DAP bantah rancangan Pas laksana hudud

CG Sponsors




yustaiping2

Active+ Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
2,668
Reaction score
42
Points
40
dari berita harian
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20081222150128/Article/index_html

DAP bantah rancangan Pas laksana hudud

GEORGETOWN: DAP hari ini menyatakan pendiriannya membantah cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lalu.

“DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau akan menghubungi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.

Katanya kerajaan Pas Kelantan terus mengadakan perayaan Hari Hudud setiap tahun kerana tidak berupaya melaksanakan undang-undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata sekiranya Pas ingin melaksanakan cadangannya itu, parti itu perlu merujuk pandangan daripada rakan sekutunya sebelum membuat keputusan.

“PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat. Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri,” katanya dan menurutnya kenyataan Husam itu berkemungkinan hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian Pas.

Pesuruhjaya Pas negeri, Salleh Man berkata Pas Pulau Pinang akan akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan parti.

Di KOTA BHARU; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada masalah untuk Pas melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.

"Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri.

“Hudud ini bukan dibawa Pas, tapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud,” katanya kepada pemberita.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin Pas seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.

“Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang,” katanya. - Bernama


____________________________________________

Aku maleh nak komen.... korang komen la.....maleh dah nak gaduh-gaduh.
 
Sponsored Post

nyah rempit

Freshie
Joined
Dec 18, 2008
Messages
25
Reaction score
0
Points
3
mak nak tanya ni...ada ker zaman skrg alim ulamak betul2 leh pakai....nanti ramai yang kena naya....org melayu kita ni cepat emo....
 

nyah rempit

Freshie
Joined
Dec 18, 2008
Messages
25
Reaction score
0
Points
3
nanti bila hudud dilaksanakan....dosa lain pulak dapat....dosa tiada keadilan....
 

akuorang

Fun Poster
Joined
Dec 8, 2008
Messages
372
Reaction score
20
Points
15
mesia ada ulama' ke? ular dlam semak byk la... aku sokong hudud ni dgn x de tapi2..
 

mybizme

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2008
Messages
3,078
Reaction score
17
Points
25
seperti biasalah.teknik khairy jamaludin untuk memecahbelahkan PR ternyata berjaya.khairy tanya,husam jawab media manipulasi.sama macam isu kandang bab1 kat kedah dan selangor.umno mmg pakar dlm bab ni.:D
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,175
Reaction score
139
Points
83
pesal pe nak bantah..adehla..
 

ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
biase laa..media pro kerajaan nie..klo bole semua benda die nk besar2kan..haihh..
 

hazri99

Active Member
Joined
Nov 30, 2007
Messages
1,576
Reaction score
2
Points
25
bagus sebenarnya buat hukum hudud nih.. apalah takut sgt..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register