BTC USD 35,165.3 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Da'i Syed Alami Tekanan Perasaan Dituduh Mencabul, Takut Nak Naik Mahkamah

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,533
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,533
Reaction score
466
Points
91
Syed Iqmal mengakui dirinya mengalami tekanan perasaan selepas berdepan tuduhan melakukan aktiviti seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta.

Namun dia bersyukur masalah mental dan kemurungan tersebut dapat dikawal dengan baik
151836rbbdnagknombhuzu.jpg

"Kadang-kadang ada juga terasa 'down', nak cakap depression itu, ada juga. Ada juga tekanan perasaan... manusia kan.

"Alhamdulillah, ada orang beri semangat dan doakan saya. Atas asbab mereka mendoakan saya, saya jadi fokus pada kerja saya

"Tengok apa yang boleh buat, aktiviti dan bercuti dengan keluarga. Banyakkan masa dengan keluarga. Maka disebabkan itu, tiada depress dan tekanan," katanya kepada mStar
Sementara itu pendakwah bebas dan penyanyi ini sudah melakukan persediaan mental dan fizikal untuk dibicarakan Februari depan.

Sepanjang setahun 'turun naik' mahkamah berhubung kes itu membuatkan hatinya berdebar.
"Saya memang sudah siap sedia untuk dibicarakan dengan izin Tuhan... InsyaAllah. Sebab kes ini pun dah lebih kurang setahun.

"Selama setahun, mendebarkan... siapa pernah masuk mahkamah memang akan rasa takut dan berdebar. Kita memang hadir untuk beri kerjasama.

"Debar... takut sebab aura mahkamah memang dahsyat la. Saya nak selesaikan cepat, beri kerjasama pada pihak mahkamah untuk selesaikan bicara tersebut."
"Selesai perbicaraan di Shah Alam, kita akan sambung pada 18 sehingga 29 April di Petaling Jaya pula. Mahkamah tentukan selama 10 hari sebab ada tujuh orang saksi.

"Kita pun tak boleh jangka dalam satu hari satu saksi. Kadang-kadang dua hari satu saksi."-Cari
 

CG Sponsors




Top
Log in Register