BTC USD 98,077.2 Gold USD 2,860.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dari 8 tahun ke 13 tahun, banduan kes rogol mengaku salah cabul pelajar atas motosikal

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,445
Top Poster #10
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,445
Reaction score
6,723
Points
881
Awards
1
Dari 8 tahun ke 13 tahun, banduan kes rogol mengaku salah cabul pelajar atas motosikal

Mohammad Syafiq Aiman keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual ke atas pelajar perempuan di Kluang dua tahun lalu. - Foto NSTP/Alias Abd Rani
MUAR: Hukuman ke atas seorang pekerja kilang yang sedang menjalani hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan kerana merogol adik angkat, hari ini bertambah menjadi 13 tahun dan enam sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual ke atas pelajar perempuan di Kluang, dua tahun lalu.

Mohammad Syafiq Aiman Yahya, 25, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Sayani Mohd Nor.


Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara lima tahun dan tiga sebatan bagi kesalahan amang seksual dengan hukuman itu berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman kesalahan merogol yang dijatuhkan pada 5 November lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 14 tahun ketika kejadian, di Jalan Siantan, Kluang pada jam 1.30 petang, 13 Februari 2022.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama dengan penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan mangsa pada jam 9.55 pagi, 14 Februari 2022 mengatakan dia diperlakukan sedemikian oleh tertuduh ketika sedang menunggang motosikal sewaktu pulang dari sekolah ke rumahnya.

Siasatan polis mendapati, sebelum kejadian, mangsa menunggang motosikal untuk menghantar rakannya pulang sebaik selesai sesi persekolahan.

Sewaktu dalam perjalanan, mangsa menyedari diekori tertuduh. Selepas menghantar rakan, mangsa terus pulang ke rumah namun ketika dalam perjalanan, tertuduh menunggang motosikal di sebelahnya.

Secara tiba-tiba tertuduh melakukan perbuatan itu hingga menyebabkan mangsa ketakutan lalu pulang ke rumahnya.

Laporan polis kemudian dibuat dan tertuduh berjaya ditahan dua hari selepas itu untuk membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh diwakili Syafie Naim daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Selain itu, mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tahanan serta pengawasan polis dua tahun sebaik selesai hukuman penjara, selari dengan Seksyen 26 dan 27 AKKSTKKK.
 
Back
Top
Log in Register