BTC USD 50,494.9 Gold USD 1,784.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP mahukan sistem giliran ketua Pakatan

Anda bersetuju sistem giliran Ketua Pakatan?


  • Total voters
    0

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
DAP mahukan sistem giliran ketua Pakatan
Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, Dis 18 — Pakatan Rakyat (PR) kemungkinan menggunakan sistem giliran jawatan ketua menerajui ikatan itu sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan pihak berkuasa.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw berkata kemungkinan itu boleh ditimbangkan oleh PR bagi menampakkan yang ia berbeza dari Barisan Nasional (BN).

“Kita mesti ada cara-cara dan saya rasa ini bukan suatu masalah kerana semua benda boleh dibincangkan.

“Mungkin kita ada giliran bagi jawatan itu,” kata Ahli Parlimen Kepong ini dalam temu bual dengan Fikrah menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat esok.

Isu itu bukan agenda konvensyen esok tetapi kemungkinan akan disentuh oleh perwakilan.

Konvensyen itu adalah pertemuan sulung PR sejak ia dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 tahun lalu. Ia kini dianggotai DAP, PAS dan PKR.

Tan berkata pihaknya tidak akan membenarkan cara yang diamalkan oleh BN dalam menyandang jawatan ketua PR.

Pengerusi BN lazimnya merupakan ketua atau presiden Umno iaitu parti dominannya. Presiden Umno juga merupakan Perdana Menteri.

“Tetapi kita tidak boleh membenarkan cara yang dianggap oleh rakyat sebagai mirip kepada BN.

“Kalau kita berbuat demikian maka kita mungkin akan mengalami kekalahan pada pilihan raya.

“Kita mesti ada cara yang tersendiri,” kata beliau lagi.

Permohonan untuk mendaftarkan PR sedang diteliti oleh Pendaftar Pertubuhan.

Jika diluluskan ia akan diterajui oleh seorang ketua.

Ketua umum semasa ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dan penasihat PKR.

Sebelum ini bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesyorkan agar jawatan ketua PR disandang oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelak.

Pandangan itu kini mencetuskan rasa tidak senang di kalangan penyokong Anwar, dalam PAS juga.
Mempunyai foto sukan yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

Ditanya sama ada DAP bersetuju agar digunakan satu logo PR ketika pilihan raya, Tan memberitahu beliau berpendapat komponen PR perlu meneruskan penggunaan logo parti masing-masing sebagaimana pada pilihan raya umum sebelum ini.

“Ini kerana rakyat mengambil masa untuk menerima dan mengenali logo yang baru.

“Hal ini sangat penting dalam politik.

“Kita juga mesti faham apakah pokok utama terutamanya di kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat mesti faham apakah yang paling utama hendak dicapai,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR R. Sivarasa ketika ditemui The Malaysian Insider berkata pihaknya bersedia untuk menggunakan logo masing-masing jika pendaftaran PR tidak diluluskan.

“Kami difahamkan pihak berkuasa ada kebimbangan kami menggunakan logo yang sama dalam pilihan raya... jika mereka bimbang kami khuatir ia tidak akan diluluskan.

“Jika tidak diluluskan kami akan tetap menggunakan logo masing-masing apabila menghadapi pilihan raya nanti,” katanya.

Ahli Parlimen Subang ini menambah pihaknya akan meneruskan struktur formal PR di peringkat bahagian selepas berjaya mempunyai sistem yang teratur di peringkat pusat dan negeri.

“Sistem struktur ini yang membezakan kami berbanding struktur BN, dan ini akan diperluaskan ke peringkat bahagian selepas ini,” katanya.
 
Sponsored Post

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
satu taktik halus DAP utk mengintai jawatan PM..
hipokrit.. bila PKR minta jawatan KM Pulau Pinang digilir antara PAS,PKR dan DAP..DAP melenting!
sekarang DAP secara terbuka nakkan jawatan PM..apa komen PAS dan PKR?
 

poknik

Legendary Member
Messages
14,014
Joined
Dec 11, 2007
Messages
14,014
Reaction score
281
Points
131
permintaan tak semestinya ditunaikan...
 

hafizuka

Super Active Member
Messages
6,956
Joined
Sep 25, 2008
Messages
6,956
Reaction score
261
Points
81
Ni patut kita pertimbangkan, baru lah tak nampak racist camni, national unity
 

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,762
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,762
Reaction score
2,779
Points
201
bila melayu bersuara di sebut rasict hehehehe....mcm2 hal la dlm politik nie..
 

EncikEx

Legendary Member
Messages
12,109
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,109
Reaction score
167
Points
123
kalau setakat MAHU, semua MAHU... tapi antara ditunaikan ke tidak !!!

p/s : sape tak mau jd PM ?

:D
 

my3a

Fun Poster
Messages
667
Joined
Jan 21, 2008
Messages
667
Reaction score
4
Points
15
walau apa pon melayu tetap kalah dalam politik
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register