Dakwaan ‘daulah terpendam’ dalam kalangan penjawat awam akan disiasat, kata Dr M

CG Sponsors




Sponsored Post

BenVentures

Super Active Member
Joined
May 10, 2018
Messages
9,438
Reaction score
559
Points
121

Kita akan pindahkan penjawat awam tak sokong kerajaan baharu

SHAH ALAM : Apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mereka tidak boleh menyingkirkan mana-mana penjawat awam yang tidak mahu memberi kerjasama dengan kepimpinan baharu.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad menegaskan, penjawat awam masih diberi peluang untuk menyesuaikan diri namun ditukar ke jabatan lain jika cuba menggagalkan usaha kerajaan baru.


“Kita tak boleh ambil alih…pecat…pecat…pecat, tak boleh, kita kena ikut sistem yang ada dan beri peluang kepada mereka

“Tak mudah tapi akhirnya setelah setahun lebih, yang dilihat tidak sanggup memberikan kerjasama, kita pindahkan, baru berlaku, Menteri Pertanian kita.

“Hari ini dua hari lepas bukan sekadar menteri, Peguam Negara pun, saya kata kes Rafizi Ramli itu jangan buat rayuan, buat juga,” katanya berucap pada sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2019, di sini, hari ini.


Khalid juga berkata, apabila PH mengambil alih jentera kerajaan, ia tidak sama seperti ambil sama dengan jentera kereta, susulan ada segelintir penjawat awam masih setia dengan kerajaan terdahulu.

“Nak ambil alih jentera kerajaan ini bukan nak ambil alih jentera kereta, kita ambil alih kita dapat kunci, kita pandu kita bawa mana nak.

“Jentera kerajaan ini manusia, ada kefahaman dia, tak mudah untuk kita nak yakinkan mereka, lebih-lebih lagi pemimpin mereka selama ini begitu rapat dengan mereka, naik pangkat kerana pemimpin ini,” katanya.

dulu bukan ke diorg juga kata kakitangan awam berhak nak undi or sokong sapa.
Could not agree more. Sometimes dictatorship is the only answer
 

zari83

Active Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
2,280
Reaction score
571
Points
71
maka makin kuatlah daulah terpendam pnjawat awam terhadap kerajaan.. provokasi yg akan menjayakan misi kerajaan sepenggal ph..
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,814
Reaction score
1,660
Points
201
padan mukalah kalau kena tukar sana sini...dulu korang juga yg pecah lubang...jadi spy...sekarang nak merungut...dapat tuan baru pun bising....enjoy your life brooooo ...kipidap
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,698
Reaction score
1,475
Points
206
Bahayo ni daulah terpendam, den ingat klu x silap zaman mahathir 90an dulu haramkan kumpulan arqam antara tuduhan ialah arqam ni ado tentera badar. Bilo terbukti xdo tentera tu, gomen kato ado dlm mental ahli2 arqam.

Raso mcm skrip samo ajo ekekeke
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,530
Reaction score
686
Points
121
Bahayo ni daulah terpendam, den ingat klu x silap zaman mahathir 90an dulu haramkan kumpulan arqam antara tuduhan ialah arqam ni ado tentera badar. Bilo terbukti xdo tentera tu, gomen kato ado dlm mental ahli2 arqam.

Raso mcm skrip samo ajo ekekeke
Sejarah kan berputar penipu pun tetap berputar jgk,semua gila kuasa kan.....
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
63,223
Reaction score
10,010
Points
1,896
Free Malaysia Today
48 min ·
Perdana menteri dilaporkan berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenai dakwaan wujudnya insiden 'daulah terpendam' dalam kalangan pejawat awam.


Cuepacs: Tiada penjawat awam sabotaj kerajaan PH, hanya masalah komunikasi

December 13, 2019 10:43 PM


Setiausaha agung Cuepacs Adnan Mat.

KUALA LUMPUR: Insiden “daulah terpendam” atau rasa tidak puas dalam kalangan penjawat awam hati yang menyebabkan mereka mensabotaj pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berlaku.

Setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat menolak dakwaan itu dengan berkata, isu sebenar yang melibatkan penjawat awam dengan kerajaan PH ialah masalah komunikasi.

“Isu daulah terpendam yang kita dengar sejak Mei 2018 tidak berlaku dalam kalangan penjawat awam sebab penjawat awam terikat dengan skop tugas sedia ada.

“Isu sabotaj tidak wujud. Yang ada cuma masalah komunikas antara orang baru dan lama dalam kerajaan. Orang baru ini ingin buat perubahan, tetapi tidak tetapkan dalam dokumen (tiada dasar baru), hanya bercakap sahaja.

“Akhirnya dokumen (dasar) yang sedia ada (zaman kerajaan dulu) itulah yang dilaksanakan oleh pegawai kerana kalau pegawai langgar dasar sedia ada dia juga salah,” katanya.

Beliau berkata, pegawai awam sebagai kumpulan yang melaksanakan dasar akan meneruskan kerja mengikut dasar sedia ada, lalu menyebabkan berlakunya pertembungan kefahaman yang boleh menimbulkan prasangka bahawa pegawai tidak melaksanakan arahan ketua, menteri dan sebagainya.

“Pegawai terikat dengan skop dan fungsi tugas yang ditetapkan,” katanya pada satu sidang media di Wisma Cuepacs di sini, hari ini.

Katanya, pertembungan yang berlaku menyebabkan pegawai menjadi mangsa sehingga ada dalam kalangan mereka dibekukan tugas.

“Jadi yang jadi mangsa ialah pegawai, yang akhirnya ‘disejuk beku’ (tugas). Ini merugikan rakyat dan kerajaan sebab kita bayar gaji pegawai, tetapi mereka ‘direhatkan’,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenai dakwaan wujudnya insiden “daulah terpendam” dalam kalangan pejawat awam yang cuba mensabotaj pentadbiran kerajaan PH.


Beliau bagaimanapun melahirkan keyakinan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku kerajaan mampu menanganinya.

Konvensyen Cuepacs pada 17 hingga 19 Dis

Dalam perkembangan lain Adnan berkata, kira-kira 1,400 perwakilan Cuepacs bakal mengundi bagi menentukan kepimpinan tertinggi kesatuan itu minggu depan.

Konvensyen Tritahunan kali ke-28 kesatuan selama 3 hari akan bermula pada 17 hingga 19 Dis ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dijangka menyaksikan pertembungan 5 penjuru bagi merebut jawatan presiden.

Menurut Adnan, presiden Cuepacs, Azih Muda tidak akan mempertahankan jawatan pada pemilihan kali ini kerana akan menamatkan perkhidmatan pada 16 Dis.

Selain Adnan, persaingan 5 penjuru itu turut membabitkan timbalan presiden, Zainal Ismail dan timbalan setiausaha kewangan Cuepacs, Mohd Razali Singah.

Dua lagi calon ang bakal bertanding ialah presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Abdul Malik Mohamed Zin dan presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia, Ahmad Shuffir Zakaria.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register