BTC USD 38,594.1 Gold USD 1,811.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Daesh ancaman keamanan di Asia Tenggara

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,299
Reaction score
5,172
Points
721
SINGAPURA: Kumpulan pengganas Daesh kekal sebagai ancaman pengganasan nombor satu di Asia Tenggara, menurut Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura 2021 oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.


Menurut laporan itu, rantau ini masih lagi menjadi sebahagian daripada 'khilafah sejagat' kumpulan pengganas itu, dengan Filipina dan wilayah Rakhine di Myanmar dijadikan medan jihad bagi penyokong pemimpin kumpulan itu.


Namun, jumlah dan skala komplot serangan pengganas termasuk kumpulan yang menyokong Daesh di rantau ini berkurangan pada 2019 dan 2020 disebabkan oleh langkah-langkah anti pengganasan yang ketat, lapor MediaCorp.


Malah, sekatan perjalanan disebabkan oleh pandemik COVID-19 menghalang pergerakan penyokong kumpulan itu di rantau ini, melakukan perjalanan ke zon konflik di Syria atau Iraq.

Di Indonesia misalnya, terdapat sekurang-kurangnya 29 serangan pengganas dan 25 komplot yang berjaya ditumpaskan dari 2019 hingga ke hari ini, membabitkan kumpulan kecil atau anggota perseorangan yang didorong oleh Daesh.


Pada 28 Mac lalu, sepasang suami isteri yang dikaitkan dengan kumpulan Jemaah Ansharut Daulah (JAD), yang menyokong Daesh meletupkan bom di luar sebuah gereja di Makassar, Sulawesi Selatan dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang awam cedera.


Di Malaysia pula, pihak berkuasa mematahkan tiga pakatan untuk melancarkan serangan oleh kumpulan militan dari pelbagai negara pada 2019 dan 2020.


"Penyokong Daesh di Asia Tenggara juga menyebarkan ideologi ganas melalui ruang-ruang siber dan secara aktif menyampaikan propaganda kumpulan tersebut dalam bahasa Indonesia dan Tagalog.


"Pada April lalu, seorang wanita rakyat Malaysia yang juga penyokong kumpulan berkenaan dilaporkan menjadi pentadbir utama kumpulan sembang pro Daesh serantau menerusi aplikasi WhatsApp," kata laporan itu.


Dengan lebih ramai orang meluangkan lebih banyak masa online sepanjang pandemik COVID-19, penyebaran propaganda radikal boleh mewujudkan lebih banyak kes individu yang menjadi radikal pada masa akan datang.


Laporan itu juga berkata, rantau Asia Tenggara turut berdepan ancaman daripada kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), yang terus merekrut anggota baharu dan beroperasi di Indonesia menerusi rangkaian sekolah-sekolah dan yayasan kebajikannya.


JI juga dilaporkan mengerahkan anggotanya menjalani latihan pertempuran daripada kumpulan militan yang ada kaitan dengan Al-Qaeda di Syria.


Laporan itu juga berkata, oleh kerana Singapura sebuah masyarakat terbuka, rakyatnya mudah terdedah kepada pengaruh yang disebabkan oleh perkembangan luar dan ini boleh meninggalkan kesan pada landskap keselamatan dalam negara. - AGENSI

 

CG Sponsors




Top
Log in Register