BTC USD 60,195.3 Gold USD 1,742.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dakwa buku sejarah agungkan komunis - Maszlee sekolahkan Asyraf

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,168
Reaction score
2,288
Points
201
3fc74f598b7b8b951030282d268f366f.jpg



ULASAN l Cerita hari ini, pagi-pagi lagi sudah kena fitnah.

Saya tengah sibuk menguruskan bantuan kepada anak-anak Simpang Renggam ketika ramai wartawan menghubungi saya, meminta pandangan balas kepada kenyataan Dr Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda Umno.

Saya sangat tidak suka bergaduh dan bertengkar apatah lagi mencari salah orang lain ketika sepatutnya ahli politik perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada membantu rakyat yang tengah sengsara sekarang ini.

Dr Asyraf Wajdi sepatutnya lebih sedar situasi sekarang. Apatah lagi, beliau ialah sebahagian daripada Kerajaan yang memerintah.


Jika beliau nak tahu lebih lanjut tentang isu kurikulum Sejarah ini pun, beliau sebenarnya boleh menghubungi KPM dan minta penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan.

Tetapi itu tidak berlaku.



e8fb37faff54c5cba07823e909db5e51.jpg



Tidak mengapa. Saya akan terangkan satu persatu untuk memahamkan Dr Asyraf Wajdi apa sebenarnya proses penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Untuk menggubal kurikulum sesuatu subjek, ia memerlukan proses yang panjang dan ia telah dijadualkan secara teratur.

Untuk pengetahuan Dr Asyraf Wajdi, kurikulum Sejarah telah disemak semula pada tahun 2014 dan dilaksanakan pada tahun 2017 bermula dengan murid-murid tingkatan satu.

Ini bererti, kohort murid-murid tingkatan satu pada 2017 akan memasuki tingkatan empat pada tahun 2020.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini sebenarnya telah diperkenalkan pada 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989.

Kesimpulannya mudah, KSSM ini telah bermula pada tahun 2017, yang mana waktu itu Menteri Pendidikan adalah dari parti Umno.

Dr Asyraf Wajdi boleh bertanya sendiri kepada menteri waktu itu.

Proses penggubalan kurikulum sebenarnya mengambil masa beberapa tahun dan proses ini melibatkan panel pakar yang berpengalaman dalam subjek Sejarah.

Mereka terdiri daripada pakar sejarah terkenal dalam negara, pensyarah universiti, pensyarah Institut Pendidikan Guru, guru pakar dan guru-guru mata pelajaran sejarah.



35009db19597cc9413d1cfe1cca6b209.jpg



Setiap kurikulum yang selesai digubal akan melalui proses ujian rintis di sekolah sebenar bagi memastikan kebolehlaksanaan kurikulum tersebut di samping mendapatkan pandangan guru-guru yang akan melaksanakan kurikulum tersebut.

Melalui ujian rintis tersebut, penambahbaikan akan dilakukan berdasarkan pandangan guru-guru.

Semua proses ini melibatkan beberapa fasa seperti pengkopsepsian kurikulum, pemetaan kurikulum, uji rintis & pelaksanaan Dokumen Standard Sekolah Rendah (DSKP) dan kursus penataran. Ini semua mengambil masa sekitar 3 hingga ke 5 tahun.

Amat mustahil untuk PH melakukan semua ini dalam masa setahun lebih memerintah.

Ini bermakna untuk buku teks yang dicetak pada 2019 dan digunakan pada tahun 2020, prosesnya bermula sejak 2014/2015 lagi.



1f5f91539b7a662723c57bec3e11051a.jpg



Sekali lagi, saya nak beritahu kepada Dr Asyraf Wajdi, Menteri Pendidikan pada tahun 2015 adalah dari parti Umno. Boleh tanya beliau sendiri.

Saya juga ingin menarik perhatian Dr Asyraf Wajdi bahawa melalui KSSM yang dimulakan pada 2017, Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) menetapkan kandungan KSSM Sejarah adalah berbentuk kronologi yang membincangkan perihal kehidupan masyarakat dan negara daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.

Seperti dinyatakan di dalam DSKP; “Peristiwa sejarah disusun secara kronologi supaya murid dapat memahami proses perkembangan masyarakat dan negara yang menumpukan kepada pemahaman yang menyeluruh tentang pembinaan negara bangsa Malaysia bermula dari Zaman Prasejarah hingga kini. Ilmu tersebut membolehkan murid membuat perbandingan peradaban yang dicapai oleh negara luar dengan negara kita...,”

Dr Asyraf Wajdi juga boleh meneliti sendiri senarai Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah & Buku Teks Sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Prof. Madya Shamrahayu Aziz (UIAM); Prof. Kamaruzaman Yusoff (UTM); Prof. Emeritus Abdullah Zakaria Ghazali dan Dr. Ho Hui Ling(UM); Prof. Sivamurugan Pandian (USM); Prof. Madya Rohani Abd Ghani (UKM) dan Prof. Madya Bilcher Bala (UMS).

Adalah lebih tepat sebenarnya jika Dr Asyraf bertanya kepada pakar-pakar ini, daripada menuduh saya dan PH secara membuta tuli.



710df95e9aaa340a4fd24e909a82dccb.jpeg



Kesemua pakar yang diletakkan penghargaan di muka depan buku teks ini adalah pakar Sejarah di negara ini, dan sebahagiannya dikenali memang rapat dan condong dengan parti Umno.

Saya juga kepilkan di sini surat dan dokumen bukti yang menjelaskan bahawa KSSM ini telah diputuskan pada 2017 lagi, proses-proses selepasnya hatta sehingga zaman saya menjadi Menteri Pendidikan pun, ialah prosedur biasa.

Konklusinya jelas, cetakan 2019 ialah hasil daripada keputusan 2017.

Jadi saya berpendapat tuduhan melulu Dr Asyraf Wajdi yang menyalahkan pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah komen kosong tanpa usul periksa.

Beliau menunjukkan sisi tidak mahir tentang proses dan tatacara penggubalan kurikulum oleh pihak KPM serta sebuah kecaman terhadap budaya kerja penjawat awam di KPM.

Untuk makluman Dr Asyraf Wajdi juga, selama 20 bulan ketika saya menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan, kerajaan PH memberikan kebebasan kepada profesional di dalam Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM untuk meneruskan kelansungan pelaksanaan KSSM seperti yang dirancang melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2012-2025).

Langsung tidak ada campur tangan saya dan PH dalam proses ini walaupun saya tahu ada di kalangan Pakar Rujuk memang sangat cenderung kepada Umno.

Apa yang saya cuba lakukan dahulu adalah mengubah sistem pendidikan sedia ada secara besar-besaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang sekian lama wujud seperti sekolah daif, murid cicir, pendidikan OKU dan banyak lagi.

Usaha ini dilaksanakan melalui penubuhan MPPK dan JKDPN yang hari ini terus terbantut.

Akhir kata saya ingin memberi nasihat kepada Dr Asyraf Wajdi supaya menyiasat, membuat usul periksa dan memahami proses dan tatacara gerak kerja penjawat awam dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.

Takut nanti banyaknya tertembak kumpulan sendiri, luka dan jatuh kemudian menanam jasad sendiri.

Nota Tambahan:

Saya sedang berusaha membantu 500 anak-anak Simpang Renggam menyediakan kelengkapan mereka ke sekolah.

Saya mengalu-alukan bantuan ramai pihak untuk misi penting ini.

 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,283
Reaction score
1,317
Points
201
Haluan kanan dn haluan kiri sama2 berjuang utk merdeka.....sapa khianat sapa kt pun xtau......cuma cr yg berbeza
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,437
Points
1,906
Mufarwa Farid

13m ·

Kalau pandang dari sudut undang-undang, apa yang Dr Asyraf Wajdi tulis tu dikira sebagai fitnah, dan boleh dibawa ke Mahkamah untok disaman.

Post Dr Asyraf memberikan gambaran buruk dan tidak benar terhadap Menteri Pendidikan era Pakatan Harapan, iaitu Dr Maszlee.

Dr Maszlee Malik boleh pertimbangkan untok saman beliau.

 

Luke

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
5,365
Reaction score
647
Points
121
Pagi pagi dah kena fitnah. Lain kali fitnahlah waktu tengahari.
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,616
Reaction score
922
Points
171
Semua jd pakar sejarah pasni hehe

Sejarah membuktikan Maszlee berada dalam kalangan PENIPU janji2 PRU14...haha
Kesian org simpang Rengam..tiada tawaran dari Mazlee utk tuntut bayaran TOL Spg Renggam..:D:D
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,437
Points
1,906
berikut ni adalah statement Asyraf Wajdi yg menjadi tiitk awal perbincangan ni.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Semalam jam 9:02 PG ·

TARIK BALIK DAN PERBETULKAN FAKTA SEJARAH TINGKATAN 4 YANG MENGAGUNGKAN KOMUNIS

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks sejarah tingkatan 4 KSSM.

Perkara ini semacam satu usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan Pakatan Harapan memerintah bagi menanamkan benih ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan secara halus menyuci pemikiran pelajar bahawa fahaman sosialis dan komunis tidaklah buruk malah diangkat sebagai antara ideologi yang memperjuangkan kemerdekaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila terdapat juga elemen memfitnah dan menohmah orang Melayu sebagai barua atau orang suruhan pihak penjajah Jepun untuk menentang Komunis dan MPAJA (Rujuk muka surat 75 Buku Teks Sejarah Tingkatan 4).

Secara halus dan tersirat, Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu telah mengangkat dan menjulang anggota Komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan.
Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Kementerian Pendidikan segera menarik balik buku-buku sejarah Tingkatan 4 dan memperbetulkan kembali fakta-fakta yang cuba dimanipulasi bagi merubah sejarah negara.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
24 Februari 2021

#PemudaJurubicaraRakyat

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,437
Points
1,906
Nazrul Nazir

23j ·


Kehadapan Datuk DR ASYRAF WAJDI DUSUKI yang dihormati:

1) Sejarah adalah fakta. Fakta adalah perkara benar yang berlaku dan tidak boleh diubah.

2) Faktanya, nasionalis kiri Melayu dan MPAJA sememangnya terlibat dalam perjuangan kemerdekaan dan penentangan terhadap Jepun. Ini fakta, dan ia benar-benar berlaku. Semasa saya di Tingkatan 4 (2011), silibus yang sama juga diajar. Waktu itu, kerajaan Persekutuan adalah BN
1f60f.png


3) Menafikan peranan nasionalis kiri dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, dengan alasan pengaruh komunis adalah suatu perkara yang tidak wajar. Kita benci komunis, tetapi jangan dinafikan peranan mereka dalam menjadi salah satu resistant, yang membuatkan Jepun tidak senang duduk semasa memerintah Malaya.

4) Saya tidak suka Pakatan Harapan, tetapi saya tak nampak di mana signifikan untuk mengatakan Pakatan Harapan cuba menanam unsur komunisme dalam pendidikan dengan pendedahan ini.

5) Perjuangan kemerdekaan bukan milik UMNO semata. Ia milik rakyat Malaysia. Namun kita tak nafikan usaha dan peranan UMNO dalam menuntut dan memperjuangkan kemerdekaan. Harapnya semangat yang sama terus dikekalkan dalam menjadikan Malaysia terus utuh, sebagai sebuah negara merdeka yang berintegriti serta melawan korupsi dan kleptokrasi.

Sekian.
Nazrul Nazir

1614216068931.png

1614216078299.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,437
Points
1,906
Mufarwa Farid

9j ·

Dr Asyraf Wajdi sangat tak bertanggungjawab dalam pandangannya terhadap Buku Teks Sejarah Tingkatan 4.

Dah ramai ahli sejarah, guru dan orang awam yang membetulkan fakta yang dibawa beliau.

Tapi sampai sekarang, sedikit pun tak ada rasa nak menilai semula tuduhan beliau, malah ditambah pula nak buat forum yang menegakkan benang yang basah.

Apa yang Dr Asyraf buat ni, tak adil bagi tiga pihak.

Pihak pertama, kerajaan Pakatan Harapan yang dituduh mengubah pengisian buku teks Sejarah tersebut.

Pihak kedua, pakar-pakar yang menggubal dan menyiapkan buku teks tersebut dari tahun 2014 hingga 2017.

Pihak ketiga, orang awam yang termakan dengan dakwaan tersebut, dan mendapat ilmu yang tidak tepat daripada ulasan Dr Asyraf tersebut.

'Adil' ni lawannya 'Zalim'. Bila kita tak adil kat orang, maknanya kita berlaku zalim kat orang.

Dan, kita semua tahu, apa kesannya jika kita menzalimi orang lain.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register