eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUCHING - Siasatan terhadap dakwaan angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha (gambar) mengumpul dana berjumlah RM1.2 juta hasil bayaran siri ceramah mengenai pengalamannya di angkasa lepas, akan bermula Selasa ini.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof berkata, siasatan itu akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan selepas tarikh menerima semua laporan dan aduan daripada orang ramai berakhir semalam.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Keluarga di sini, beliau mengesahkan kementerian itu menerima beberapa surat aduan sejak dakwaan mengenai perkara tersebut timbul namun enggan mendedahkan butiran.
"Kami menggesa orang ramai bukan sahaja tampil dengan surat aduan tetapi perlu menyokong aduan mereka dengan bukti kukuh seperti resit sebagai bukti pembayaran, invois dan semua dokumen atau surat berhubung acara yang dihadiri beliau (Dr. Sheikh Muszaphar Shukor)," katanya.
Menurut beliau, kegagalan untuk menyediakan bukti kukuh itu akan hanya menyebabkan kementerian tanpa pilihan menganggap aduan seumpamanya hanya sebagai dakwaan.
Datuk kena ada banyak duit. Kalau tarak duit tu bukan Datuk namanya