BTC USD 95,014.9 Gold USD 3,338.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP yg juga rakan PAS kecewa kerajaan tak jual pasir ke Singapura

Status
Not open for further replies.

CikSukan

Blogger Moderator
gem
Messages
9,946
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
Salam, Sapa tahu kenapa policy tak boleh jual pasir ke Singapura?
Apa reason dia kerajaan buat camni?
Please help..Thanks in advance.

Reason yg saya dah tahu kenapa?
1. langkah membenarkan penjualan pasir kepada Singapura tidak akan memberi sebarang pulangan istimewa kepada negara

2. Kita pun memerlukan pasir sungai, pasir tak cukup pakai lagi nak jual.

3. ????

Persoalan lain kenapa yer SIngapura nak beli pasir?:-?

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Tindakan DAP yang secara terbuka mempertikaikan dasar kerajaan tidak membenarkan penjualan pasir sungai kepada Singapura pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini menimbulkanpelbagai tanda tanya.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) ketika membangkitkan perkara ituberkata, beliau pelik dengan keengganan kerajaan membenarkan dasar yang boleh memberi situasi 'menang-menang' terutamanya kepada negeri Perak.

"Banjir disebabkan mendapan pasir banyak berlaku terutamanya di Perak. Kalau pasir ini dapat dijual ke Singapura ia akan memberi pulangan lumayan.

"Tetapi saya hairan kenapa situasi menang-menang ini tidak diterima oleh Kerajaan Persekutuan," katanya yang cuba mengaitkan penjualan pasir dengan isu banjir yang dijawab oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup.

Kurup ketika mengulas isu yang dibangkitkan Koo Ham itu berkata, perkara tersebut sebenarnya terkeluar daripada soalan asal yang dikemukakan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).

Bagaimanapun, beliau tetap membalas desakan Koo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak dengan berkata, langkah membenarkan penjualan pasir kepada Singapura tidak akan memberi sebarang pulangan istimewa kepada negara.

"Kenapa kita hendak jual pasir kepada Singapura. Kita pun memerlukan pasir sungai dan jika benar seperti dakwaan Beruas bahawa mendapan pasir menjadi penyebab banjir di Perak, gunakannya untuk keperluan negara," katanya.

Terdahulu, semasa menjawab soalan tambahan Shamsul Anuar yang ingin tahu mengenai langkah jangka pendek dan panjang dalam menangani permasalahan banjir, beliau memberitahu, perkara itu dilaksanakan berpandukan kajian pakar.

Menurutnya, hasil kajian dan pandangan pakar, pihak kementerian serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membuat pelan bagi mengatasi banjir.

"Buat masa ini antara langkah jangka pendek yang kita ambil termasuk menyelenggara sungai dengan mendalam, melebar dan membersihkan alirannya.

"Pendekatan jangka panjang pula antaranya membina tebing sungai yang lebih kukuh, wujudkan penampan banjir dan membina struktur-struktur tertentu di kawasan yang dikenal pasti bagi menghalang limpahan air," jelasnya.
 
Sponsored Post

Status
Not open for further replies.
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register