akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,734
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,734
- Reaction score
- 6,745
- Points
- 881
- Awards
- 1
DAP terancam, gentar kalau PAS dan Umno bersatu
IzwanJanuary 5, 2025
KANGAR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, perpaduan antara PAS dan Umno merupakan ancaman besar kepada DAP yang dilihat gentar dengan kekuatan gabungan tersebut.
Menurutnya, DAP menyedari bahawa kerjasama antara PAS dan Umno mampu menghalang agenda politik mereka, sekali gus menyebabkan tentangan hebat daripada parti tersebut.
“Apa makna apabila PAS bersama dengan Umno? DAP tetap menentang kerana dia tahu ini bahaya kepada perkembangan mereka dan usaha mereka selama ini,” jelasnya ketika ditemui Harakahdaily.
Tuan Guru Hashim dalam pada itu turut menzahirkan pandangan beliau terhadap segelintir kepimpinan Umno yang dilihat masih terikat dengan DAP.
“Saya rasa majoriti ahli Umno sedar perkara ini, tapi pimpinannya yang mungkin termakan budi terus juga bersama DAP. Kita dari awal lagi dah boleh baca hala tuju yang dibawa oleh DAP.
“Sebab itu PAS mengambil keputusan putuskan hubungan sama sekali dengan DAP, tapi pimpinan Umno yang berkenaan lambat sedar dan tak sedar sampai sekarang,” katanya lagi.
Bagaimanapun beliau yakin, ahli akar umbi Umno memahami pentingnya perpaduan dan akan terus menyokong usaha ini.
“Tapi pengikutnya, saya yakin mereka dah faham sebab itu apabila usaha Umno nak memberi tahanan rumah kepada Najib, PAS anjurkan majlis jadi Umno yang di bawah ini saya yakin mereka akan bagi sokongan sepenuhnya,” katanya.
Menurut beliau lagi, perpaduan ummah akan memudahkan usaha memperkukuhkan kedudukan politik Islam di negara ini.
“Saya yakin ini adalah ketentuan Allah untuk memudahkan kita untuk menghidupkan kembali konsep perpaduan ummah yang agak tenggelam sekejap.
“Orang Umno sendiri boleh berfikir bahawa tidak ada jalan lain melainkan kita hidupkan kembali perpaduan ummah dalam politik negara kita,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 5/1/2025