BTC USD 17,354.1 Gold USD 1,798.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP parti orang tua

zackpenang

Active Member
Messages
1,163
Joined
Jan 9, 2010
Messages
1,163
Reaction score
395
Points
51
6a6949f4ce970f1245a175b4981e95ff.jpg

mk-small-logo-50.png

KOLUM | DAP parti orang tua
faisaltehrani.png

Faisal Tehrani

Pelajar saya itu bernama Kamelia. Dia datang menemui saya, menangis, mengesat air mata dan menangis lagi. Selang dua bulan setelah ibunya meninggal dunia, dan dia baru mendapat kekuatan untuk menyambung kembali pengajian PhD-nya yang tertangguh; dia kini dikejutkan lagi oleh berita yang ayahnya pula menghidap kanser.
Kini dia perlu meminta ihsan saya sebagai penyelia pengajian beliau untuk tidak terlalu mendesak. Dia penat katanya. Kamelia ada ayah tua yang perlu diuruskan.
Nyaris-nyaris Kamelia berhenti pengajian, kalau tidak kerana saya memujuknya sungguh-sungguh. Apakah Noraini Ahmad tahu kisah ini? Pelajar ini tidak menggelumangi Tiktok, maka mungkin kesusahan hidup beliau tak pernah diendus sesiapa pun.
Ada ramai Kamelia di luar pastinya.

ADS

Iaitu mereka yang terpaksa menjaga ibu-bapa atau datuk nenek yang sudah tua. Ada banyak senario di atas. Misalnya saya pernah menemukan kisah seorang trans perempuan yang sudah tidak larat lagi bekerja di salun.
Saya kurang ingat namanya, kalau tidak silap namanya Katrina Jazmine. Ketika mudanya Katrina pernah menjadi penjawat awam tetapi bersara awal kerana tidak tahan dugaan di ofis. Dia digoda bosnya. Beliau kemudian membuka sebuah salun dengan bantuan seorang lelaki tampan, dan membuat pinjaman bank.
Masa berlalu, lelaki tampan itu meninggalkannya. Katrina terkontang-kanting. Malangnya pandemik melanda, salun entah ke mana; wang simpanan berhabisan dan Katrina kini hidup ihsan kawan-kawan sepertinya. Katrina bernasib malang kerana sudah mulai tidak sihat, usianya baru awal 60-an.
Jika Katrina Jazmine hidup panjang, siapakah yang akan menjaganya memandangkan dia sebatang kara? Wangnya di BSN sudah merosot mendadak. Adakah PAS akan memandangnya? Jakim? Abdul Hadi Awang?

ADS

Tidak sahaja Kamelia, dan Katrina, saya juga menemukan Anjang Tamzah yang baru-baru ini menjadi salah seorang pengeluar wang KWSP secara besar-besaran. Dia baru bangkit kembali meniaga mi rebus di Taman Melati.
Dulu Anjang Tamzah mengajar dikir barat di Setiawangsa dan kini tidak lagi, lantaran kelas pengajian itu tidak mendapat sambutan setelah Covid mereda. Anjang Tam - panggilan mesranya - pernah memiliki seorang anak perempuan.
Malang nasib beliau, anak perempuan tunggalnya - Rina - telah meninggal dunia lantaran dilanggar lari oleh seorang pemandu Myvi yang tidak bertanggungjawab. Hari ini Anjang Tam membawa diri. Tidak ada adik beradik, tidak ada anak, tidak ada kawan-kawan rapat yang dapat membantu serba serbi.
Anjang Tam kelihatan sihat di usia 58 tahun. Mungkin usianya akan menjangkaui usia mendiang Samy Vellu sebelum meninggal dunia. Jika itu terjadi masakan Anjang Tam akan bekerja sehingga usia hujung 80an? Anda fikir Ahmad Faizal Azumu ada memikirkannya?
Jika saya meninjau pengalaman-pengalaman lain dari Kamelia, Katrina dan Tamzah; saya mungkin akan menemui watak-watak lain dari kalangan bangsa India dan Cina. Nama-nama yang saya berikan di atas berbangsa Melayu. Jarang orang Melayu meninggalkan saudara tuanya terbiar. Akan tetapi, untuk warga tua berbangsa Cina dan India yang kebetulan panjang usia siapakah yang akan menjaga mereka kelak? Tambah-tambah jika mereka itu bujangan.
Sekarang bayangkan senario ini pula. Anda punya seorang ibu tua yang enggan hidup bersama anda di ibu kota. Ibu lebih senang meladeni ayam itik di kampung, berulang ke masjid atau surau menemui teman, dan menyambut kepulangan kalian saat hari perayaan.
Akan tetapi acap juga ibu akan menelefoni anaknya di Kuala Lumpur merungut perihal zink rumah yang terangkat dek ditiup ribut. Atau lampu hadapan laman rumah yang tidak lagi menyala. Atau budak dadah yang kadang memerhati dengan mata galak. Mungkin juga monyet liar berkeliaran kerana rumah di sebelah kebun kelapa sawit.
Anak yang bekerja di Kuala Lumpur itu malang ada keresahan sendiri yang lain; memarkir kereta di Kuala Lumpur di kala hujan lebat mungkin sahaja karam, atau dia terpaksa berbuat dua kerja seperti menjadi penghantar makanan di luar masa pejabat; kadang ibu membuat panggilan ketika dia sedang bersesak menanti tren LRT yang asyik-asyik rosak.

ADS

Anak itu juga menanggung macam-macam hutang piutang yang tidak pernah lunas. Benaknya semak membaca kisah pemimpin Umno dan keluarga yang enggan membayar cukai pendapatan. Panggilan ibunya tentang perkara yang dianggapnya trivia atau remeh kadang menyesakkan.
Di sinilah datangnya penjaga, atau carer untuk semua situasi melelahkan di atas. Bayangkan di setiap desa ada pejabat kebajikan yang menyediakan penjaga khas melihat-lihatkan orang tua kita.
Jangan ketawa, ini kerana banyak negara di dunia telah melakukannya antara lain di Jepun dan Scandinavia. Beza mereka dan kita ialah pengundi mereka tidak *****.
Dalam masa 30 tahun akan datang Malaysia akan berdepan dengan gejala masyarakat tua iaitu 20 peratus populasi kita menjadi tua melampaui usia 65 tahun menjelang tahun 2056. Hal ini menjadi ingatan buat Malaysia oleh Bank Dunia dalam laporannya pada tahun 2020.
Ini bermakna, anak muda yang menjadi pengundi dalam PRU15 mendatang akan menjadi warga di ambang tua, manakala ibu-bapa mereka kalau bernasib baik akan panjang usia melampaui tempoh kecukupan wang tabungan atau persaraan sedia ada.
Jika ini tidak ditangani, kita akan berdepan kepanikan luar biasa ekoran peningkatan populasi warga tua ini. Bayangkan wang simpanan kita sudah habis, wang pencen sudah tiada dikeruk pemimpin biadab, dan kita makin tua tidak mati-mati?
Apakah kerajaan sedia ada mengetahui masalah yang bakal kita hadapi ini? Saya tidak mendengar sebarang persiapan atau pelan tuntas dari mana-mana pemimpin politik, atau parti-parti sedia ada. Yang saya dengar hanyalah keinginan dan keserakahan untuk terus berkuasa, dari parti sekian dan sekian. Kecuali nampaknya sebuah parti politik yang sudah merangka agenda atau pelan untuk ini.
Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Kamelia, Katrina dan Anjang Tamzah. Ini kerana parti yang membuat persiapan rapi itu ialah parti DAP yang menurut lebai kampung tertentu adalah punca gempa bumi, punca perubahan iklim, punca artis bercerai, punca sungai kotor, punca lauk basi, punca komet menuju bumi, punca segala punca yang jahat dan nista.
Sebab menurut mereka yang masuk syurga dan tidak salah hanyalah mereka, yang Melayu-Islam.
DAP menerusi pemimpin mudanya Howard Lee, Adun Pasir Pinji nampaknya telah merangka apa yang dinamakan sebagai National Care Economy and Ageing Community Preparedness Plan atau dalam bahasa Melayu diberi nama “Siaga Jaga”.
Bukan satu lontaran idea kosong, pelan ini nampaknya sudah cukup teratur.
Jika DAP dan Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas PRU-15, mereka ingin menerokai semua kemungkinan untuk menyiapkan ekonomi penjagaan atau di sesetengah negara diberi nama ekonomi perak, iaitu pendekatan khusus untuk memastikan negara bersedia berdepan dengan ‘peningkatan warga tua secara mendadak’ dalam beberapa dekad kelak.
Sekolah dan institut pengajian tinggi harus bersedia menawarkan kursus pengajian berkait rawatan dan cara menjaga warga tua. Akan terdapat profesyen penjaga orang tua.
Kerajaan juga perlu ada idea tabungan dan simpanan sebagai strategi memastikan warga tua tidak terabai. Howard, yang saya dengar kadang dipanggil orang kampung tertentu di Perak sebagai bernama Harun, nampaknya sudah melihat itu semua. Beliau bahkan sudah membayangkan Tanjung Malim dijadikan hub atau pangkalan untuk ekonomi perak ini.
Saya percaya ada sebab munasabah untuk pengundi melihat tawaran menarik DAP ini. Jika anda muda, tiga puluh tahun lagi anda akan tua dan mungkin mengulangi nasib Kamelia, Katrina dan Anjang Tam di atas. Kalau kamu Katrina tak usah berangan lebai PAS akan mengambil tahu nasib kamu di usia dementia.
Kalau kamu Kamelia, jangan berangan pemimpin muda parti berkuasa mengambil tahu tangis esak kamu itu. Kamu itu halimunan di mata mereka. Jika anda memang di usia pertengahan seperti saya, kalau dikurnia usia panjang dan kesihatan; saya tentu tidak mahu menyusahkan anak-anak yang sibuk di kota.
Akan tetapi itu semua harus bermula hari ini, sekarang. Jika kita melantik pemimpin berkopiah yang tidak tahu memimpin dan ketandusan idea, kaki ponteng perbahasan di parlimen; atau jika kita kekal menyimpan pemimpin yang jahat dan kerja mencuri (dengan alasan ketika berkempen mereka datang berjabat dan memberi wang saku 200 ringgit), maka kita akan menerima malapetaka populasi tua yang tidak diduga.
Jangan main-main dengan nasib kita di masa hadapan tatkala berdepan kotak undi. Kita sudah tidak punya banyak masa. Malah masa berjalan dan kita semua sedang menjadi tua.
Akan tetapi berapa ramai dari kita yang celik dan tidak termakan pembohongan berbau rasisme dalam mesej Whatsapp?

FAISAL TEHRANI ialah pengarang dan felo pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Sponsored Post

pelitaminyak

Legendary Member
gem
Messages
11,761
Top Poster #8
Joined
Aug 13, 2008
Messages
11,761
Reaction score
3,394
Points
261
Awards
1

Panjangnya.......... Lukis je le senang
 
Sponsored Post

Top
Log in Register