BTC USD 37,913.9 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Darah Cair/HB Rendah, Anemia

eIMra

Junior Member
Messages
90
Joined
Jun 10, 2012
Messages
90
Reaction score
11
Points
11
ANEMIA

Darah cair, HB rendah, anemia semuanya merujuk kepada perkara yang sama iaitu keadaan dimana kekurangan sel darah merah atau hemoglobin iaitu sejenis protein yang membawa oksigen dalam darah. (Terdapat satu lagi masalah darah cair iaitu Thrombocytopenia atau kurang platlet darah).

Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr. Norleen Mohd Salleh, berkata ketika hamil isipadu darah bertambah 50% menyebabkan kepekatan darah berkurang. Ini menyebabkan sesetengah kakitangan perubatan menggunakan istilah darah cair bagi memudahkan pemahaman. Menurutnya lagi, kebanyakan wanita mengalami anemia ketika mengandung dan 90% kes disebabkan kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi berlaku kerana janin menggunakan sel darah merah ibu untuk pertumbuhan dan pembentukkan organnya, terutama pada trimester terakhir kehamilan.

bloodbagnotext-0001.jpg


PUNCA

Terdapat pelbagai punca anemia samada yang diwarisi (seperti talessemia) dan yang diperolehi (akibat pemakan, pendarahan, kehamilan, dll). Namun kebanyakkan masalah anemia berlaku berpunca dari..


Kekurangan Zat Besi

Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi SERTA makanan yang kaya dengan vitamin C (membantu penyerapan zat besi). Tanpa vitamin C secukupnya, badan tidak dapat menyerap zat besi sepenuhnya.

**kurma cina/red dates/jujube mengandungi magnesium, potassium, copper, niacin, kalsium, phosphorus dan zat besi. Gabungan ini membuatkan ia mengandungi 20 kali ganda vitamin C dari buah-buahan citrus & menguatkan sistem imun badan.

red-dates-master.jpg


Kekurangan folate/folic acid (Vitamin B9)

Folate merupakan bentuk semulajadi manakala folic acid merupakan bentuk sintetik (buatan). Anemia akibat kekurangan vitamin ini boleh diatasi dengan pengambilan pil folic acid atau makanan yang kaya dengan folate.

PERHATIAN!!
Jika anda mengambil banyak makanan kaya vitamin C, anda perlu juga meningkatkan pengambilan folic acid kerana vitamin C mampu menyingkirkan folic acid dalam badan.



Kekurangan vitamin B12

Anemia akibat kekurangan vitamin ini biasanya terjadi kepada individu yang mempunyai masalah sistem imun badan (termasuk masalah thyroid, dsb), individu vegetarian tegar, serta warga emas. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan kaya vitamin B12



Apa yang perlu anda lakukan..
Hampir setiap jenis anemia yang dinyatakan diatas mempunyai kaitan antara satu sama lain. Dari itu anda disarankan mengamalkan PEMAKANAN SEIMBANG dengan meningkatkan pengambilan makanan sumber zat besi, makanan sumber vitamin C untuk penyerapan zat besi yang berkesan dan dalam masa yang sama mengambil makanan sumber folic acid. Bagi individu yang berisiko mendapat anemia akibat kekurangan B12, pastikan anda mendapat sumber B12 yang secukupnya dari diet harian :)





Makanan sumber zat besi | Makanan sumber vit C | Makanan sumber folic acid | Makanan sumber vit B12
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,467
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,467
Reaction score
17,849
Points
2,536
Awards
1
FB_IMG_1627369870222.jpg

#Anemia :

🔺 1 daripada 5 rakyat Malaysia alami Anemia

#InfografikBernama
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register