Dapat AS$1,600 cukur kening

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
LONDON – Seorang lelaki berusia 72 tahun di Britain, Si Burgher berjaya mengumpul AS$1,600 (RM5,773) untuk tujuan amal hanya dengan membenarkan bulu keningnya dicukur, lapor sebuah akhbar semalam.

Warga emas itu memiliki bulu kening yang melebihi tujuh sentimeter panjang sehingga dia naik bosan kerana terpaksa menyikat kening setiap kali keluar rumah.

Bagaimanapun, masalah Burgher selesai apabila dia bersetuju membenarkan ahli Kelab Rotari Bloomfield mengumpul dana bagi kempen menghapuskan penyakit polio.

Ahli kelab itu akan membayar AS$100 (RM360) untuk setiap peluang mencukur bulu keningnya.

“Saya langsung tidak kisah jika bulu kening itu tumbuh semula atau sebaliknya,” kata lelaki itu.

“Sebaliknya saya gembira kerana isteri saya menyatakan saya nampak 20 tahun lebih muda,” tambahnya. – Agensi

Alonso...hang tak nak buat ker...:))
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Gambar mana?
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
hoho..
senang btl dia kumpul dana utk buat derma..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register