BTC USD 104,371 Gold USD 2,702.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAPSY parti paling miskin, layak terima “zakat”, kata Nga Kor Ming

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,179
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,179
Reaction score
6,705
Points
881
Awards
1
DAPSY parti paling miskin, layak terima “zakat”, kata Nga Kor Ming

Nizam Zain17 November 2024
MGF17112024_KONGRES-DAPSY-16

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming bergambar bersama mantan-mantan Ketua Pemuda DAP dan Ketua Pemuda DAP yang baru dilantik, Woo Kah Leong (dua kanan) pada Kongres Kebangsaan DAPSY 2024 di Centro Mall, Klang. Foto SADIQ SANI, 17 NOVEMBER 2024
KLANG – Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming hari ini mengumumkan untuk menyumbang sebulan gaji Ahli Parlimen miliknya kepada Pemuda Sosialis DAP (DAPSY).

Kor Ming berkata, ini kerana DAPSY merupakan sayap DAP yang paling miskin dan layak menerima “zakat”, sambil menyifatkannya sebagai ‘snaf fakir miskin.

“Sebagai mantan ketua pemuda DAP yang sentiasa sayang dan cintakan DAPSY, saya dengan penuh rasa ‘tawaduk’ dan rendah hati, ingin menyumbang satu bulan gaji Ahli Parlimen kepada DAPSY.

“Ini bagi miskin papa kedana, kita ikut sudah masuk asnaf fakir miskin, boleh layak untuk mendapat zakat

“Jadi memang antara parti paling miskin di Malaysia,” katanya ketika merasmikan Kongres DAP Kebangsaan 2024 di sini, hari ini.

Hadir sama bekas Ketua DAPSY, Kelvin Yii Lee Wuen dan bekas Timbalan Ketua DAPSY yang juga Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan juga berkata, walaupun DAPSY miskin dari segi pemilihan harta benda, namun tidak sesekali miskin minda.

“Parti yang kaya tidak semestinya parti yang berjaya, parti yang miskin harta tapi jika kita ikhlas berkhidmat, komited untuk terus berjuang.

“DAPSY bakal menjadi harapan baharu Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

tak ya la nak tokok tambah

jelas dia perli party yg selalu duk minta derma je

patut rakyat minta bantuan.. tapi terbalik party melayu ni

Yg ni
IMG_7747.jpeg
 

Attachments

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register