Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 66,411
Top Poster #3
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 66,411
- Reaction score
- 7,309
- Points
- 916
- Awards
- 1
Banyak disebutkan kata-kata ini: propaganda itu pada awalnya suci tetapi menjadi kotor kerana ada kuasa jahat yang mencemarkannya. Istilah propaganda yang lahir dalam gereja Katolik itu pada asalnya disebut propago. Ia kemudian berkembang sehingga dikenali propagate sehingga menjadi propagare iaitu nama sebuah organisasi pendakwahan yang diasaskan oleh Paus Gregory ke-15 pada 1622 untuk mengawas dan menyebarkan ajaran Katolik di Itali. Propagare atau congregatio de propaganda fide (jemaah suci bagi penyebaran akidah) itu kemudian berkembang lagi menjadi collegium urbanum (kolej propaganda) yang menyediakan latihan kepada para mubaligh Katolik menyebarkan fahaman mereka. Pada tempoh perkembangan masa dan waktu tertentu, propaganda menjadi satu perkataan yang menjelikkan. Bukan kerana takrifan asal tetapi kerana tindakan pelakunya. Napoleon Bonaparte, Adolf Hitler, dan Carlos Pisacane adalah antara orang berkuasa yang memburukkan makna propaganda. Dalam Islam perkataan propaganda jarang mahu dijadikan subjek perbincangan. Justeru segala perkara yang terkait dengannya hampir tidak pernah dijadikan tajuk dalam ceramah-ceramah agama di surau mahupun masjid.
Namun, kaedah-kaedah dakwah Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu wujud sebelum perkataan propaganda dikenali pada 1622. Ia dicatatkan dalam banyak versi sirah.Sebaik Nabi Muhammad menerima wahyu yang pertama daripada Allah di Gua Hira, baginda mula menjalankan tugasnya sebagai utusan secara tertutup dengan melaksanakan dakwah kepada kalangan terdekat. Kaedah tersebut disambut baik malah isteri baginda Sayidatina Siti Khadijah, sahabat paling dekat Abu Bakar as-Siddiq serta sepupu baginda, Ali Abi Talib, memeluk Islam hasi dakwah yang sebegitu. Namun apabila Allah memerintahkan Nabi Muhammad menyampaikan dakwah secara terbuka kepada seluruh kaum Quraisy di Mekah, baginda menyedari pasti akan ada cabaran besar dan tentangan kuat yang akan dihadapi.
Ucapan Untuk Warga Mekah
Namun strategi yang digunakan oleh Rasulullah sangat bijak dan rapi sekali apabila baginda memilih Bukit Safa sebagai lokasi pertama untuk memulakan kerja dakwahnya tersebut. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad naik ke bukit Safa dan mendapatkan perhatian penduduk Mekah dengan memanggil mereka dengan suara yang kuat. Apabila penduduk Quraisy termasuklah para elitis bangsawan dan pemimpin Mekah mendengar panggilan itu, mereka segera datang dan berkumpul di kaki bukit. Mereka beramai-ramai berhimpun menghadap dan mengelilingi nabi. Sebaik seluruh penduduk Mekah berkumpul, Rasulullah pun memulakan ucapan baginda dengan pertanyaan: Wahai kaum Quraisy, jika aku beritahu kamu bahawa ada musuh yang akan menyerang kamu dari balik bukit ini, adakah kamu akan mempercayaiku?" Orang ramai yang ada di situ menjawab: "Ya, kami percaya. Kami tidak pernah mendapati kamu berdusta." Kemudiannya Muhammad menyambung ucapannya. "Ketahuilah, aku adalah pemberi amaran kepada kamu tentang azab Allah yang dahsyat jika kamu tidak menyembah Allah yang Maha Esa."
Apa yang mahu saya kaitkan dalam perkara ini ialah pemilihan tanah tinggi tersebut dilakukan bukanlah atas faktor teknikal seperti mudah untuk dilihat atau mudah didengari. Akan tetapi ia adalah penggunaan elemen-elemen daripada disiplin ilmu propaganda itu sendiri, seperti teknik komunikasi persuasif lisan untuk menyampaikan sesuatu hujah dengan beralaskan pengalaman, amaran, ancaman dan emosi. Satu lagi peristiwa terkait propaganda yang tercatat dalam banyak buku sirah ialah seperti apa yang berlaku dalam peristiwa pembukaan kota Mekah. Peristiwa yang berlaku pada 10 hari terakhir Ramadhan pada tahun kelapan Hijrah itu turut memperlihatkan beberapa kaedah, strategi dan teknik propaganda. Dalam peristiwa itu diriwayatkan Muhammad mula bergerak keluar dari Madinah menuju ke Mekah bersama kira-kira 10,000 orang tentera yang terdiri daripada sahabat.
Perang Psikologi Untuk Musuh
Oleh kerana angkatan perang itu semuanya berpuasa maka baginda memutuskan bahawa perjalanan mereka pada hari itu menuju suatu kawasan berair yang terletak di antara Asafan dan al-Kadid untuk berbuka puasa. Setelah seluruh angkatan perang itu selesai berbuka, nabi memutuskan untuk seluruh angkatan berangkat dan segera bergerak menuju ke suatu tempat bernama Mar al-Zahran. Di sana Rasulullah memerintahkan seluruh angkatan perang mendirikan khemah dan menyalakan unggun api. Apa yang menariknya ialah, nabi memerintahkan ribuan unggun api dinyalakan pada malam tersebut. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai strategi propaganda bagi mengaburi mata musuh dan menakut-nakutkan motivasi serta perasaan mereka. Ia dilakukan bagi mendatangkan suatu keyakinan dan interpretasi dalam kalangan tentera musuh bahawa jumlah anggota angkatan perang Islam terlalu besar dan tentunya amat kuat. Dalam kuliah propaganda, menyebut itu sebagai "objektif mengelirukan awam". Sebab itu kerap katakan bahawa propaganda itu pada mulanya suci dan ia dibenarkan dengan beberapa sebab yang baik dan murni juga.
Sepertimana hadis sahih daripada Muslim, daripada Ummu Kaltsum Uqbah Abi Mu’aith yang mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: “Tidak termasuk pendusta orang yang memperdamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu dia berhasil dengan baik.” Kata Ibnu Syihab, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah membolehkan orang berdusta, melainkan dalam tiga hal (1) dalam perang, (2) dalam mendamaikan dua orang yang berselisih, (3) berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya.”
Dalam Islam juga ada propaganda. Cuma oleh kerana propaganda yang bermula suci tapi menjadi kotor itu dianggap najis, akhirnya ia menjadi ilmu yang tidak mahu diambil peduli dan langsung tidak mahu difahami. Sedangkan ia ada di sekeliling kita pada setiap hari sama ada dalam aspek pemerintahan, peperangan, pendidikan, dakwah dan muzik.

BUDIMAN MOHD ZOHDI ialah penasihat SLR Institute dan bekas Ahli Parlimen Sungai Besar. Dia bergiat aktif dalam penyelidikan propaganda dan penjenamaan politik.
Sumber asal https://www.malaysiakini.com/news/730593