BTC USD 28,447.1 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dasar Pendidikan Tinggi Nasional Dikaji Semula - Menteri KPT, DS Mohamed Khaled Nordin

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
402,058
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
402,058
Reaction score
27,660
Points
2,836
Awards
2

Dasar Pendidikan Tinggi Nasional dikaji semula​

30 Januari 2023 12:20pm

2074467.jpg


Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Pendidikan Tinggi di kementeriannya. -Foto Bernama


PUTRAJAYA - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional.

Menurutnya, jawatankuasa itu diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukakan dapatan kepadanya.

Beliau berkata, dapatan dan saranan penambahbaikan daripada jawatankuasa itu sangat kritikal atas beberapa sebab.

"Pertama, landskap pendidikan nasional hari ini sudah menjadi semakin ‘multifacated’. Kedudukan dan peranan semua pihak mesti dilihat dan diperkemas semula," kata Mohamed Khaled menerusi ucapan Amanat Tahun Baharu di kementeriannya di sini pada Isnin.

Ujar beliau, segala yang berlaku di sekeliling sama ada wabak kesihatan, perubahan iklim atau krisis tenaga mahupun perang kognitif, secara tidak langsung mengheret kementerian menjadi sebahagian daripada pemainnya.

"Sektor pendidikan tinggi tidak lagi terbatas pada penyediaan graduan yang berkemahiran demi sebuah pasaran kerja atau penyelidikan dengan deretan jurnal impak tinggi nilainya terbatas hanya kepada prestij.

"Atau hanya sekadar menjalankan sebuah perniagaan yang berkisar tentang kelayakan ijazah," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, pendidikan tinggi hari ini jauh lebih kompleks, rumit dan mencabar.

"Maka, kita memerlukan pelan dan strategi yang lebih sofistikated, lestari dan kontemporari.

"Paling penting, kita memerlukan pelan dan strategi yang akan menterjemahkan aspirasi nasional," katanya.

Ujar Mohamed Khaled, dalam menterjemahkan pelbagai dasar dan program nasional, KPT akan bersikap profesional, adil, objektif dan tidak politikal.

"Ini bermakna, semua misi, pelan dan projek yang ingin kita jayakan dalam sektor pendidikan tinggi negara mesti mempunyai beberapa ciri utama," katanya.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
402,058
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
402,058
Reaction score
27,660
Points
2,836
Awards
2
PUTRAJAYA - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional.

Menurutnya, jawatankuasa itu diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukakan dapatan kepadanya.


JK diberi masa 3 bulan untuk siapkan kajian
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,638
Joined
Apr 18, 2010
Messages
41,638
Reaction score
3,628
Points
266
Awards
1
PUTRAJAYA - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional.

Menurutnya, jawatankuasa itu diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukakan dapatan kepadanya.


JK diberi masa 3 bulan untuk siapkan kajian
benda biasa ni.
kajian, mesyuarat karipap.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
402,058
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
402,058
Reaction score
27,660
Points
2,836
Awards
2
bagi kawan...benda yg kawan nampak...peluang pekerjaan tak sekadar dengan jumlah graduan yg ada...tangga gaji pun tak sesuai...kalau ramai graduan bagus2 tapi peluang tak banyak dan gaji yg setimpal...bukan salah IPT

IPT boleh je kaji sukatan pelajaran yang relevan dengan keperluan semasa
Cuma peluang pekerjaan yang ditawarkan tidak lah sebanyak jumlah graduan yang dihasilkan IPT
Jadi kat sini betul lah aok kabo
Bukan salah IPT pun
 
Sponsored Post

Top
Log in Register