BTC USD 60,911.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwaan Wanita Disamun, Rogol Di Tanjung Tokong Disiasat - PDRM

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Dakwaan wanita disamun, rogol di Tanjung Tokong disiasat

Oleh BERNAMA - September 15, 2021 @ 12:46pm

logo_polis_1631681558.jpg


GEORGETOWN: Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian seorang wanita warga asing yang disamun sehingga mengalami kecederaan dan mendakwa dirogol ketika sedang berjalan kaki di kawasan Tanjung Tokong, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa berusia 24 tahun itu mendakwa sedang berjalan kaki di kawasan itu pada jam 7.30 malam sebelum bahagian belakang kepalanya dipukul dan menyebabkannya terjatuh serta pengsan.

"Mangsa kemudiannya tersedar daripada pengsan dan berada di kawasan semak berhampiran dia berjalan kaki, serta mendapati telefon bimbit dibawanya hilang, manakala bahagian kepala sakit dan mukanya cedera dipercayai akibat terjatuh selepas dipukul.

"Wanita itu mendakwa dia kemungkinan turut dirogol dalam kejadian itu dan mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan, dia membuat laporan polis berhubung insiden tersebut pada 4.30 pagi Isnin," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, terdapat dua saksi yang melihat mangsa berjalan kaki di kawasan tersebut iaitu sebelum kejadian dia disamun, namun mereka telah berjoging ke hadapan dan tidak perasan wanita itu disamun.

Soffian berkata, berdasarkan laporan awal daripada doktor di HPP, tidak terdapat kesan koyakan baru pada kemaluan wanita itu, namun pihaknya masih menunggu laporan lengkap perubatan berhubung perkara tersebut.

Katanya, ketika ini polis masih mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut, agar menyalurkannya kepada polis.

"Tiada kamera litar tertutup di kawasan kejadian itu namun polis sedang mendapatkan maklumat daripada saksi yang berada di situ bagi membantu siasatan lanjut kes itu," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun dengan mendatangkan cedera.

Tular di media sosial, gambar seorang seorang wanita mendakwa dirogol dan dipukul ketika berjalan kaki di kawasan Tanjung Tokong sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai ramai kerana bimbang kejadian serupa berlaku lagi. – BERNAMA


 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,835
Reaction score
21,822
Points
1,671
Kes rogol berlaku di sekitar Tamarind, Tanjung Tokong (jalan baru di antara pintu masuk City Of Dream ke Tesco), sesiapa yang Berlari / Berjalan / Berjoging di kawasan itu harap lebih berhati-hati.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register