Daftar Orang Miskin di Kuala Lumpur akan diwujudkan - Khalid Abdul Samad

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,752
Reaction score
8,903
Points
2,226


MENTERI Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad pada sidang media Seminar Membasmi Kemiskinan Bandar di Putrajaya, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan Daftar Orang Miskin iaitu satu profil khusus yang mendaftarkan secara terperinci orang miskin di Kuala Lumpur dalam usaha membasmi kemiskinan bandar secara berkesan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata sudah tiba masanya satu bancian dibuat bagi mendaftar orang miskin di Kuala Lumpur.

“Kita perlu ada profil khusus untuk mereka, ada pihak yang tidak setuju golongan B40 adalah miskin bandar. Jadi, lebih baik kita wujudkan Daftar Orang Miskin.

“Apabila kita sudah ada perangkaan yang tepat, sebarang usaha untuk membasmi kemiskinan bandar boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) yang diwujudkan itu memang ada dan diteruskan, tetapi Daftar Orang Miskin untuk Kuala Lumpur ini adalah inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO),” katanya pada sidang media Seminar Membasmi Kemiskinan Bandar di sini, hari ini.

Seminar berkenaan adalah anjuran Yayasan Salam Malaysia dan Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan yang akan memfokuskan kepada mengenal pasti punca dan penyelesaian tepat mengenai permasalahan miskin bandar di Wilayah Persekutuan.

Sebanyak 16 kertas kajian akan dibentang dalam seminar anjuran Yayasan Salam Malaysia dan Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.

Dalam pada itu, katanya, istilah kemiskinan bandar khususnya di Kuala Lumpur juga perlu dikaji dan ditakrif semula.

“Sekarang ini, definisi kemiskinan dan garis kemiskinan yang ada kita akui terlalu umum. Sebagai contoh, sebuah keluarga dengan tujuh ahli keluarga akan menghadapi kesukaran menampung keperluan hidup dengan RM4,000 yang mungkin dilihat sebagai jumlah besar di tempat lain.

“Jadi seminar ini antara lain dilaksanakan untuk menakrif semula istilah miskin bandar secara lebih tepat menerusi kajian oleh NGO. Sama ada ia akan digunakan kerajaan secara rasmi atau panduan bagi kami di Kementerian Wilayah Persekutuan itu akan dilihat secara terperinci nanti.

“Seminar ini adalah usaha NGO dan kajian mereka. Kementerian Wilayah Persekutuan memberi bantuan dan sokongan yang mana dapatan kajian mereka akan dimanfaatkan dalam usaha membasmi kemiskinan bandar secara berkesan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kementeriannya juga akan mewujudkan badan pemikir atau ‘think tank’ ke arah menangani pelbagai masalah khusus membabitkan Wilayah Persekutuan termasuk miskin bandar dan kesesakan trafik.


 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,490
Reaction score
316
Points
81
Pi la tanya jbtn kebajikan, pusat zakat....list semua ada kt situ.....kamu tu dh level menteri bkn pembangkang dh adoi.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register