BTC USD 35,861.3 Gold USD 1,839.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwa Isteri dilarikan Mentua,Suami Nynaa Harizal buat Laporan Polis

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,553
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,553
Reaction score
466
Points
91
670CB086-B073-4331-8AEB-EFD9609FCDAB.jpeg

PETALING JAYA: Suami pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas mendakwa isterinya dilarikan keluarga pelakon itu sendiri ketika mengikuti penggambaran sebuah drama pada Isnin lalu.
Mohamed Fahmi, dalam satu sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini mendedahkan perkara tersebut.

“Saya menerima hantaran mesej daripadanya mengatakan dia telah selesai penggambaran dan sedang mengemas barang sebelum pulang. Lapan minit kemudian dia memberitahu ibu-bapanya berada di sana.
“Saya bertanya di mana dia sekarang. Katanya dia berada di dalam kereta bersama ibu, ayah dan Mimi.

“Kemudian saya bertanya kemana kamu pergi? Kenapa di dalam kereta? Katanya ‘tidak tahu’. Ayat terakhirnya bertulis Idk (I dont know).
Saya hubunginya namun telefonnya dimatikan. Hantaran mesej juga tidak dibaca,” dakwanya.
Kata Mohamed Fahmi lagi, dia telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Itu yang berlaku. Saya bertanya, jika perkara sama berlaku kepada isteri atau suami anda, apa yang akan anda lakukan? Anda tahu keluarga mereka melarikan mereka, namun anda tidak tahu ke mana mereka pergi.
“Jadi satu tindakan yang boleh saya ambil adalah membuat laporan polis. Saya akan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

“Saya tidak tahu menahu tentang status terkini buat masa ini. Tapi apa yang pasti kita akan terima perkembangan dalam beberapa hari selepas ini.
Mengulas tentang hubungannya dengan keluarga isteri, jelas Mohamed Fahmi memang timbul isu antara kedua-dua pihak dan dia ingin bertemu mereka untuk berbincang.

“Seperti saya katakan, apa juga permasalahan, anda boleh selesaikannya. Peluang untuk selesaikan itu masih ada.
“Tetapi, pertama sekali kami perlu bersemuka. Bukan menerusi orang lain atau cakap-cakap orang.
“Jadi saya akan tunggu untuk itu,” jelasnya.
Pada masa yang sama, dia turut mengesahkan hubungannya dengan Nynaa baik dan tidak bermasalah.
Dalam pada itu, Mohamed Fahmi juga berkata tidak timbul soal wang tebusan memandangkan dia masih belum berpeluang untuk berhubung dengan pihak di sebelah sana.
“Saya ingin menjelaskan bahawa wang tebusan itu tiada. Bagaimana saya nak tahu apa mereka mahukan sekiranya saya masih belum dapat bercakap dengan mereka?
“Jadi, soal wang tebusan memang tiada,” ujarnya.

*Utusan
 
Sponsored Post

g-man

Super Active Member
gem
Messages
6,713
Joined
Jan 16, 2011
Messages
6,713
Reaction score
1,073
Points
151
Sapa ni?...adoi rasa mcm bukan artis kot ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
Sapa ni?...adoi rasa mcm bukan artis kot ni

ada terbaca kat satu berita, dikatakan dia ni pelakon (saya tak tau dia berlakon cerita apa, pastu sebelum sebelum tu, dia ni finalis dewi remaja, tempat ketiga)
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,872
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,872
Reaction score
2,825
Points
261
Awards
1
Kesian.

Susah hati wei~

Bini hilang.

Dah kawin pun susah.
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,872
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,872
Reaction score
2,825
Points
261
Awards
1
Baca kat profile dia.

Kan dah kenal tu 🤭

 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,615
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,615
Reaction score
4,099
Points
261
Awards
1
Kesian.

Susah hati wei~

Bini hilang.

Dah kawin pun susah.
Aku kalau family wife mcm ni....susah nak aman...akan ada je depa akan buat kacau...pulangkan balik anak dia...cari bini lain je lah
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,872
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,872
Reaction score
2,825
Points
261
Awards
1
Aku kalau family wife mcm ni....susah nak aman...akan ada je depa akan buat kacau...pulangkan balik anak dia...cari bini lain je lah

Tu pasal sebelum kawin kena pastikan ada restu semua.

Jadi camni yang leceh.

Cinta akan buat manusia jadi bengong.

Susah hati tu bini yang tercinta di bawa lari.

Takde tempat nak curahkan kasih sayang dan kesangapan :ROFLMAO:
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register