Dakwaan projek RM450j rundingan terus: Bukan saya tandatangan surat - Lim

Recommended Brokers


imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
12,378
Reaction score
304
Points
131
Pergh direct nego 450 juta...ni nanti pusing2 BN gak kena ni
 
Sponsored Post

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,615
Reaction score
924
Points
161
on hold nampaknya pojek tuh... senyap jaaa kat site... tunggu wayang nih camna plop... opis aku plannya akan ditempatkan kat situ laa...
guang eng kan selalu jawab tak tahu...madey pun sama..saya tak tau...pastu senyum sinis...
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,305
Reaction score
5,670
Points
1,346
‘Jelaskan projek RM450 juta’

17 September 2019 6:56 PM


DOMINIC LAU HOE CHAI


KUALA LUMPUR 17 Sept. - Parti Gerakan mendesak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng segera memberikan penjelasan berhubung surat projek bernilai RM450 juta yang didakwa dianugerahkan secara rundingan terus.

Ia berikutan tersebarnya dalam media sosial salinan surat mendakwa dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan mengenai projek pembinaan bangunan gunasama persekutuan Kota Bharu, Tunjong di Kelantan secara rundingan terus.

Menurut kandungan surat itu, dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan bersetuju supaya syarikat PDM Builders Sdn. Bhd., dilantik secara rundingan terus bagi melaksanakan projek tersebut dengan harga tawaran sebanyak RM450 juta.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, keadaan itu menimbulkan pertanyaan serta menunjukkan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memenuhi janji untuk menjalankan tawaran secara tender terbuka.

Bagi Dominic Lau, memandangkan surat itu menyebut Kementerian Kewangan, maka amat wajar perkara itu dijelaskan oleh pihak kementerian.

“Siapa yang lebih berkedudukan tinggi berbanding Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan? Kenapa beliau boleh menandatangani projek dengan harga sebesar itu? Ini sangat serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, keadaan ini menunjukkan PH terus tidak mematuhi janji yang dibuat.-UTUSAN ONLINE

 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
14,188
Reaction score
258
Points
131
ni kan tn apoeki

Projek rundingan terus: Tular pula surat syarikat dengan sokongan Tun Mahathir

16 September 2019


Surat yang tular hari ini antara lain memaklumkan bahawa projek tersebut telah diluluskan Kementerian Kewangan pada April 2018.

KUALA LUMPUR – Sepucuk surat daripada syarikat pembinaan PDM Builders Sdn Bhd kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kelantan tersebar hari ini.

Ia susulan penularan surat Kementerian Kewangan kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri.baru-baru ini berkaitan penganugerahan kontrak rundingan terus kepada syarikat berkenaan.

Dalam surat yang tular hari ini, tertera tulisan Dr Mahathir yang menyebut ‘Menteri Kewangan bahawa projek itu telah diberikan bagi pembinaan bangunan Gunasama Persekutuan di Tunjong, Kota Bharu Kelantan dengan kos RM450 juta’.

“YB Menteri Kewangan, projek ini telah diberikan kepada PDM Builders Sdn Bhd. Jika mereka dapat kurangkan kos, tender baru tidak perlu,” tulis nota dalam surat berkenaan.

Juga disertakan cop Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 4 Mac 2019.

Dalam surat berkenaan, syarikat terbabit mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongsan dan kelulusan kepada projek itu

“Pihak kami amat berharap atas sokongan dan kelulusan Tun untuk syarikat saya meneruskan projek ini memandangkan syarikat saya telah mengeluarkan modal wang ringgit tenaga dan masa begitu banyak.

“Kami amat yakin dapat menyelesaikan projek ini dengan jayanya jika diberi peluang melaksanakan projek ini berdasarkan rekod pengalaman, sumber modal yang kukuh dan pasukan yang komited serta profesional dalam mewujudkan sesuatu projek,” demikian menurut surat berkenaan.

Intipati surat itu juga menunjukkan kontrak yang berkaitan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada April 2018 iaitu sebelum pilihan raya umum dan surat tersebut diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri pada 27 Februari 2019.

Semalam, Dr Mahathir menafikan dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah meluluskan sebuah projek bernilai RM450 juta di Kelantan melalui rundingan terus dan perlu menyemak terlebih dahulu dakwaan tersebut.

“Tidak, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini. Saya tidak pernah lulus apa-apa seperti itu.

“Tetapi mungkin saya terpaksa menyemak kembali tentang perkara ini kerana mungkin ada kesinambungan daripada kerajaan terdahulu.

“Seperti yang kamu maklum, sejak PH ambil alih kita telah hentikan banyak projek bagi tujuan kajian terlebih dahulu bagi pastikan ada keperluan atau sebaliknya.

“Namun masa yang telah diambil oleh kita hampir lebih setahun, di mana ada juga impaknya seperti ramai hilang kerja, kontraktor kerugian dan sebagainya.

“Yang ini pula, saya tidak pasti kes apa pula. Biar saya semak terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ‘The Putrajaya Boat Race 2019’ di Tasik Putrajaya.

Hari ini, Menteri Kewangan, Lin Guan Eng pula berkata bukan beliau yang menandatangani surat berkenaan dan enggan memberi jawapan kerana perlu berbincang mengenai hal tersebut Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette

Kelulusan April 2018...
Pru Mei 2018...
April 2018 menteri kewangan mane luluskan?
 

tokey99

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
4,535
Reaction score
846
Points
71
Yg mana2 tahu..boleh la jawab..Tp apasal diluluskan jugak..?camana boleh kata taktau bagai2 tu..Tp kat surat tu..nyata tahu.
 

SMI6

Active Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
1,866
Reaction score
276
Points
46
ni kan tn apoeki

Projek rundingan terus: Tular pula surat syarikat dengan sokongan Tun Mahathir

16 September 2019




April tahun 2018 tengah short listed company kat MOF tu ada "beberapa company" je yg terplih untuk masuk bid. bukan nya bulan april 2018 PDM tu dah dapat projek.

Delay pemilihan mungkin sbb dekat dgn PRU. Tak dapat endorsement dari Menteri MOF. rasanya dekat-dekat PRU byk surat tak bersign, bila tak bersign tak dapat kelulusan menteri la kan.

Lepas PRU byk pemilihan Kontrak di tangguhkan.

2019 lulus pilih Kontraktor menteri mana yg luluskan pemilihan Konraktor.

kan hairan tu Memo arahan pemilihan kontraktor PDM datang dari PMO

sila pilih company PDM memo bertuli surat 04/03/2019

menteri mana yg sign tu
 
Last edited:

duan47

Active+ Member
Joined
Dec 15, 2008
Messages
2,711
Reaction score
81
Points
30
LGE nak acah2 suci.... Dia nak jaga reputasi puak dia, konon x buat keje2 kotor mcm tu....yg kotor, hodoh & malas ni, keje org melayu.... puak dia mana ada buat keje2 jahat....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register