Dah cabul tendang pula

CG Sponsors




irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Dah cabul tendang pula
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
[email protected]
2010/01/19

KUALA LUMPUR: Malang buat seorang wanita berusia lewat 30-an apabila dia bukan saja dicabul selain disamun seorang lelaki malah turut ditendang keluar dari lif di Pangsapuri Bustam di Taman Shamelin Perkasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu jumaat lalu, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di tingkat dua pangsapuri berkenaan.

Sebaik tiba di kawasan lif, dia terlihat seorang lelaki yang memandangnya dalam keadaan mencurigakan.

Sumber berkata, sebaik mangsa memasuki lif, lelaki terbabit turut berbuat demikian.

“Mangsa berpura-pura tenang biarpun dia sebenarnya dalam ketakutan. Mangsa segera menekan butang untuk ke tingkat dua manakala lelaki berkenaan menekan butang ke tingkat empat,” katanya.

Sebaik pintu lif dibuka di tingkat dua, lelaki terbabit segera menarik tangan mangsa bagi menghalangnya keluar.

“Lelaki itu kemudian menutup semula pintu lif berkenaan sebelum mengeluarkan sebilah pisau.

“Mangsa yang ketakutan kemudian dicium berulang kali sebelum tangan lelaki terbabit mula merabanya,” katanya.

Sumber berkata, sebelum lelaki terbabit membenarkan mangsa keluar dari lif berkenaan, dia mengarahkan mangsa menyerahkan semua barangan bernilai termasuk telefon bimbit.

Nasib malang mangsa tidak berakhir di situ apabila lelaki terbabit menendangnya beberapa kali sehingga mangsa terkeluar dari lif berkenaan.
 
Sponsored Post

ko'bek

Active Member
Joined
Dec 6, 2009
Messages
1,365
Reaction score
64
Points
30
x berhati perut..hati kering kontang,.,,,nii
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,192
Reaction score
823
Points
176
sudah nasin badan.. pakai lagi seksi-seksi... pengajarannya... jadi orang yang terkakhir masuk lift.. dan duduk depan pintu.... kalau tetiba ada orang mencurigakan keluar maka cecepat keluar..
 

tok_jogho

Active+ Member
Joined
Sep 29, 2008
Messages
2,844
Reaction score
9
Points
25
jenis x berhati perut...kalau camni kena buat kif lutsinar mcm kat klcc
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
bunguk punye pencurik
 
Sponsored Post
Top
Log in Register