BTC USD 43,095.7 Gold USD 1,761.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Mansor Othman Antara 3 Ahli Parlimen Positif Covid-19

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
24.07.2021 - Georgetown, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman antara tiga Ahli Parlimen yang didapati gagal dalam ujian saringan Covid-19 yang dijalankan semalam. Mansor ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur sejak semalam.

“Ya betul, saya tidak boleh masuk dewan Isnin ini susulan disahkan positif Covid-19,” jelas beliau.

Sementara itu, selain Mansor, difahamkan dua lagi Ahli Parlimen turut disahkan positif. Selain itu, empat orang lagi Ahli Parlimen turut diarahkan menjalani kuarantin wajib selepas disahkan kontak rapat. Terdahulu, seramai 220 Ahli Parlimen dilaporkan akan menghadiri sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin ini iaitu persidangan pertama bagi tahun ini selepas ditangguhkan ekoran perisytiharan darurat di seluruh negara sejak 12 Januari lalu.

Semua Ahli Parlimen dibenar hadir ke Parlimen bagi mendengar penerangan, mengajukan soalan dan membahaskan beberapa perkara berkaitan Proklamasi Darurat dan langkah kerajaan menangani pandemik Covid-19 dalam persidangan yang akan berlangsung selama lima hari itu. Untuk rekod, Dewan Rakyat bagi penggal ketiga diadakan lima hari pada 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos, manakala sidang Dewan Negara ditetapkan pada 3 hingga 5 Ogos.​

1627132909427.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
"Kita belum terima laporan penuh daripada ujian saringan.." Itu penjelasan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Bernama TV mengenai dakwaan terdapat beberapa ahli parlimen dipercayai positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan virus itu di Parlimen baru-baru ini.

1627170263328.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Zahid, Timbalan Menteri Antara MP Positif Covid-19

25.07.2021 - Kuala Lumpur, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mansor Othman adalah antara ahli parlimen yang positif Covid-19 menjelang persidangan Parlimen Isnin ini, maklum sumber dalaman yang memberitahu Malaysiakini. Laporan Utusan Malaysia memetik sumber mengatakan bahawa Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz juga positif. Sumber yang bercakap dengan Malaysiakini juga memaklumkan perkara sama.

Bagaimanapun, Nik Abduh menafikan perkara ini. Dia memberitahu Harian Metro bahawa ada keraguan pada mulanya, namun akhirnya ujian calitan menunjukkan dia negatif. Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Zuraida Kamaruddin mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa dia adalah salah seorang kontak rapat Mansor. Sementara itu, laporan Utusan Malaysia turut menyatakan bahawa Timbalan Speaker Rashid Hasnon merupakan kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Bagaimanapun, seorang pegawai dari pejabat timbalan speaker menafikan bahawa Rashid menjadi kontak rapat pesakit Covid-19. Dia juga mengatakan bahawa Rashid dan semua pegawainya telah diuji negatif Covid-19. Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa juga positif Covid-19, tetapi sumber yang dekat dengannya kemudian menafikan perkara ini.

Menteri itu dikuarantin pada 15 Julai setelah pegawai khasnya positif Covid-19. Tidak jelas jumlah ahli parlimen lain yang diuji positif atau harus dikuarantin kerana kontak rapat. Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim memberitahu Malaysiakini bahawa mereka yang positif mesti memaklumkan status mereka agar kontak rapat dapat diuji.

Ahli parlimen berkenaan tidak akan dapat mengambil bahagian secara maya dalam sidang parlimen minggu ini, kerana perintah tetap Dewan Rakyat belum diubah untuk membolehkan persidangan hibrid. Parlimen bersidang selama lima hari mulai Isnin. Agenda setakat ini adalah mendengar taklimat daripada kerajaan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang dijangka turut melibatkan perbahasan.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Dewan Rakyat mempertimbangkan untuk hanya membenarkan 80 ahli parlimen masuk ke dalam dewan pada satu masa. Menurut Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, 35 ahli parlimen hanya menerima satu dos vaksin, sementara empat yang lain belum diberi vaksin atas sebab-sebab tertentu. Seratus lapan puluh satu ahli parlimen lain sudah divaksin sepenuhnya.​

1627170558896.png
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,191
Reaction score
5,934
Points
321
Ini dah ambil veksin tapi kne covid..
Kategori 1..
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,191
Reaction score
5,934
Points
321
Ini dah ambil veksin tapi kne covid..​


vaksin cegah Covid, bukan bunuh virus .. kita yang kena berjaga2 walaupun sudah di vaksin :)

Betul boss..
Sebab tu kerajaan abah takut nak bukak parlimen..
Virus leh spread..
 

odin_kaa

Active Member
Joined
Dec 29, 2012
Messages
1,490
Reaction score
235
Points
43
Betul boss..
Sebab tu kerajaan abah takut nak bukak parlimen..
Virus leh spread..
Lagi2 ramai jugak AP yang dah berumur lebih 50, kategori warga emas pun ramai. Walaupun divaksin, buatnya dah infected lama, tapi symptoms dah signify stage 4 and above, tak ke naya dekat AP yang lain macam Tun yang dah lanjut umur, yang ada anak2 kecik ke, yang menyusu anak ke.

Orang cakap sedap la sebab takut la ape la, kau tunggu family kau terlantar dalam icu tu, kena ditidurkan ke atau perlukan oxygen support baru ada akal. Time tu kau kibar la bendera politik kau tu, nak buat tatu politik pun dah tak guna
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,191
Reaction score
5,934
Points
321
20210725_095619.jpg


Ada ke yg x ambil vaksin ?

Klo ada mesti ada surat sokongan doktor ckp x sesuai bla bla..

IMG_20210725_093926.jpg
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,124
Reaction score
2,780
Points
201
Kalau sama2 sudah ambil baksin
Secara teknikal mereka bole duduk sama2
Walaupun ada yg +ve & ada yg -ve

Kerana yg sudah di suntik, ke barangkalian utk hospitalised adalah sgt rendah
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,793
Reaction score
860
Points
121
Aku cadangkan buat ujian menipu polygraph sekali kat dalam parlimen nanti.
Mana2 MP yang gagal ujian diharamkan daripada masuk bersidang.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register