BTC USD 58,848.3 Gold USD 1,798.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dapat surat cinta jika ponteng solat jumaat

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,919
Reaction score
4,405
Points
206
KAMPUNG HUJUNG BANDAR - Jarang sekali kita dengar ada masjid mengambil kaedah menghantar surat sama ada melalui kiriman kepada orang atau menggunakan perkhidmatan pos untuk menyedarkan anak kariah masing-masing supaya menunaikan solat Jumaat.

Imam Masjid Ar-Rizuan, Hujung Bandar, Hussin Awang Ahmad, 64, berkata, sekitar akhir 1970an, sewaktu beliau mula-mula menjadi imam, kaedah itu digunakan untuk menasihati golongan suka ponteng solat Jumaat supaya mengubah sikap mereka.

Menurutnya, idea itu bukan sahaja diterima masyarakat tetapi turut menjadi saluran terbaik menegur golongan itu tanpa menjatuhkan air muka sesiapa, sebaliknya hanya pihak masjid serta individu berkenaan sahaja yang mengetahuinya.


“Kami juga bersyukur kerana selepas beberapa tahun kemudian, golongan ponteng solat Jumaat semakin berkurangan dan semakin ramai jemaah yang hadir untuk menunaikan kewajipan secara berjemaah.

“Kami turut aktif menyusun pelbagai program bagi menarik lebih ramai golongan muda serta kanak-kanak untuk mengimarahkan masjid, selain daripada memenuhi tuntutan melaksanakan ibadat solat lima waktu,” katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Semasa Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Agama Daerah Sik (PADS) di pekarangan pejabat berkenaan.

Hussin berkata, sepanjang diberi tanggungjawab menjadi imam bermula dari 1979 hingga kini, pelbagai pengalaman pahit manis ditempuhinya dan dia turut menyampaikan kuliah agama kepada ahli jemaah pada setiap minggu untuk berkongsi ilmu.

“Selain itu, kami turut bersyukur kerana semenjak masjid baru digunakan pada 20 Mac 2009 menggantikan masjid lama, ahli jemaah dapat melaksanakan ibadah dengan lebih selesa berbanding sebelumnya.

“Jika diikutkan kami memohon peruntukan untuk membaiki bangunan masjid lama, tetapi setelah diperiksa struktur masjid lama sudah tidak elok dan perlu diganti sepenuhnya dengan yang baru,” katanya.

Menurutnya, dia turut bersyukur kerana sepanjang perkhidmatannya menjadi imam turut mendapat pengiktirafan dari Pejabat Agama Daerah Sik (PADS) kerana menganugerahkan sijil perkhidmatan cemerlang untuk kategori imam bagi 2010, kepadanya.

“Saya tidak menyangka akan dipilih untuk menerima anugerah ini kerana sebelum ini tidak pernah mendapat sebarang anugerah, dan saya akan jadikannya sebagai pembakar semangat bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Sempena musim cuti persekolahan ini, pihak pengurusan masjid turut mengadakan Program Tahfiz selama enam hari dengan melibatkan 40 kanak-kanak dari kawasan berdekatan,” katanya.

Sijil disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri, Fakrullah Shuhaimi Ismail.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register