akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 60,810
Top Poster #4
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 60,810
- Reaction score
- 6,971
- Points
- 881
- Awards
- 1
DAP nak Malaysia jadi republik, hapus Raja-raja Melayu
IzwanFebruary 15, 2025
KUALA LUMPUR: Mohd Zai Mustafa menyifatkan cadangan Chow Yu Hui adalah merupakan sebahagian daripada agenda DAP yang bertujuan menyamakan kedudukan agama dan kaum dalam negara.
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) itu mengulas cadangan Ahli Parlimen Raub daripada DAP yang mencadang supaya diwujudkan portfolio hal ehwal agama bukan-Islam di peringkat Persekutuan.
“Maka mereka nak melaksanakan agenda DAP dalam kerajaan dan inilah agenda yang paling utama iaitu ‘Malaysian Malaysia’ (wujudkan) sama rata. Mereka (nak) sama rata, sama hak, sama rasa, sama kuasa.
“Dan Majlis Raja-raja Melayu kita harapkan sedar perkara ini dan agenda seterusnya mereka adalah nak merepublikkan negara ini dan mereka akan menukar Majlis Raja-raja Melayu ini, menghilangkan Raja-raja Melayu dan mereka nak gantikan dengan Presiden.
“Dan mereka nak gantikan di negeri-negeri dengan apa namapun kita tak tahu. Jadi sebenarnya cadangan (MP Raub) ini adalah cadangan jangka panjang jangka jauh mereka nak menukarkan negara ini daripada negara Tanah Melayu kepada Malaysian Malaysia.
“Malaysia akhirnya esok jadi republik dan menghilangkan Raja-raja Melayu dan juga Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang media selepas satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.
Laporan itu ketuai Pengerusi Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), Ustaz Masridzi Sat dengan turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali dan lain-lain.
Menurut beliau, Chow tidak memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan, kerana seorang yang faham akan akur untuk menjadi warganegara dan tidak membuat kenyataan bercanggah seperti itu.
Katanya juga, tindakan terhadap Chow kerana cadangannya bercanggah dengan sumpah sebagai Ahli Parlimen dan sebagai seorang warganegara Malaysia yang sepatutnya taat kepada Perlembagaan.
Sehubungan itu beliau mengajak semua pemimpin masyarakat Islam di negara ini untuk membuat laporan polis terhadap Chow kerana cadangan itu bertentangan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Kita menyeru semua pemimpin-pemimpin masyarakat umat Islam di negara ini bersama-sama membuat laporan polis di seluruh negara kerana perbuatan Ahli Parlimen Raub ini Chow Yu Hui ini adalah merupakan satu kesalahan yang besar,” ujar Mohd Zai.
Menurutnya, cadangan Chow bertujuan menyamakan agama lain dengan Islam, sedangkan Perlembagaan hanya membenarkan agama lain diamalkan secara aman tanpa mengganggu kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Mohd Zai turut menegaskan bahawa cadangan Chow menggugat kuasa Majlis Raja-raja Melayu, yang menjadi benteng utama dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Pengerusi atau benteng kepada Perkara 3(1) adalah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan ini jelas mengganggu gugat kuasa mereka,” katanya. – *HARAKAHDAILY 15/2/2025*