hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,835
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,835
- Reaction score
- 1,393
- Points
- 201
Dapur bakar pelet kayu meletup, 4 pekerja melecur
KUCHING: Empat pekerja melecur apabila ‘dapur’ tempat pembakaran kayu di sebuah kilang membuat pelet di Miri, meletup hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.42 pagi.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.
“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran terkawal dan tidak membabitkan struktur kilang, namun empat pekerja mengalami kecederaan apabila melecur dalam kejadian itu.
“Kesemua mangsa dihantar ke hospital berdekatan menggunakan van kilang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya.
Beliau berkata, dapur pembakaran pelet kayu itu meletup ketika kerja-kerja mengimpal dijalankan.
Menurutnya, daripada empat mangsa itu, seorang iaitu warga China mengalami kecederaan parah apabila melecur teruk manakala tiga lagi turut melecur tahap sederhana.
Warga China yang parah itu dikenali sebagai Dai Jiong Huo, manakala tiga lagi iaitu seorang warga Indonesia, Wawan Firmansyah melecur di badan dan tangan manakala dua rakyat tempatan iaitu, Wong King Hee melecur di tangan, dan Ahmad Azizi Farhan melecur di badan dan tangan.
“Punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami kilang itu masih dalam siasatan lanjut,” katanya.
Sumber : Buletin TV3