BTC USD 48,685.6 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dalang Macau Scam, Alvin Goh didakwa hari ini 12/4/2021

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906

Dalang Macau Scam, Alvin Goh didakwa hari ini​


12 April 2021

MGF12042021_ALVIN-TUDUH-AMLA04.jpg


Dalang utama macau scam, Goh Leong Yeong atau dikenali Alvin Goh diiring ketat pegawai penjara untuk dituduh atas kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Dalang utama kes pengubahan wang haram atau Macau Scam, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Alvin berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) dengan tujuh pertuduhan.




Terdahulu Alvin kelihatan berpakaian serba putih diiringi pegawai imigresen dan anggota Jabatan Penjara Semenyih tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, kira-kira 11.04 pagi tadi.
Sebelum ini, Alvin dan adiknya, Goh Yeong Hui didakwa menerima wang berjumlah RM2.14 juta hasil daripada aktiviti haram pada September 2019 sehingga November 2019.
Pertuduhan itu berkaitan tangkapan ratusan warganegara China di Cyberjaya.



Sebelum ini, Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan siasatan AMLA dan menyita RM482,508.19 milik syarikat Alvin.
Syarikat Alvin juga didapati membenarkan imigran larangan berada di premis miliknya dan menjalankan aktiviti berkaitan penipuan dalam talian.
Alvin dan adiknya juga akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Semenyih pada hari sama mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.



Media sebelum ini melaporkan Alvin dan rakan sejenayahnya, Addy Kanna ditahan pada 2 dan 3 Oktober tahun lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mereka didapati menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang menyasarkan mangsa di China dan bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.

Pada 30 November tahun lalu, Alvin bersama Addy dan dua lagi anggota polis dikenakan tahanan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.
Alvin ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama seorang lagi anggota polis, manakala Addy ditahan di Penjara Pokok Sena, Kedah dan seorang lagi anggota polis ditahan di Penjara Bentong, Pahang.

Semua hukuman tahanan selama dua tahun itu diputuskan Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri. – MalaysiaGazette


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
#KualaLumpur Mereka didakwa menerima wang daripada dua individu.
https://www.hmetro.com.my/.../gubah-wang-haram-alvin-goh...

Gubah wang haram: Alvin Goh, adik mengaku tidak bersalah​


1618218440712.png


ALVIN Goh dibawa oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia dan Penjara Malaysia ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pengubahan wang haram (MACAU SCAM). FOTO Saifullizan Tamadi

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan dikenali sebagai Alvin Goh dan adik lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap tujuh pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2.14 juta, dua tahun lalu.

Alvin atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong, 32, dan adiknya, Goh Yeong Hui, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan, mereka sebagai Pengarah Syarikat Malaysia House of Internet Sdn Bhd didakwa menerima wang daripada dua individu iaitu Wang Hangang dan Feng Chuang melalui akaun syarikatnya dengan jumlah keseluruhan RM2.14 juta, yang mana wang itu hasil daripada aktiviti haram.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Public Bank Berhad, Jalan Bukit Bintang di sini, antara 9 Oktober 2019 sehingga 5 November 2019.
Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt memohon jaminan RM300,000 dengan mengambil kira keseriusan kes selain tertuduh pernah melarikan diri sehingga diburu pihak berkuasa.

"OKT (orang kena tahan) pertama (Alvin Goh) pernah melarikan diri daripada polis selepas dilepaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga mengambil masa beberapa minggu untuk dikesan dan ditangkap semula.

"Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pula ada mengeluarkan kenyataan mencari OKT kedua (Yeong Hui) pada 5 November 2020 selepas gagal dikesan untuk pertuduhan di Mahkamah Semenyih," katanya.

Peguam Jacky Loi kemudian memohon jaminan RM30,000 terhadap dua anak guamnya kerana ia adalah tahap kemampuan tertuduh dan keluarga.

Sementara itu, Alvin Goh turut merayu jaminan rendah kerana wang syarikatnya berjumlah RM400,000 sudah dibekukan oleh pihak berkuasa bagi siasatan kes berkenaan.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM200,000 dengan seorang penjamin selain Yeong Hui perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 24 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Disiarkan pada: April 12, 2021 @ 4:35pm

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906

Alvin Goh dituduh terima RM2.14 juta hasil aktiviti haram [METROTV]​

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,279
Reaction score
12,603
Points
2,376

Dalang Macau Scam, Alvin Goh didakwa hari ini​


12 April 2021

View attachment 360677

Dalang utama macau scam, Goh Leong Yeong atau dikenali Alvin Goh diiring ketat pegawai penjara untuk dituduh atas kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Dalang utama kes pengubahan wang haram atau Macau Scam, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Alvin berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) dengan tujuh pertuduhan.




Terdahulu Alvin kelihatan berpakaian serba putih diiringi pegawai imigresen dan anggota Jabatan Penjara Semenyih tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, kira-kira 11.04 pagi tadi.
Sebelum ini, Alvin dan adiknya, Goh Yeong Hui didakwa menerima wang berjumlah RM2.14 juta hasil daripada aktiviti haram pada September 2019 sehingga November 2019.
Pertuduhan itu berkaitan tangkapan ratusan warganegara China di Cyberjaya.



Sebelum ini, Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan siasatan AMLA dan menyita RM482,508.19 milik syarikat Alvin.
Syarikat Alvin juga didapati membenarkan imigran larangan berada di premis miliknya dan menjalankan aktiviti berkaitan penipuan dalam talian.
Alvin dan adiknya juga akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Semenyih pada hari sama mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.



Media sebelum ini melaporkan Alvin dan rakan sejenayahnya, Addy Kanna ditahan pada 2 dan 3 Oktober tahun lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mereka didapati menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang menyasarkan mangsa di China dan bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.

Pada 30 November tahun lalu, Alvin bersama Addy dan dua lagi anggota polis dikenakan tahanan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.
Alvin ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama seorang lagi anggota polis, manakala Addy ditahan di Penjara Pokok Sena, Kedah dan seorang lagi anggota polis ditahan di Penjara Bentong, Pahang.

Semua hukuman tahanan selama dua tahun itu diputuskan Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri. – MalaysiaGazette



Dia ni bos Macau Scam ke mek
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Dah ada kes larikan diri.. leh plak ikat jamin cam mane tu @cek mek molek

tn GamezStar, ikat jamin ni utk kes mahkamah. pertuduhan yg Alvin kena ni termasuk dlm kes jenayah yg boleh diikatjamin

bukan macam kes bunuh, sapa yg dituduh dengan seksyen 302 kk tidak boleh diikatjamin
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register