eboss
CG Hardcore
- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Usahawan ternama, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih popular dengan panggilan Datuk K menafikan khabar angin kononnya beliau memadukan isterinya, penyanyi nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin.
Sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai tidak berasas, Khalid menegaskan, khabar angin beliau berkahwin lagi disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang berniat menjejaskan nama serta reputasi beliau dan isterinya.
"Semua itu (gosip kahwin lain) tidak betul. Di sini saya menafikan sekeras-kerasnya khabar angin tersebut. Saya sendiri tidak tahu dan hairan bagaimana gosip itu boleh tersebar," tegas Khalid kepada wartawan pada majlis berbuka puasa dan memperkenalkan artis-artis Siti Nurhaliza Production (SNP) di sini malam ini.
Beberapa minggu lalu, dalam satu laporan gosip sebuah akhbar tabloid, ahli perniagaan yang menikahi Siti Nurhaliza pada 21 Ogos 2006 itu dilaporkan mendirikan rumah tangga secara diam-diam dengan seorang pramugari yang berasal dari Ipoh, Perak.
Menurut Khalid, 49, beliau tidak ada masa untuk melayan cerita-cerita karut itu dan memohon pertimbangan semua pihak agar berhenti menyebar fitnah yang bukan-bukan mengenai diri beliau dan isterinya.
Sementara itu, Siti Nurhaliza yang tenang di sisi suaminya pada sidang media yang sama memberitahu, beliau langsung tidak mempercayai laporan tidak berasas itu.
Beliau berkata, sepanjang lebih 10 tahun menjadi artis, beliau sudah lali dengan gosip-gosip yang cuba menjejaskan nama dan reputasinya.
"Saya percaya pada suami saya, sebesar kuman pun tidak mempercayai gosip tersebut ketika membacanya," katanya dalam nada tenang.
Menurut penghibur berusia 29 tahun itu, sejak mula berkenalan dengan Khalid, sehingga kini beliau dan suaminya mengamalkan sikap saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain.
"Mungkin selepas ini ada pula gosip lain yang akan direka oleh mereka yang sengaja mahu melihat saya tertekan. Biarlah apa yang mahu mereka lakukan kerana Insya-Allah sehingga kini saya dan suami cukup bahagia dengan kehidupan berumah tangga," jelas beliau.
aik...ada goyang ko?