Dah 2019 Pun Rakyat Malaysia Masih Belum Reti Kemas Meja Makan

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,520
Reaction score
2,029
Points
176
Sekali sekala saya akan makan di kedai makanan segera. Lagi-lagi kalau ada di Kuala Lumpur sementara nak tunggu ETS balik ke Ipoh di KL Sentral atau tunggu penerbangan di KLIA memang kena singgah sebab mudah dan cepat.

Kadangkala ketika bersama tunang saya, bila dah tiada idea hendak makan dimana, maka 'fast food' lah jawapnya. Kalau pulang ke Lumut lepak bersama rakan-rakan atau adik saya pun, mesti di McDonalds depan rumah kami.

https://*************/img/upload/set-makanan-mc-donalds.jpg

"Meja sambung 4 5 buah. Makan ramai-ramai lepas habis makan, kotak, pinggan, cawan, talam semua berterabur macam baru lepas kena langgar Garuda. Macam tongkang pecah. Macam kandang babilah senang cerita." Inilah situasi kebiasaan yang selalu terlihat, lumrah agaknya.

Dulu saya macam ni jugak. Lepas makan tinggal. Dulu. Masa zaman sebelum belayar. Bila belayar kita tengok tempat orang,tengok budaya dan tabiat mereka, saya berubah.

Pernah sekali tu, saya makan di Mc Donalds Buersplein, Rotterdam circa 2009/2010. Ketika itu saya perasan, orang sana lepas makan mereka akan kemas meja, angkat talam dan letakkan ditempatnya kembali.

Bila ziarah sekitar Buersplein, Coolsingel, Karel Doormanstraat dan Lijnbaan pun, senarionya sama. Kedai sebegini. Lepas makan, orang sana lap meja dengan tisu, angkat talam dan susun balik kerusi. Pelanggan yang lakukan semuanya, bukan pekerja. Maknanya mereka datang cantik pergi pun cantik. Mereka ambil peduli kesusahan pekerja untuk mengemas atau membersihkan sisa makanan mereka sendiri.

https://*************/img/upload/rakyat-malaysia-tak-reti-kemas-meja-selepas-makan.jpg

Saya fikir ini satu amalan yang baik untuk diikuti.

Maka balik Malaysia saya amalkan tabiat lepas makan,kemas meja,kumpul sampah buang di tong sampah dan talam diletakkan ditempatnya.

Ketika itu, saya berada di KL Sentral. Ramai pandang saya. Macam satu perkara yang janggal bagi mereka. Mau tak pelik sendiri angkat talam McDonalds selepas makan. Sangat jarang dibuat orang. Saya buat tak tahu je dengan pandangan orang lain. Di tempat lain pun sama. Di Midvalley orang pandang janggal. Pelik super tersangat pelik agaknya. Dan tabiat ni saya amalkan sampai sekarang.


Kenapa Saya Buat Macam Tu ?

Sebab pertama saya lihat kelakuan orang Belanda dengan tabiat sedemikian masa zaman 'foreign going' dulu sangat baik untuk diikuti. Benda elok kita ambil. Yang tak elok tu kita buang.

Keduanya dulu tahun 2011 ke 2012 pernah ada kes pekerja franchais makanan segera dimaki pelanggan tak tentu pasal siap viral videonya. Kecoh satu Malaysia. Bertempur segala rakyat jelata di media sosial waktu tu. Ramai yang kata patut pun pekerja tu kena maki. Gaji dia pelanggan yang bayar. Saya macam wow. Jadi duit kau bayar tu kira lesen untuk maki dan hina pekerjaan orang lain. Hebat permainannya. Ada siap kata cukai perkhidmatan tu kira untuk mereka kemas tempat makan yang pelanggan tinggalkan. Nampak sikap tu sikap apa. Sikap terkeji macam babi tu.

https://*************/img/upload/makan-bersepah.jpg

Saya ambil keputusan, untuk pekerja-pekerja ini saya akan bantu mereka. Bukan dengan wang ringgit tapi dengan meneruskan tabiat kemas tempat kita makan tanda solidariti kepada petugas franchais makanan segera ni. Biarlah orang kata buang tabiat pun.

Ya memang keuntungan kedai kedai ni akan bayar gaji mereka tapi itu bukan lesen untuk kita maki mereka atau tinggalkan tempat kita makan macam sarang babi hutan. Di rumah pun kita makan angkat pinggan kemas meja sendiri kan. Kenapa tak lakukan perkara sama di luar?

Tak salah pun amalkan. Melambangkan kita ni masyarakat ada pekerti mulia. Tanda kita tak lokek dan ada kesedaran sivik. Ya! memang kerja mereka berbayar, tapi janganlah sampai tinggal segala bala macam babi lepas makan.

Ni penanda aras mentaliti mayarakat. Kita dambakan fasilitas kelas dunia, kelas pertama serba serbi tapi hakikatnya tabiat dan kelakuan kita 'low class'. No class at all. Jadi berubahlah!

Selepas makan tu, kemas meja. Paling best bila adik-adik, abang, kakak, aunty dan uncle yang kerja sana ucap terima kasih kat kita. Sekelumit pekerti kita tu dibalas juga dengan kebaikan.

Paling malas pun kurang-kurang susun atur bagi elok agar mudah pekerja boleh terus angkat tanpa perlu menyusun sampah-sampah kita terlebih dahulu.

Sumber asal https://www.facebook.com/thepatriots2020/photos/a.182165691977464.1073741828.181500092044024/591107924416570/
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,520
Reaction score
2,029
Points
176
5 Sifat Buruk Yang Boleh Kita Nampak Pada Pengunjung Food Court

Saya cukup gemar makan di food court. Saya bukan bercerita tentang makanan yang semakin hari semakin tak sedap, tetapi tentang ayam goreng yang setakat ini, tak pernah lagi mengecewakan saya.

Seperti yang kita sedia maklum, foodcourt mengamalkan sistem servis layan diri yang kurang dipatuhi orang ramai. Semua pelanggan perlu mengemaskan meja sendiri selepas makan dan membawa pinggan, mangkuk dan cawan ke satu bahagian yang telah ditetapkan. Perbuatan ini jarang berlaku di negara kita sehinggakan pihak pengurusan foodcourt nampaknya terpaksa melantik beberapa orang pekerja hanya untuk mengemaskan meja makan yang telah digunakan.

Saya berkesempatan menemubual Amjad secara tidak rasmi, seorang warga Bangladesh yang pernah bekerja di food court foodcourt (cawangan mana terpaksa dirahsiakan) dan dia sendiri telah menggariskan 5 perangai orang Malaysia yang membuatkan dia tertanya-tanya.


1. Orang Malaysia ramai tak faham arahan sistem makan dan kemas

https://*************/img/upload/iluminasi-ikea-food-court2.jpg

Amjad sebenarnya ditugaskan untuk mengelap meja mana yang kotor dan mengemaskan bahagian pengumpulan peralatan makan dan minum yang telah dipakai. Walaupun sudah diletakkan pelekat di atas meja dan papan tanda didirikan, memang kerap Amjad terpaksa membersihkan meja dan mengangkut sisa-sisa makanan orang Malaysia.Troli makanan yang bersepah dan mengganggu trafik juga perlu dikemaskan oleh mereka supaya tidak menghalang laluan. Rasanya perkara itu tidaklah susah untuk dilakukan tetapi terlalu ramai yang masih terus melakukannya.


2. Orang Malaysia ada yang pengotor

https://*************/img/upload/iluminasi-ikea-food-court7.jpg

Sebelum datang ke Malaysia, Amjad membayangkan suasana kehidupan lebih bersih berbanding kampung halamannya di daerah Silhet yang agak daif. Sampai di Malaysia beliau menjangkakan penduduknya mengamalkan tahap moral yang tinggi namun sebaliknya berlaku. Bukan setakat di foodcourt, malahan Amjad yang juga pernah bekerja sebagai pencuci tandas di sebuah pasaraya terkenal mampu melihat mentaliti yang sama.

Di foodcourt, Amjad mempersoalkan mengapa terlalu banyak sampah jatuh ke atas lantai semasa orang Malaysia makan. Yang paling Amjad ingat, bagaimana dia perlu mencuci kahak berwarna hijau yang diludah atas lantai. Apa yang peludah itu fikirkan sebenarnya?


3. Orang Malaysia ramai yang suka membazir makanan

https://*************/img/upload/iluminasi-ikea-food-court5-123.jpg

Amjad berkata dia sungguh sedih melihat jumlah makanan yang dibuang setiap hari. Ada kalanya, banyak makanan yang kelihatan hanya dimakan sedikit lalu langsung tidak disentuh. Paling banyak dibuang adalah kepak ayam dan bebola daging, mungkin ditinggalkan selepas kenyang. Selain itu kentang goreng yang dibuang juga tidak terkira jumlahnya.


4. Orang Malaysia ramai yang pentingkan diri sendiri

https://*************/img/upload/iluminasi-ikea-food-court.jpg

Ketika waktu puncak, oleh kerana tidak ramai yang membersihkan meja, pasti ramai orang yang memerlukan meja dalam jangka masa yang cepat. Selalunya yang bertugas membersihkan meja hanyalah 2 atau 3 orang pekerja dan situasi pada waktu puncak, cukup merisaukan Amjad.

Dia pernah diarah ke sana ke mari untuk mengemas dan mengelap meja, sedangkan jika difikirkan, bukanlah tugasnya. Dia pernah dimarahi kerana tidak mengemas meja kerana sibuk menyusun dulang di kaunter. Dia juga pernah diminta oleh pelanggan untuk mengangkat hidangan yang sudah habis di makan oleh pelanggan supaya senang mereka berborak-borak.

Selain itu Amjad juga kerap melihat pertengkaran antara orang yang masih duduk di meja dan orang yang menggesa pelanggan tersebut mengosongkan mejanya supaya dia boleh makan. Menurut Amjad, apabila perkara tersebut berlaku, selalunya akan berlaku sedikit pertengkaran dan Amjad berkata, sepanjang dia bekerja, syukurlah dia tak pernah nampak insiden pergaduhan.


5. Orang Malaysia ada suka 'mencuri' dan ambil barang berlebihan

https://*************/img/upload/iluminasi-ikea-food-court6.jpg

Setiap hari, Amjad mengutip berpuluh-puluh batang pensil yang disediakan oleh pihak foodcourtuntuk kemudahan penggunanya. Selain itu, ramai yang mengambil tisu dengan banyak tanpa menggunakannya dan hanya ditinggalkan di atas meja.

Tidak masuk lagi jumlah paket gula yang senantiasa perlu diisi semula kerana setiap orang mengambil kuantiti yang banyak tanpa memerlukan. Sudu dan garpu yang sebenarnya bersih terpaksa dicuci sekali lagi hanya kerana sudah diambil. Kata Amjad, bila waktu puncak memang berlaku kekurangan utensil untuk digunakan kerana jumlah yang diambil terlalu banyak dan kekurangan pekerja untuk mengutip, membuatkan proses pengutipan dan pembersihan perlahan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Amjad berkata bekerja di foodcourt merupakan satu pengalaman membuka mata pada beliau. Ini kerana pengalaman beliau melihat sendiri perangai orang Malaysia yang amat berlainan dengan apa yang dia dan kawan-kawannya lalui, membuatkan dia tertanya-tanya jugalah, apa yang tak betul dengan orang Malaysia?

Kata dia, kita mewah dari segi harta tapi dari segi tata susila, dia katakan kita ini miskin benar berdasarkan pemerhatian dia. Makanan banyak, tempat makan sedap, suasana selesa, tapi nikmat yang berada di depan mata seolah-olah tidak dihargai oleh rakyat Malaysia.

Amjad mengakui, ada kalanya dia secara sorok-sorok menyimpan kepak ayam goreng yang kelihatan tidak diusik untuk disimpan dalam satu bekas sebagai makanan dia dan kawan-kawannya pada hari itu. "Saya tak suka meatball," kata Amjad. "Tadak sedap."
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,520
Reaction score
2,029
Points
176
Fenomena Ganjil di Medan Selera

Medan selera atau food court merupakan tempat makan pilihan ramai pengunjung yang menawarkan hidangan makanan pada harga berpatutan. Ramai orang memilih untuk berkunjung ke medan selera kerana kepelbagaian menu juadah dan suasananya yang santai untuk makan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Namun, masih terdapat beberapa faktor yang masih boleh diperbaiki agar semua medan selera menjaga kualiti perkhidmatan dan tahap kebersihan. Lelaki ini kongsi pengalamannya yang sering berkunjung ke medan selera:

https://*************/img/upload/politik-medan-selera-kotor.jpg

1. Ada satu fenomena ganjil berkenaan medan selera.

2. Aku tak pasti anda nampak atau tidak tapi benda ni obvious benar berlaku pada beberapa medan selera yang aku suka.

3A. Aku cukup gemar medan selera kelolaan Majis Perbandaran, sebenarnya. Ada sesuatu yang mendamaikan dengan rekaan tahun 80an nya. Aku rasa selamat dan tak rushing bila makan.


Tapi kenapa sampai berebut pelanggan?

3B. Persoalannya, kenapa kebanyakan tempat makan orang Melayu berbentuk medan selera atau medan penjaja yang disediakan oleh majlis perbandaran, gemar berebut-rebut pelanggan?

4. Anda boleh nampak orang tu nak jual nasik, orang tu jugak lah nak jual air. Tiap-tiap kedai nak jual air, tiap-tiap kedai nak jual nasik campur. Alih-alih, semua kedai jual benda yang sama.

5. Yang paling pelik, walaupun meja dan kerusi jenis pegun yang dipasang oleh Majlis Perbandaran tidak dilabelkan untuk sekian-sekian kedai;


https://*************/img/upload/menu-medan-selera.jpg


Nak makan pun ada syarat?

6. Boleh pula ada syarat beli makan dan air sini, kena duduk di meja yang ditetapkan. Kalau nak order makan kedai sebelah, tak boleh. Kena duduk belah sana. Padahal, meja kat situ semua free seating.

7. Benda ni dah jadi satu undang-undang tak betulis.

8. Datang 4 orang, 2 nak makan kedai A, 2 nak makan kedai B. Bila mintak pelayan Kedai A orderkan dekat B sebab nak makan benda yang mungkin dia tak jual, macam nasik ayam misalannya, dia suruh order sendiri.

9. Ada juga yang boleh pulak didik pelanggan dia undang-undang kat situ macam mana berfungsi,"duduk sini, order kat sini ye." Kalau nak order kedai sebelah, dia tarik muka.

10. Yang paling masalah, tiap-tiap kedai bertanggungjawab uruskan pinggan, mangkuk dan cawan dia sendiri.

11. Kedai A hanya akan angkat peralatan kedai A, kedai B punya dia tak angkat. Meja pun tak berkemas.

12. Meja yang perlu dilap pula, bergantung kepada di mana kedudukan meja tu. Kalau meja tu depan kedai dia, dia lap.


Tahap kebersihan pun membimbangkan

https://*************/img/upload/lap-meja-buang-atas-lantai.jpeg

13. Lap pula, hanya guna kain semata-mata.

14. Lap pula dengan cara menolak semua sisa makanan di atas meja ke atas lantai sebab benda tu bukti, ramai orang makan kat kedai dia.

15. Teruk bang sebenarnya kalau kau fikirkan bab kebersihan kedai makan kita ni. Sisa makanan satu hal, abuk rokok pelanggan pun satu hal.

16. Agak menyedihkan sebenarnya bila tengok benda camni berlaku, apatah lagi bila tengok sistem medan selera orang Cina macam mana.

17. Sorang jual babi panggang, sorang jual itik gantung, sorang jual bak kut teh, sorang jual mee babi, sorang jual nasik ekonomi sementara tuan punya premis jual air. Semua bawah satu bumbung.

18. Aku tak bermaksud semua, tapi kebanyakan medan selera atau food court yang majoriti Melayu, mesti wujud masalah-masalah ni.

19. Anda ada perasan masalah sama di tempat anda?
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,634
Reaction score
136
Points
38
aku tak rajin mana ..cuma biasanya aku akan letak semua sampah satu bekas ( dlm kotak kfc etc ), dan pinggan aku susun2 siap..meja aku kemas dan semua letak dlm tray..tinggal angkat je .. tak pernah lagi aku tinggalkan dlm keadaan bersepah dgn sisa makanan dan pinggan berterabur..
 

Kbyne

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,834
Reaction score
500
Points
161
Patut ambil gambar sebelum dan selepas...
Imam Malik rahimahullah mengatakan:
تعلم الأدب قبل أن تتعلم العلم
“Belajarlah adab sebelum belajar ilmu” (Hilyatul Auliya [6/330], dinukil dari Min Washaya Al Ulama liThalabatil Ilmi [17])

adab ni terbina dri dlm rumah...ibubapa yg bentuk disiplin diri seseorang...
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
7,941
Reaction score
292
Points
86
aku kalau kat fastfood ..aku kemas--lap-buang-susun kerusi lepas mkn...

kalau mkn kat rest/warung .. aku kemas-lap-susun kerusi lepas mkn.

aku xde pun blajar/ keje kat oberC .. aku cuma ada belajar subjek sivik masa sekolah rendah.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,045
Reaction score
1,512
Points
596
kebanyakan rakyat malaysia tak ada hati perut kesian kat orang

bila makan tinggal ja sisa camtue

biarkan orang keje angkut

dah lama tengok

banyak jenis kejam
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,617
Reaction score
162
Points
78
Biasa kalau aku mkn fast food ngan family pas mkn aku akan kumpul sisa2 mknan kat tray pas abis mkn sblm balik aku akan buang kat tpt yg dorg sediakan,pastikan m3ja kosong wblm beredar.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register