BTC USD 28,166.0 Gold USD 1,993.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dap amat bimbang dengan gelombang hijau melanda negara.

Sponsored Post

logammaut

Legendary Member
gem
Messages
15,657
Joined
Dec 12, 2009
Messages
15,657
Reaction score
3,484
Points
261
Awards
1
Menurut penganalisis, ramai orang Melayu melihat gabungan pembangkang itu sebagai alternatif yang boleh dipercayai.

Jangan ambil mudah undi Melayu untuk PN, penganalisis beritahu PH​

January 5, 2023 8:35 AM

PN-Ceramah-Johor2.jpg
Penganalisis Azmil Tayeb melihat PN menawarkan alternatif yang boleh dipercayai kepada Umno.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan akan tertipu dengan menganggap gelombang sokongan yang diterima Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum November lalu hanyalah bersifat sementara, menurut dua penganalisis.

Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia, berkata “jumlah besar” pengundi Melayu melihat PN sebagai alternatif yang boleh dipercayai kepada Umno dan PH, di mana kedua-duanya kini bekerjasama.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM), berkata lonjakan sokongan kepada PN pada PRU15 tidak boleh dilihat bersifat sementara dan gabungan itu akan berusaha untuk meneruskan gelombang berkenaan biarpun di kubu kuat PH di Selangor dan Pulau Pinang.

“Saya menjangkakan PN akan terus membuat gelombang dalam pilihan raya negeri (PRN), terutamanya di kerusi majoriti Melayu,” kata Azmil kepada FMT. “Sukar untuk melihat trend itu berbalik semula dalam masa terdekat kerana ini banyak bergantung kepada prestasi ekonomi kerajaan Anwar Ibrahim.”

Beliau melihat PN menawarkan alternatif yang boleh dipercayai kepada Umno di kalangan orang Melayu, walaupun untuk penyokong lama Barisan Nasional (BN).

“Terdapat juga kemungkinan besar ramai penyokong Umno-BN dan PH tidak mengambil bahagian dalam PRN, sekaligus memberikan kemenangan mudah kepada PN,” katanya.

“Pilihan raya Padang Serai adalah petunjuk yang jelas bahawa ramai penyokong PH dan Umno tidak berminat dengan perikatan ini.”

Awang Azman berkata beliau menjangkakan PN akan mengadakan kempen yang terancang untuk enam PRN tahun ini.

“Di sebalik reaksi terhadap permainan kaum dan agama PN, ini tetap menjadi senjata terbaik dalam menghadapi kerajaan perpaduan,” katanya.

Pada Ahad, Pengarah Penerangan dan Komunikasi PH Kedah Ismail Salleh menyuarakan rasa yakin gabungan itu boleh merampas Kedah daripada PAS dalam PRN.

Sambil menolak kejayaan PN pada PRU15 bersifat sementara, Ismail mendakwa pengundi PN berubah hati selepas menyedari gabungan itu bergantung pada isu perkauman dan agama untuk meraih sokongan.

Pilihan raya akan diadakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Kedah tahun ini kerana mereka tidak membubarkan DUN mereka seiring dengan pembubaran Parlimen untuk PRU15.

Azmil berkata kerajaan Anwar Ibrahim, jika mahu menangani gelombang sokongan kepada PN dengan berkesan, ia mesti menguruskan ekonomi dengan baik dengan mengurangkan kos sara hidup, mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi subsidi kepada belia dan kumpulan pendapatan B40.

Awang Azman berkata nampaknya terdapat sedikit pergerakan daripada PH dan BN dalam menentang naratif PN.

Beliau memberi amaran kepada mereka supaya tidak berdiam diri terlalu lama, dengan berkata pentadbiran enam negeri menjadi taruhan.

Beliau berkata PH mesti lebih agresif dalam memberi respon terhadap PN melalui fakta dan angka di media sosial termasuk TikTok.
Mcm2 analisis pakar. Tapi pengundi melayu ambil pendekatan mudah je iaitu tak nak HOI YA HOI 😂
 
lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
31,809
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
31,809
Reaction score
6,860
Points
481
Awards
1
Penang pun kalau majoriti seat kat seberang perai kalah....... Jenuh juga depa
Satu ja Penang...Mamak, Mamu, Mami semua tu kena pakat pangkah pn...Pulau pun klau blah blk Pulau pn boleh menang....blah seberang perai, bahaya kt bagan, alma, tp best klau dpt tngk Penang berubah
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1

'UMNO tak mampu lagi bolot undi penyokong tegar Melayu'​

05 Januari 2023 07:10pmMasa membaca: 2 minit

2046822.jpg

Shahril Sufian

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] UMNO perlu menawarkan agenda ekonomi yang menyeluruh untuk bangsa Melayu dan Malaysia bagi memastikan parti itu masih relevan di mata pengundi.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan mendakwa, UMNO kini sudah tidak mampu lagi membolot undi daripada pengundi-pengundi tegar koservatif Melayu yang akan mengundi semata-mata jiwa dan jati diri kemelayuan.

Justeru menurutnya, UMNO mesti menjadi parti Melayu yang ada idea yang boleh menginspirasikan semua jenis dan semua kelompok orang bukan Melayu sebagai satu bentuk tarikan baharu kepada pengundi.

"Cadangan spesifik mungkin satu cara untuk kita relevenkan balik dengan pengundi Melayu segenap kelompok ini ialah dengan mempunyai agenda ekonomi yang menyeluruh untuk bangsa Melayu dan Malaysia.

"Mungkin benda ini nampak skema, tapi saya pun tak pasti apa lagi yang kita nak bagi pada orang Melayu kalau tak ada agenda ekonomi itu, tak ada harapan untuk masa depan mereka.

"Kalau nak harap mereka sokong sebab kita punya warisan, kita punya sejarah, kita punya identiti sebagai parti Melayu ini dah terbukti tak boleh. Tanpa satu agenda dan visi baru kita dah jadi sandwich, yang Melayu pergi sana (Perikatan Nasional) bukan Melayu pergi sana (Pakatan Harapan)..mana tempat UMNO ni?," katanya menerusi satu hantaran video di Facebook pada Khamis.

Shahril menjelaskan, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat dilihat bahawa kawasan majoriti Melayu atau majoriti besar Melayu kini bukan lagi menjadi kubu kuat UMNO.

Katanya, daripada 63 kerusi Parlimen yang mempunyai lebih 80 peratus Melayu, BN hanya memenangi sembilan kerusi dan selebihnya dibolot PN.

"Terdapat 28 Parlimen yang mempunyai 70 peratus hingga 80 peratus Melayu dan BN hanya menang tiga, nanakala bagi bawah 50 peratus Melayu maknanya kerusi campuran, kosong.
"Maknanya kerusi yang ramai Melayu kita kalah pada PN, kerusi yang ramai bukan Melayu kita kalah pada PH.
"Implikasinya, susah untuk UMNO dapat undi orang Melayu semata-mata sebab UMNO parti Melayu,"katanya.
 
Ada lg org rasional dlm umno, ingat mcm penyokong umno dlm cg nie hehehe
 
eizzbizz

Legendary Member
gem
Messages
11,667
Joined
Sep 2, 2009
Messages
11,667
Reaction score
1,956
Points
206
kat Sabah skang Hajiji pun dah goyang .. dulu dia khianat PN .... skang dia kena balik dgn BN + Warisan tgh nak un-seat Hajiji ..
kalau jadi la game tu .. aku ucapkan padan muka GRS pun kena game dgn BN + Warisan

Umno lak Pemilihan Presiden ni kalo Zahid terciduk ... masak la Anwar PMX ... silap2 jadi PM terpaling pendek bila camp Umno pro-PN menang pemilihan
 
Sponsored Post

Top
Log in Register