Dakwa rugi beli mesin air

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Lebih 50 ahli perniagaan dikesan menjadi mangsa penipuan syarikat membekal mesin runcit automatik menjual air minuman sepanjang tahun lalu apabila wang pelaburan membeli alat berkenaan hampir RM1 juta hangus begitu sahaja.

Lebih menyedihkan apabila kebanyakan mangsa yang dijanjikan pulangan keuntungan jangka panjang terpaksa menanggung azab lebih besar berikutan mesin air berkenaan didapati mudah rosak dan kini tak ubah seperti besi buruk.

Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong berkata, sebanyak 24 aduan diterima pihaknya berhubung penipuan syarikat menjual mesin air berkenaan sepanjang 2007 membabitkan nilai kerugian RM425,000.

Menurutnya, jumlah kes berkenaan terus meningkat kepada 25 kes sepanjang 2008 dengan nilai kerugian hampir RM500,000.

“Angka kerugian ini menunjukkan seolah-olah berlaku penipuan terancang oleh syarikat terbabit yang berjaya memperdaya orang ramai melalui kaedah pujuk dan bayar.

“Mangsa biasanya diberikan kertas kerja dan pelan pemasaran ‘luar biasa’ bagi menunjukkan angka keuntungan besar yang bakal diperoleh jika membeli mesin air berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang yakin terhadap jumlah keuntungan diperoleh dalam tempoh jangka panjang tertarik dan bersetuju untuk membeli mesin air berkenaan yang berharga antara RM5,000 dan RM30,000 itu.

“Tambah menghairankan apabila pihak syarikat turut menawarkan khidmat bantuan pinjaman bank bagi memudahkan mangsa membuat pinjaman membeli mesin air terbabit.

“Masalah mula timbul sebaik wang dibayar dan mesin air berkenaan ditempatkan di beberapa lokasi dianggap strategik untuk memulakan perniagaan,” katanya.

Mangsa biasanya mula menyedari ditipu apabila mesin air dibeli didapati adalah mesin terpakai yang kerap kali rosak dan tidak dapat berfungsi.

Setiap kali mesin air berkenaan rosak dan perlu diperbaiki, pihak syarikat seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dan enggan bertanggungjawab menyebabkan mesin terbabit terbiar.

“Malah, ada syarikat pembekal turut mengenakan bayaran tinggi bagi kos baik pulih hingga membebankan pemilik mesin air,” katanya.

Ada juga mangsa mengalami kerugian apabila mesin air berkenaan dirampas pihak berkuasa tempatan (PBT).

Banyak company rupanya yang dok buat skim nie..
 
Sponsored Post

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
den antara org yg nyaris terjebak..huhu
 

muamalahdotnet

Active Member
Joined
Feb 8, 2008
Messages
1,356
Reaction score
12
Points
25
bukan mesin air jer...mesin kiosk lain seperti prepaid pon samaaa..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register