Datuk Karim: Sabah miskin sebab pemimpinnya kaya

CG Sponsors




papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia, lapor TV Selangor.



Laporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin.

Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan.

Pemimpin yang pernah sama-sama berjuang bersama tokoh kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun itu berkata masalah wujud disebabkan perjanjian ketika pembentukkan Malaysia tidak ditunaikan.

"Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul," katannya yang berhasrat menghidupkan semula Usno.



Berhubung tindakan EPU menyanggah laporan tersebut, Karim berkata ini kerana kerajaan BN sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin.

"Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan.

"Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul.

"Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat.

"Seperti di Batu Sapi, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, air mata saya pun menitis kerana merempat sedangkan Batu Sapi itu tempat Ketua Menteri, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya.

Dakwa Karim lagi, Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan.



"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya.

Beliau juga membidas projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang dakwanya tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut.

"Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada.

"Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan rakyat supaya dapat keluar daripada kemiskinan," katanya lagi.


Sumber

---------------
Sampai calon PKR Ansari Abdullah jatuh 2 kali semasa melawat rumah pendudukdi Batu Sapi. Itu di Batu Sapi, di kawasan lain bagaimana? Begitulah daifnya Sabah. Hasil bumi kaya tapi rakyatnya miskin.
 
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,268
Reaction score
526
Points
176
kesian betul aku tgk umah diorang tu
 

zeal_tech

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Aug 23, 2008
Messages
7,888
Reaction score
11
Points
65
aku ada kawan dr sabah...bljar kt smenanjung....
dia cite....byk tanah kat sabah ni...kroni2 atau kuarga pemimpin yang songlap....geran di lapik ngan nama baru....atas alasan tanah x diusahakan......x taw betul ke x...
 

nalia70

Fun Poster
Joined
Nov 19, 2008
Messages
882
Reaction score
2
Points
15
aku ada kawan dr sabah...bljar kt smenanjung....
dia cite....byk tanah kat sabah ni...kroni2 atau kuarga pemimpin yang songlap....geran di lapik ngan nama baru....atas alasan tanah x diusahakan......x taw betul ke x...
memang betul,pak menteri yang kaya & makan rasuah dan duit rakyat....
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
ketirisan, ketirisan, ketirisan....
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,250
Reaction score
28
Points
70
Sampai bilakah kita mau ketirisan yg melampau berlaku dalam pemerintahan Malaysia? Ia terpulang kpd rakyat Malaysia yg mengundi.
 

Bionik

Super Active Member
Joined
Nov 16, 2009
Messages
8,222
Reaction score
59
Points
70
Aku rasa tak betul citer ni kerana Bung Mokhtar tak bersuara pun (sbb busy diulit mimpi sama itu vini baru)... :))
 

tok_sheikh

Fun Poster
Joined
Jul 31, 2010
Messages
343
Reaction score
1
Points
20
nape thread nih cam xlaku jek???
mana pejuang2 UMNO??
 
Sponsored Post
Top
Log in Register