besar, boleh kecilkan sedikit

    Votes: 24 22.4%
  • Warna terlampau terang

    Votes: 8 7.5%
  • Sidebar besar agak mengganggu

    Votes: 44 41.1%
  • Sangat berminat dengan theme baru ini

    Votes: 29 27.1%
  • Serius, tak minat langsung

    Votes: 34 31.8%

Latest Threads

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
6,674
Reaction score
165
Points
63
Dah kaya jutawan Dato Nicole David

Sapa jadi laki dia bertuah la

Bini kaya raya kot
Ang tunggu lg daus pi la try ejast mn tau lekat kn dh dekat ngn ang tu hahaha
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3
Karier Nicol ditutup dengan kekecewaan




KUALA LUMPUR 22 Mei - Perjalanan Datuk Nicol David sebagai pemain skuasy berakhir dengan kekecewaan selepas tumpas pada pusingan kedua Terbuka Britain di Hull, England hari ini.


Nicol, 36, menunjukkan semangat juang tinggi menentang pemain No. 3 dunia, Nour El Tayeb dari Mesir sebelum tumpas 4-11, 7-11, 13-11, 5-11 dalam masa 41 minit.

Terbuka Britain amat dekat di hati Nicol kerana dia menjuarainya lima kali, malah bintang kelahiran Pulau Pinang itu kekal sebagai satu-satunya pemain Asia yang pernah dinobat sebagai juara wanita.

Pada Februari lalu, Nicol mengumumkan dia akan bersara sebaik sahaja kalendar Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2018/2019 berakhir, dan Terbuka Britain adalah aksi terakhirnya.

Biarpun gagal menjulang kejuaraan dalam penampilan terakhir, Nicol kekal sebagai pemain wanita terhebat sepanjang zaman.

Dia menutup karier selaku juara dunia lapan kali, malah memiliki 81 gelaran PSA dan menghuni takhta No. 1 dunia selama 109 bulan berturut-turut dari 2006-2015.


http://m.utusan.com.my/sukan/karier-nicol-ditutup-dengan-kekecewaan-1.905508
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
7,287
Reaction score
1,741
Points
168
Location
KL
Karier Baharu Nicol

23.05.2019 - Kuala Lumpur, “Saya mahu menggalakkan lebih ramai wanita terbabit dalam sukan. Saya akan memberikan motivasi kepada semua orang menerusi forum, penulisan dan sebagainya,” kata legenda skuasy dunia, Datuk Nicol David.

Dia mengakui teruja untuk meneruskan perjuangannya menerusi ‘pentas’ berbeza apabila secara rasmi bersara selepas tersingkir di Terbuka British, malam kelmarin.

Pada peringkat dunia, atlet berusia 36 tahun berkenaan akan bekerjasama rapat dengan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dalam mengembangkan lagi jelajah berkenaan secara keseluruhan.

Namun dalam konteks Malaysia, Nicol akan terus memberikan inspirasi, sokongan dan motivasi terutama kepada golongan wanita menerusi Yayasan Nicol David.

“Terlalu banyak perkara yang saya mahu lakukan...saya amat teruja dan tidak sabar untuk mengharunginya,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Anak didik Liz Irving yang kini di kedudukan ke-18 dunia mengumumkan persaraannya pada Februari lalu selepas 21 tahun menyumbang kepada skuasy dengan aksi terakhirnya di Terbuka British.

“Kejohanan ini memberikan kepercayaan kepada saya mengenai kemampuan untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dan memberikan keyakinan untuk meraih juara dunia buat kali pertama serta mencapai kedudukan nombor satu dunia,” katanya.

Nicol mulai memenangi Terbuka British buat kali pertama pada 2005, tahun sama dia meraih gelaran juara dunia.

Kariernya terus berkembang dengan pelbagai gelaran dan pencapaian diraih sehingga bergelar pemain nombor satu dunia selama 109 bulan bermula 2006 hingga 2015.

Atlet negara berusia 36 tahun berkenaan diundi PSA sebagai pemain wanita terbaik sepanjang zaman dengan meraih 81 gelaran selepas mengharungi 102 final.

Bagaimanapun, juara dunia lapan kali itu mengakui mengharungi detik sukar dengan menyifatkan kekalahan kepada Annie Au (Hong Kong) di pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2017 memberikan kejutan dalam kariernya.

“Saya lihat ia adalah kekalahan yang besar, saya seolah-olah hilang tujuan pada kejohanan. Ia memberikan ‘pukulan’ yang amat kuat kepada saya.

“Jadi saya perlu tahu apa nak buat dengan skuasy selepas lebih 20 tahun...saya berfikir untuk memberikan diri sendiri tempoh lima tahun lagi namun saya perlu jujur dengan diri sendiri. Saya hanya mampu untuk memberikan secara maksimum untuk tempoh dua tahun saja.

“Saya tidak pernah jangka akan berada sehingga tahap ini, dunia memandang saya...ramai kanak-kanak di Malaysia dan dunia mendapat inspirasi daripada saya. Saya lakukannya kerana cinta kepada sukan ini,” katanya.



Berita asal https://www.hmetro.com.my/arena/2019/05/458568/karier-baharu-nicol
 

Fabs Gunns

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2011
Messages
6,257
Reaction score
51
Points
48
9 tahun pegang no.1 world ranking mmg terbaik la
berbakat super
 
Sponsored Post
Top
Log in Register