Dakwaan ‘daulah terpendam’ dalam kalangan penjawat awam akan disiasat, kata Dr M

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
63,140
Reaction score
9,989
Points
1,746
Dakwaan ‘daulah terpendam’ dalam kalangan penjawat awam akan disiasat, kata Dr M

December 8, 2019 2:37 PM

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan PH mampu menangani isu ‘daulah terpendam’ dalam kalangan penjawat awam.

LANGKAWI: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenai dakwaaan wujudnya “daulah terpendam” (rasa tidak puas hati) yang sedang cuba mensabotaj pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam kalangan penjawat awam.

Beliau turut melahirkan keyakinan sekiranya perkara itu berlaku pentadbiran kerajaan PH mampu menanganinya.

“Saya tak tahu sekiranya berlaku, tetapi jika ‘daulah terpendam’ ada saya ingat kita boleh bendung perkara itu, tak ada masalah.

“Dulu pun masa jadi perdana menteri ada banyak masalah, tetapi kita boleh terus mentadbir. Kita akan selesaikan dengan ‘depa’ itu, saya kaji tengok dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama ketua jabatan, jawatankuasa PH, ketua-ketua cawangan PH dan ketua-ketua pengerusi MPKK Langkawi, di Kuah di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada pertukaran ketua setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Mohd Sallehhuddin Hassan kerana “daulah terpendam”, Mahathir berkata, beliau tidak pasti dan akan mendapatkan maklumat mengenai perkara itu.

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
63,140
Reaction score
9,989
Points
1,746
Ahad, 8 Disember 2019 | 4:12pm

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Jabatan dan Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Langkawi, di Langkawi, hari ini. - Foto BERNAMA

Daulah terpendam: Kita boleh bendung - PM

LANGKAWI: Kerajaan akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan berlaku daulah terpendam dalam kalangan kakitangan awam sehingga menjejaskan pentadbiran kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, beliau perlu memperoleh maklumat terperinci berhubung isu berkenaan sebelum kerajaan dapat mengambil sebarang tindakan lanjut.

Bagaimanapun, beliau yakin masalah itu dapat diselesaikan dan pentadbiran kerajaan boleh berfungsi dengan baik.

“Masalah dendam (terhadap kerajaan) memang ada tetapi saya ingat kita boleh bendung perkara ini, ia bukan masalah.

“Ketika saya menjadi Perdana Menteri (keempat) dahulu pun, berlaku banyak masalah tetapi kita boleh mentadbir juga,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Jabatan dan Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Langkawi, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, dipetik berkata tiada berlaku kes ketidakpatuhan kakitangan awam terhadap kerajaan dalam melaksanakan dasarnya.

Media melaporkan Vui Keong berkata, sebahagian besar kakitangan awam menunjukkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan seperti termaktub dalam Peraturan Pegawai Awam, selain bersikap neutral dalam menjalankan tugas.

Ditanya sama ada pertukaran Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ada kaitan dengan isu daulah terpendam, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pasti, namun akan mendapatkan maklumat mengenainya.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
63,140
Reaction score
9,989
Points
1,746
pada 5 Disember 2019 yg lepas,

Khamis, 5 Disember 2019 | 12:29pm

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. - Foto Eizairi Shamsudin

Tidak berlaku 'daulah terpendam' dalam kalangan penjawat awam

KUALA LUMPUR: Tidak berlaku kes ketidakpatuhan kakitangan awam terhadap kerajaan baharu dalam melaksanakan dasar kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata sebahagian besar mereka menunjukkan taat setia terhadap Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan seperti termaktub dalam Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).

Pegawai awam dilihat sentiasa neutral menjalankan tugas mengikut keluhuran undang-undang yang dikuatkuasakan di negara ini.

Bagaimanapun katanya, pemantauan terhadap pegawai awam sentiasa dilakukan bagi memastikan mereka memberikan perkhidmatan terbaik setiap masa.

"Sekiranya terbukti penjawat awam melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang atau peraturan pegawai awam, tindakan melalui prosiding tatatertib akan dilakukan.

"Sebarang aduan dan bukti akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membolehkan siasatan dilakukan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (QMT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PH-Beluran) yang meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana berlaku ketidakpatuhan kakitangan awam terhadap kerajaan baharu dan adakah benar berlaku keadaan `deep state' (daulah terpendam) dalam kalangan penjawat awam.

Menjawab soalan tambahan Kiandee sama ada pertukaran beberapa Ketua Setiausaha Kementerian baru-baru ini ada kaitan ketidakpatuhan terhadap kerajaan seperti persepsi masyarakat, Vui Keong berkata, ia tiada kaitan dengan perkara berkenaan.

Ini kerana katanya, di mana-mana negara di dunia kerajaan mengamalkan dasar 'kerajaan bertukar, kakitangan awam akan kekal'.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan statistik hingga Jun lalu ada penjawat awam dikenakan tindakan tetapi membabitkan sikap mencakupi tatacara kewangan dan perolehan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, keluar negara tanpa kebenaran, gangguan seksual dan menyebarkan berita palsu menggunakan media sosial.

"Bagaimanapun, belum ada tindakan diambil berhubung penjawat awam yang mensabotaj kerajaan dan daulah terpendam," katanya.

Menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad Hashim (PAS-Kuala Terengganu) sama ada penangguhan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 ada kaitan daulah terpendam.

Vui Keong berkata, penangguhan tiada kaitan dengan dakwaan berkenaan sebaliknya akta itu pada peringkat untuk dikemaskini selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk semua Ketua Whip parti politik.

"Sabarlah dulu YB Kuala Terengganu kerana akta itu akan dibentangkan tiga bulan lagi, tidak lama lagi tu," katanya.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
63,140
Reaction score
9,989
Points
1,746
pendapat dari Nami Cob Nobbler

Nami Cob Nobbler

12 jam

MEMAHAMI DAULAH TERPENDAM (DEEP STATE)

Sebagai penggemar drama komedi Yes Minister, watak yang paling aku suka ialah Sir Humphrey Appleby, yang dilakonkan oleh Sir Nigel Hawthrone.

Humphrey ni memegang jawatan Permanent Secretary, kalau kat Malaysia macam Ketua Setiausaha Negara, seorang yang paling berkuasa dalam mengendalikan pekerja kerajaan.

Senang cerita, KSU adalah jawatan yang menghubungkan Menteri Kabinet dengan pekerja kerajaan. Tanpa kerjasama yang baik antara KSU dengan Menteri Kabinet, government tak boleh function.

Sebagai seorang yang power Pengajian Am (markah tak pernah rendah daripada 90%), masa Form 6 aku pernah bercita-cita nak jadi diplomat. Sayangnya aku tak belajar bersungguh-sungguh dan jadi power macam Ayman Rashdan Wong serta masa tu aku asyik mengejar cita-cita nak masuk Blast Off dengan asyik berjamming je.

Tapi aku memahami satu perkara, ada sebab kenapa kerajaan terutamanya zaman BN memberi pegawai kerajaan makan kenyang gaji sedap pada pegawai kerajaan walaupun mereka punya kerja ni tak seberat tekanan kerja swasta (menurut persepsi umum).

Kerana mereka faham bahawa pegawai kerajaan inilah yang akan melaksanakan dasar kerajaan sampai ke rakyat. Kalau kau sebagai menteri kabinet atau ahli politik bikin onar dengan pegawai kerajaan, kau akan fucked up.

Apabila Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri pada November 2003, perkara pertama yang dia buat ialah menaikkan gaji pekerja kerajaan. Kenapa? Sebab dia tahu, pada tahun 1999, kalau tak kerana undi kaum Cina serta Sabah Sarawak serta segelintir pengundi Melayu yang setia, BN dah bungkus lawan Barisan Alternatif.

Sudahnya, apa jadi? Pilihanraya 2004 menyaksikan BN menang 193 daripada 221 kerusi, dan antara kemenangan terbesar yang BN pernah menang dalam sejarah.

Aku boleh katakan kebanyakan menteri Pakatan Harapan hari ini tak pernah kerja kerajaan. Sure mesti ada yang pernah, macam Perdana Menteri Dr Mahathir sendiri dulu pun 22 tahun memimpin kerajaan.

Tetapi ada ramai dari kalangan ahli politik Pakatan Harapan ni tak pernah pun terlibat dalam hal kekerajaanan. Mereka ini kebanyakannya dari golongan aktivis parti yang tak faham selok belok pun struktur kerajaan ini.

Mereka ni kebanyakannya golongan idealis, yang sering bersembang nak hapuskan rasuah, hapuskan ini dan itu. Tapi bila cakap sedap pakai tekak, mereka lupa yang menjalankan tugas tu pegawai kerajaan juga.

Hakikatnya pegawai kerajaan juga manusia, walau macam mana cuba tak jadi bias pun, dia ada struktur pemikiran dia yang telah dibentuk sejak dari kursus di INTAN lagi.

Dan apa yang korang kata, deep state, atau daulah terpendam ni mana-mana negara pun ada, termasuklah Amerika yang konon land of the free tu. Kau fikir Trump masih boleh buat ikut suka hati dia ke?

Dalam cerita Yes Minister, Sir Humphrey ada dialog yang berkata, dan aku tulis Melayu je lah, "dalam saya menjalankan tugas saya sebagai KSU, saya pernah bekerja dalam kerajaan Konservatif, kemudian Buruh, kemudian bertukar Perdana Menteri, kemudian Konservatif semula, kemudian Buruh balik, dan sekarang Konservatif balik, kalau nak ikut arahan menteri, saya boleh menghidap penyakit skizofrenia".

Dalam mindset pegawai kerajaan, tugas mereka ialah supaya nampak macam menjalankan tugas yang diarahkan menteri, tetapi tak semestinya mereka akan laksanakan jika perkara itu "melanggar asas kekerajaanan" yang dah ada sejak sekian lama.

Tetapi menteri-menteri macam Khalid Samad tak faham bahawa mengugut pegawai kerajaan untuk transfer jika tidak mengikut dasar Pakatan Harapan macam foot in the mouth bak kata pepatah orang putih. Mulut bercakap tak berfikir.

Mungkin kau boleh transfer dia ke tempat lain, tapi tak rasa ke orang bawah dia tu boleh sabotaj orang baru yang kau lantik?
Dan aku ada ramai kawan kerja jadi pegawai kerajaan. Ada kerja kastam, ada kerja PDRM, ada polis, ada JPN, JPJ, semua port ada.

Kalau pegawai-pegawai ini tak puas hati dengan menteri, kalau mereka ni nak sabotaj menteri, banyak benda mereka boleh buat.

Senang cerita lah, kau ingat siapa yang bongkarkan cerita pasal gelang rantai cincin Rosmah dulu kalau bukan tentera bawang dalam sektor kerajaan? Kau fikir kalau takde makcik bawang dalam sektor kerajaan yang tukang leak gambar, leak maklumat ni semua, kau boleh jatuhkan Najib ke?

Mungkin secara subconscious ramai menteri Pakatan Harapan ni dah mula rasa mereka ni bakal jadi kerajaan sepenggal. Yang mana boleh songlap, songlap. Yang mana boleh rembat, rembat.

Yang mana nak start tuduh pegawai kerajaan, mula nak start tuduh daulah terpendam. Nak main ugut-ugut ni, silap orang kau mengugut ni.

Senang cerita, apa kata kau mula berbaik-baik dengan pegawai kerajaan ini, sebelum kau akan diserang dari dalam (dah memang bermula pun).

Atau kalau nak kerajaan sepenggal, teruskanlah perangai bodoh sombong ni.

https://www.facebook.com/ufi/reaction/profile/browser/?ft_ent_identifier=ZmVlZGJhY2s6MTAyMTE4NzAyNDA5NTE5MTM%3D&av=100017377443232
 
Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,060
Reaction score
1,081
Points
201

https://www.facebook.com/ufi/reacti...s6MTAyMTE4NzAyNDA5NTE5MTM=&av=100017377443232

kuasa staf gorment... jgn memain... staf gorment (askar+polis+pertahanan awam+penguatkuasaan+pelaksana awam).... dorang ni umpama infinity stone... tetiba leh wat magic.... hehehhe
 
ibnuwafiy

Fun Poster
Joined
Sep 22, 2013
Messages
876
Reaction score
91
Points
20
amboi.. deep state tu maksudnya daulah terpendam ka? :D Tun ni jenis berhati-hati.. die tahu je akan ada back-stabbed..nama pun orang politik. moga Tun mampu benar menangani isu ini jika ia benar sedang berlaku. dah tak banyak masa atok oi..

sengaja melambat-lambatkan tugasan juga boleh termasuk dalam kategori usaha sabotaj. bagi je pengajaran kalau dapat tangkap individu sebegini. hu
 
KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,371
Reaction score
415
Points
131
kuasa staf gorment... jgn memain... staf gorment (askar+polis+pertahanan awam+penguatkuasaan+pelaksana awam).... dorang ni umpama infinity stone... tetiba leh wat magic.... hehehhe
Tak juga. Komik komunis pun polis tak berani sentuh
 
Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,060
Reaction score
1,081
Points
201
amboi.. deep state tu maksudnya daulah terpendam ka? :D Tun ni jenis berhati-hati.. die tahu je akan ada back-stabbed..nama pun orang politik. moga Tun mampu benar menangani isu ini jika ia benar sedang berlaku. dah tak banyak masa atok oi..

sengaja melambat-lambatkan tugasan juga boleh termasuk dalam kategori usaha sabotaj. bagi je pengajaran kalau dapat tangkap individu sebegini. hu

God Father : lesson this child... keep close with your friend, but keep closer with your enemies....

Tun M berbaik2 dgn musuh2 nyer...
 
Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,810
Reaction score
1,659
Points
201
kuasa staf gorment... jgn memain... staf gorment (askar+polis+pertahanan awam+penguatkuasaan+pelaksana awam).... dorang ni umpama infinity stone... tetiba leh wat magic.... hehehhe

PH pun selalu kutuk penjawat awam...so bila kau kutuk org...dan nak harapkan org yg kutuk kau tu suka kat kau? what the heck.......lagi satu penjawat awam dah menyesal...patut kenaikkan gaji 1 tangga hari tu....dgn kos ekonomi yg naik akibat kecelaruan PH ..makan penjawat awam susah nak buat loan...tampal dan gali sana sini....so menyesal lah depa...dan yg penting penjawat awam malu mempunyai Menteri Menteri yg berkualiti tinggi mcm PH jadi ketua...mrk naik segan nak bekerja...
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
63,140
Reaction score
9,989
Points
1,746
sebenarnya perkataan deep state atau daulah terpendam banyak diperkatakan akhir akhir ni oleh kerajaan baru..
saya ambik beberapa peristiwa terkini yg memfokus pada deep state/daulah terpendam leh kerajaan baru..

1.
Kamarul Yusoff
27 November jam 3:27 PTG

TUDUHAN SABOTAJ TERHADAP POLIS DAN PEJABAT PEGUAM NEGARA: TINDAKAN SEGERA PERLU DIAMBIL

Serangan terhadap pegawai kerajaan yang didakwa mensabotaj kerajaan dan menjadi daulah terpendam (deep state) berterusan nampaknya.

Hari ini, Ahli Parlimen P107 Sungai Buloh dari PKR, Sivarasa K. Rasiah, yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, mendakwa:
(1) “Deep state elements within the police force and Attorney-General’s Chambers were behind the arrests of two state lawmakers under a controversial anti-terror law” (“Elemen daulah terpendam dalam pasukan polis dan Pejabat Peguam Negara adalah penyebab kepada penahanan dua wakil rakyat di bawah undang-undang anti keganasan yang kontroversi”).
(2) “The arrest of the two was aimed at politically damaging Pakatan Harapan” (“Penahanan dua wakil rakyat terbabit adalah bertujuan untuk menjejaskan Pakatan Harapan”).
(3) “The arrests were never endorsed by the cabinet or any senior minister in the administration” (“Penahanan itu tidak pernah disokong oleh kabinet atau mana-mana menteri kanan dalam pentadbiran”).
(4) “The decision to charge the 12 detainees occurred while Attorney-General Tommy Thomas was overseas” (“Keputusan untuk mendakwa 12 tahanan berlaku tatkala Peguam Negara Tommy Thomas berada di luar negara”).
(5) “People who are doing this are inside the institutions, such as the police, and have loyalties to the old government” (“Mereka yang melakukannya berada dalam institusi, seperti polis, dan mempunyai kesetiaan kepada kerajaan lama”).

(Rujuk laporan bertajuk “Deputy minister blames ‘deep state’ for Tamil Tigers arrest” di pautan https://www.themalaysianinsight.com/s/200808)

Ini adalah menyusuli dakwaan Ahli Parlimen P110 Klang dari DAP, Charles Anthony Santiago, yang merupakan Pengerusi SPAN, pada 25 November 2019 bahawa:
(1) “The arrests appeared to be a warning to the Indian community, especially those with the DAP” (“Penahanan itu kelihatan seperti satu amaran kepada masyarakat India, terutamanya mereka yang bersama DAP”).
(2) “SOSMA is being used as a tool to punish those who had spoken out against Dr Zakir Naik” (“SOSMA sedang digunakan sebagai satu alat untuk menghukum mereka yang bersuara melawan Dr Zakir Naik”).
(3) “SOSMA is being used to break the peace and stability in the country” (“SOSMA sedang digunakan untuk memecahkan keamanan dan kestabilan dalam negara”).

(Rujuk laporan bertajuk “Criticism of Zakir Naik may have led to LTTE arrests, says MP” di pautan https://www.freemalaysiatoday.com/…/criticism-of-zakir-nai…/)

Begitu juga dakwaan lain yang dibuat oleh Charles Anthony Santiago pada 26 November 2019 bahawa:
(1) “The security law is being used by the Harapan government as a political tool” (“Undang-undang keselamatan itu sedang digunakan oleh kerajaan Harapan sebagai satu alat politik”).
(2) “And in the case of the LTTE detainees, may be to punish those who dared speak up against Muslim preacher, Dr Zakir Naik, or to simply demonise DAP” (“Dan dalam kes tahanan LTTE, mungkin untuk menghukum mereka yang berani bersuara melawan pendakwah Islam, Dr Zakir Naik, atau untuk semata-mata memburuk-burukkan DAP”).

(Rujuk laporan bertajuk “Double standard could land M'sia on US terror watch list” di pautan https://www.malaysiakini.com/news/501311)

Turut membuat dakwaan serupa adalah ADUN N6 Bekok dari DAP, Dr. S. Ramakrishnan, yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, yang menyatakan pada 25 November 2019 bahawa:
(1) “Are we in a police governed state? It seems like it here in Malaysia now” (“Apakah kita berada dalam sebuah negara yang diperintah oleh polis. Ia kelihatan sebegitu di Malaysia sekarang”).
(2) “This whole exercise seems like a witch hunt that is politically and racially motivated and there is no other way of seeing it!” (“Kesemua tindakan ini kelihatan seperti satu pemburuan yang bertujuan politik dan perkauman dan tiada cara lain untuk melihatnya!”)

(Rujuk laporan bertajuk “Security offences law impedes a fair trial” di pautan https://www.malaysiakini.com/news/501106)

Kesemua tuduhan ini, khususnya tuduhan yang dibuat oleh Sivarasa K. Rasiah, yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan selaku Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, adalah tuduhan yang serius.

Adalah diharapkan semoga pihak polis dan pihak Pejabat Peguam Negara akan memberikan maklum balas segera ke atasnya.

Jika tuduhan ini benar, maka pihak yang dituduh perlulah diambil tindakan yang sewajarnya, tetapi jika ia tidak benar, maka pihak penuduh pulalah yang perlu diambil tindakan yang sewajarnya.

2.
Kamarul Yusoff
23 November jam 8:35 PG ·

ISU TENDER NAFAS: BETULKAH PEGAWAI KERAJAAN SABOTAJ MENTERI PERTANIAN ATAU APAKAH MEREKA DIJADIKAN KAMBING HITAM?

Isu tender NAFAS kini memasuki dimensi baru bila Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, mendakwa ia berlaku ekoran sabotaj daripada pegawai-pegawai kerajaan di Kementerian Pertanian yang pandai-pandai membuka dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Menteri Pertanian, Datuk Seri Salahudin Ayub.

Lebih serius lagi, pegawai-pegawai kerajaan ini, mengikut ucapan Khalid Samad dalam program Bicara Bersama Menteri yang berlangsung di Kedai Cikgu Fatah, Jalan Dato Lundang, Kota Bharu, malam tadi, 22 November 2019, “bergerak mengikut arahan daripada pemimpin-pemimpin yang lama untuk menimbulkan masalah”.

Ini adalah satu dakwaan serius yang, jika terbukti betul, boleh menyebabkan pegawai-pegawai kerajaan ini dikenakan tindakan tatatertib.

Bagaimanapun, jika dakwaan ini tidak betul, maka pegawai-pegawai kerajaan ini perlu dibela bagi mengelakkan mereka dari dijadikan kambing hitam.

Perkara pertama sekali yang perlu dipastikan ialah siapakah dia pegawai-pegawai kerajaan yang didakwa mensabotaj Menteri Pertanian ini.

Ini kerana yang berkuasa membuka dan membatalkan tender ini pastilah pegawai-pegawai tinggi kerajaan seperti Ketua Setiausaha Kementerian.

Semoga ada penjelasan lebih lanjut mengenai identiti pegawai-pegawai kerajaan mahupun proses-proses membuka dan membatalkan tender ini.

Ini adalah ucapan Khalid Samad tersebut:
“Lalu amalan ni 22 tahun dah, tak pernah ditender, tiba-tiba tahun ini saja kerana nak timbulkan isu, tanpa pengetahuan Menteri, pembekalan baja oleh NAFAS ni, tender untuk NAFAS ni, ataupun kontrak untuk NAFAS ni, diambil, dia nak tender, tanpa pengetahuan Menteri. Tiba-tiba bila dah keluar tender, orang dah ambil tender, tiba-tiba dia batalkan tender itu. Lalu kecohlah orang. Oh, dia kata, “Ini kita nak runding terus”. Lalu dia kata, “Ni apa ni Kerajaan PH, dulu janji semua nak tender tiba-tiba nak runding terus”. Maknanya ada pegawai-pegawai yang memainkan Menteri. Tak ada orang suruh tender dia buat tender, tak ada orang suruh tarik balik dia tarik balik, supaya menjadikan dia isu. Ni dalam istilah politik, dalam bahasa Inggeris dia katakan ‘deep state’ ataupun ‘daulah terpendam’, ‘kerajaan dalam kerajaan’, penyokong kerajaan yang lama yang sedang bergerak mengikut arahan daripada pemimpin-pemimpin yang lama untuk menimbulkan

3.

Kamarul Yusoff
4 Disember jam 1:17 PTG

HIMPUNAN BEKAS PENGGANAS KOMUNIS: JANGAN SIASAT SAJA

Pemimpin DAP, Ronnie Liu, dilaporkan menggesa polis jangan siasat himpunan bekas pengganas komunis di New Era University College kerana, katanya, polis perlu faham bahawa himpunan itu “adalah untuk memperingati perjanjian damai dan tiada perkara lain”.

Lucu gesaan Ronnie Liu ini kerana bekas pengganas komunis, Tan Yi Yu, sendiri menyebut bahawa ia adalah lebih daripada itu, ia juga adalah untuk menegakkan kebenaran bahawa para pengganas komunis adalah pejuang kemerdekaan, demokrasi, kebebasan dan keamanan.

Syukurlah kerana masih ramai di kalangan rakyat yang mempunyai sensitiviti ke atas himpunan bekas pengganas komunis ini dan ia tergambar dalam laporan polis yang mereka buat di seluruh negara yang setakat jam 1200 tengahari hari ini sudah mencapai jumlah 51.

Mengikut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAK Mior Faridalatrash Wahid, kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan adalah kesalahan “membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain” yang boleh dihukum dengan “pemenjaraan yang boleh sampai dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya”.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula adalah kesalahan “(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta, dan (ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain” yang boleh dihukum dengan “denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya”.

Tidak syak lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pengganas komunis dan penyokong mereka dalam himpunan itu adalah memenuhi kriteria “mengapikan” di samping bersifat “menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain”.

Semoga mereka tidak sekadar disiasat sahaja tetapi hendaklah didakwa juga.

Biarlah dituduh “deep state” pun, janji negara berada dalam keadaan selamat.

Kamarul Yusoff https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/202689

Kamarul Yusoff https://www.hmetro.com.my/.../polis-siasat-himpunan-bekas...

4.

Yusfarizal Yussoff

7 Disember

“Attorney-General Tommy Thomas has vowed to take action against his officers who had filed an appeal against a Shah Alam High Court decision to acquit PKR vice-president Rafizi Ramli”.

[email protected][email protected]________

Fenomena “saya tidak tahu, salahkan orang lain, dan akan ambil tindakan” ini hanya melambangkan:-

1. Tiada sistem pengawalan dalam pentadbiran anda;

2. Tiada hormat orang bawahan kepada anda;

3. Tiada rasa tanggungjawab dihati anda.
.
.
Dalam banyak keadaan kita lihat telah berlakunya fenomena ini. Contohnya:-

A. Abu

KDN, Polis, Imigresen semua tidak tahu kerana kononnya abu letak dalam flusk. Yang tangkapan dadah dekat KLIA tu selalu tu, dadah diletak atas dahi ker? Tugas anda merisik dan mengawal. Buatla.

B. Bendera “Jalur Kecundang”

KBS tak tahu. Presiden MABA tak tahu. Tiada raptai ker? Tiada mesyuarat jawatankuasa penganjur ker? Tiada Pengarah Program yang semak “display material” ker?

C. Reunion PKM

MPK tak tahu. Polis tak tahu. KDN tak tahu. Perjumpaan tertutup katanya.

Ada kegiatan subversif yang terbuka ker? Al-Maunah dulu mesyuarat dekat Starbuck Pavillion ker? Sebab itu kena risik. Dah tahu dekat dgn ulangtahun Perjanjian Hatyai, takkan tidak syak apa-apa.
.
.
Hentilah guna alasan begitu. Kerajaan dengan segala apparatusnya sepatutnya memantau segala isu-isu sebegini. Cegah sebelum berlaku. Bukan menggelabah setelah jadi isu.

Bak kata Hopper dalam A Bug’s Life:-

“First rule of leadership - everything is your fault”.
.
.
Dan ya, AG. Kes Rafizi yang sebegitu besar dan kontroversi, dia jawab tak tahu sahaja. Tiada mesyuarat mingguan/bulanan kah? Tiada perbincangan khusus kes-kes besar kah? Paling kurang, mandat rayuan ini mestilah daripada ketua unit/Jabatan bukan?. Tiada whatapps group kah?

Hentikanlah cacamerba ini. Sudahlah anda tiada kawalan, orang bawah tidak hormat, salahkan fenomena rekaan “daulah terpendam” pula. Kalau daulah tersohor tidak mampu mengawal daulah terpendam, dahlah. Boleh jalan dah.

https://www.malaysiakini.com/news/502704

ni dari Siti Kassim

Siti Kasim
7 Disember jam 9:19 PG ·

DEEP STATE
Sack these people who do not know who they're working for. Clean out our civil service from all these idiots who must have gained something during the last administration either by being promoted despite being incompetent but good in kissing backsides or making money on the sides with no consequences. That's why they want the old government back. Sack all of them. Useless bunch of people.

Sponsored Post
Top
Log in Register