DAP selar SPRM berhubung laporan polis terhadap Dr Pornthip

CG Sponsors

alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
GEORGETOWN: DAP hari ini menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng,berkata ini adalah pertama kali dalam sejarah Malaysia tuduhan dilemparkan terhadap seorang pakar patalogi kerana menjalankan tugasnya.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu SPRM membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip yang hanya berada di sini untuk menjalankan tugas bagi mencari kebenaran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Tiada Beg Plastik pada Isnin, Selasa dan Rabu" di Komtar di sini hari ini.

Semalam, dua pegawai SPRM membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap akhbar tabloid "Suara Keadilan" dan Dr Pornthip berhubung satu artikel yang mendakwa kononnya pakar patalogi itu telah mengesahkan punca kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock, yang telah disoal siasat oleh SPRM, adalah dibunuh.

Lim berkata tindakan SPRM itu akan dilihat sebagai usaha memberikan tekanan terhadap pakar patalogi itu bagi menyembunyikan kebenaran.

Pada 16 Julai tahun lalu, Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor selepas memberikan kenyataan sebagai saksi berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan oleh wakil rakyat di Selangor, di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, bangunan yang sama.

Inkues mengenai punca kematiannya sedang berlangsung di Mahkamah Koroner. - Bernama
 
Sponsored Post

haikal09

Banned
Joined
Jul 4, 2009
Messages
2,165
Reaction score
7
Points
25
laa...ikut sapa2 sajalah nk buat repot polis.beto anak komunis
 
mybizme

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2008
Messages
3,078
Reaction score
17

yang ni aku tak paham.
bukankah tujuan dia datang sini sebab nak buat bedah siasat ka?jd apa salahnya kalo menurut bedah siasat dia, dia dapat kes kematian tu disebabkan dibunuh?tu pun salah ka?
aku pelik dah ni.tolong bgtau aku...
 
KayoSokmo

Banned
Joined
Jul 25, 2009
Messages
882
Reaction score
4
Points
15
SPRM lebih terer kot bab2 post mortem ni, sampai bapak punya pakar pun diaorg leh pertikai.......
 
boblynn02

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2007
Messages
3,457
Reaction score
81
Points
30
tu maknanyaaa.... SPeRM..... sendiri pikir laa.. kah kah kah..
 
anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..hairan ya da.......SPRM pulak yg buat laporan da
 
Sponsored Post
Top
Log in Register