BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Maznah Hamid meninggal dunia

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
jadi-punca-keretakan-perpaduan.jpg


KUALA LUMPUR 4 OKT. - Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.10 petang tadi selepas berada dalam kritikal selama lima hari.

Menurut suaminya, Datuk Shaheen Mirza Habib, isterinya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum ini, Maznah berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung pada 29 September lalu.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/maznah-hamid-meninggal-dunia-1.534072#ixzz4uXDzweTw
 
Jenazah Maznah Hamid selamat dikebumi

masjidnyembahyang.transformed.jpg

JEMAAH Masjid menunaikan solat jenazah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang

KUALA LUMPUR: Jenazah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid, 62, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selamat dikebumikan pada jam 5.50 petang di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, di sini

Suasana pilu turut menyelubungi kawasan perkuburan apabila lebih daripada 300 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada wanita yang terkenal dengan gelaran Iron Lady ini

Terdahulu, solat jenazah dilakukan dua kali di rumah Allahyarham dan di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang selepas solat Asar sebelum dibawa ke tanah perkuburan ini

Allahyarham yang juga Exco Wanita UMNO meninggalkan lima cahaya mata, Datin Nur Sharmila, 37, Shahril Reza, 36, Nurul Shameem, 32, Mohamad Shafiq Azim,28 dan Mazreen Shanim, 24

http://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/333876/jenazah-maznah-hamid-selamat-dikebumi

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Takziah buat keluarga beliau...semoga dipermudahkan segala urusan..
 
‘Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un’
Takziah... jasa2 mu tetap dikenang.
 
Back
Top
Log in Register