'Datuk’ dadah ditahan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Di kalangan penagih dadah, dia terkenal dengan jolokan nama ‘Datuk’ berikutan licik menghidu pergerakan polis yang cuba menahan penagih di kawasan Pantai Dalam, di sini.


TAHAN... dalang pengedaran dadah kawasan Pantai Dalam ditangkap bersama 15 penagih.

KUALA LUMPUR: Di kalangan penagih dadah, dia terkenal dengan jolokan nama ‘Datuk’ berikutan licik menghidu pergerakan polis yang cuba menahan penagih di kawasan Pantai Dalam, di sini.


Malah, lelaki berusia 35 tahun itu yang juga pengedar dadah utama di kawasan terbabit dianggap berbahaya kerana gemar membaling batu bata dari atas kondominium rakyat ke arah anggota polis semata-mata untuk menggagalkan operasi narkotik.


Namun, dia berjaya ditumpaskan semalam selepas sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields melakukan operasi sebaik mengenal pasti sarang persembunyiannya yang turut digunakan sebagai lokasi mengintip kehadiran polis.


Operasi terbabit disertai 16 anggota polis diketuai Ketua JSJN Brickfields, Asisten Superintendan Suzalani Shafie.


Sumber polis berkata, dalam operasi seawal jam 5 pagi semalam, polis menyusup masuk ke kawasan kondominium rakyat terbabit yang dijadikan ‘pintu masuk’ utama penagih untuk mendapatkan bekalan dadah sebelum pergi ke puncak bukit berhampiran untuk menghisap dadah beramai-ramai.


Menurutnya, operasi sebelum ini menghadapi kesukaran berikutan penagih dadah seolah-olah diberi amaran oleh ‘tonto ghaib’ sebaik menyedari kehadiran polis.


“Golongan penagih ini yang menjadikan puncak bukit yang ditutupi belukar sebagai markas penagihan beramai-ramai pada waktu pagi akan bertempiaran melarikan diri bagi mengelak ditahan.


“Ada orang membaling batu dari unit pangsapuri ke arah anggota polis bagi menggagalkan operasi sebelum ini,” katanya.


Susulan itu, kata sumber itu, polis sengaja memilih waktu gelap sebelum subuh untuk menyusup ke kawasan berkenaan sebelum mengepung kawasan bukit berhampiran sambil menanti kedatangan gerombolan penagih dadah.


Perangkap itu menjadi apabila beberapa penagih dadah dilihat muncul menaiki kereta atau motosikal sebelum meletakkan kenderaan berhampiran kawasan kondominium rakyat terbabit.


Sebaik mereka memanjat bukit untuk menuju ke pondok yang dijadikan pusat penagihan dadah, polis menyerang hendap sebelum menangkap mereka satu persatu.


Dalam operasi sehingga jam 1 tengah hari semalam, seramai 15 penagih dadah tempatan berusia antara 25 hingga 65 tahun berjaya ditahan. Walaupun ada yang cuba melarikan diri selain melawan polis, mereka berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk menjalani ujian air kencing.


Sumber itu menyatakan, hasil pemeriksaan dilakukan, polis menemui dadah jenis ganja, heroin dan syabu daripada kebanyakan penagih dadah terbabit.


Semua dadah itu dipercayai baru dibeli daripada pembekal yang tinggal di kondominium berhampiran.


Menurutnya, antara penagih yang ditahan itu bekerja sebagai pemandu teksi, penjual besi buruk dan penghantar surat.


“Polis yang menyoal siasat semua suspek berjaya mengenal pasti ‘dalang’ yang menjadi pembekal dadah utama di kawasan Pantai Dalam yang turut bertindak sebagai ‘alat amaran awal’ jika mengetahui kehadiran polis.


“Susulan maklumat itu, polis menyerbu satu unit rumah di kondominium terbabit sekitar jam 12.50 tengah hari sebelum menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun. Sewaktu ditahan polis, suspek yang juga penganggur didapati lena tidur,” katanya.


Suspek dikatakan membuat tempahan pembelian dadah menggunakan telefon bimbit sebelum menggunakan pengantara bagi menghantar dadah terbabit ke sarang dadah di bukit berkenaan.


“Penangkapan suspek adalah kejayaan terbesar polis daerah Brickfields dalam menumpaskan aktiviti penagihan dadah yang kerap dilaporkan penduduk sekitar Pantai Dalam,” katanya.
 
Top
Log in Register