BTC USD 97,378.8 Gold USD 2,690.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Daerah Di Kedah, Kelantan, Terengganu Catat Kadar Penagih Dadah Tertinggi

Sponsored Post

Kelantan berusaha lahir komuniti rabbani

AZMI YUSOFAugust 28, 2024

KOTA BHARU: Program Hari Iqra’ dan Pesta Buku Darulnaim dianggap selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan cintakan ilmu.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri sebelum ini melancar Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan yang dilaksana di seluruh institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri.

Menurutnya menjadi harapan kerajaan negeri untuk melahirkan insan dan komuniti rabbani iaitu sebuah masyarakat yang hidup berlandaskan al-Quran dan sunnah.

“Oleh sebab itu, buku adalah sumber ilmu yang tidak ternilai dan ia merupakan jendela kepada dunia pengetahuan yang luas.

“Melalui pembacaan kita dapat memperkayakan minda meningkatkan daya pemikiran dan menyuburkan semangat ingin tahu dalam diri setiap individu,” katanya pada perasmian Hari Iqra’ dan Pesta Buku Darulnaim 2024 di Mydin Mall Tunjong dekat sini hari ini.

Sempena program itu Menteri Besar turut melancar buku ‘Agungnya Kitab Suci Al-Quran’ tulisan Tokoh Hijratul Rasul Kelantan, Dr Mohd Zain Mahmood.

Mohd Nassuruddin juga berkata, berdasarkan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati kadar pembacaan rakyat Malaysia semakin meningkat.

Tambahnya, hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara iaitu daripada dua naskhah buku setahun pada tahun 2005 kepada 15 naskhah setahun pada 2014.

Kata beliau bagi tempoh 2022 sehingga tahun ini, naskhah buku yang dibaca terus meningkat kepada 24 setahun.

“Namun, apabila dilihat kepada kecenderungan bahan bacaan yang menjadi pilihan pembaca sebanyak 34.5 peratus memilih bacaan fiksyen iaitu karya sastera seperti novel.

“Manakala hanya 10.2 peratus sahaja yang memilih karya agama sebagai bacaan mereka berdasarkan 695,488 buku yang dipinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia.

“Jumlah berkenaan belum lagi dikira seberapa lama masa diperuntukkan individu untuk membaca dan memahami al-Quran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/8/2024

 
Suami isteri ditahan bersama 6 kg dadah, pelbagai kenderaan disita

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
A view of the sea
MOHD Khairi (tiga kanan) bersama pegawai menunjukkan dadah yang dirampas selepas media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu. FOTO Ghazali Kori.
Kuala Terengganu: Pasangan suami isteri ditahan bersama dadah seberat enam kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM768,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kubang Ikan di sini, semalam.

Serbuan jam 1 tengah hari itu dibuat hasil intipan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berkaitan aktiviti pengedaran dadah itu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, suspek lelaki yang juga peniaga berusia 34 tahun serta isterinya berusia 37 dipercayai aktif dalam aktiviti berkenaan bermula awal tahun ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di rumah berkenaan menemui lebih 5.7 kilogram pil yaba bernilai RM720,000 dan 631.91 gram erimin 5 bernilai RM48,000 dengan rampasan dianggarkan bernilai RM768,000.

"Selain dadah, kita turut merampas beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Volkswagen Golf GTI 2.0, kereta Honda Jazz, sebuah kereta Yamaha RXZ, dua motosikal Yamaha Y15ZR dan sebuah motosikal Honda Vario, serta barangan kemas dan wang tunai RM79,000 dengan rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM1.05 juta.

"Sitaan dilakukan kerana kita mengesyaki kesemua aset terbabit diperoleh daripada hasil aktiviti pengedaran dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Mohd Khairi berkata, kesemua dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 48,000 penagih dadah dan dipercayai bekalan dadah itu untuk pasaran di negeri ini.

Katanya, hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati pasangan berkenaan negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan adanya sindiket. Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 8 September depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
[b
"Ini adalah rampasan terbesar dadah di Terengganu tahun ini dan kita akan sentiasa komited memerangi sindiket pengedaran dadah dalam memastikan matlamat menjadikan negeri ini bebas daripada gejala negatif ini," katanya.[/b]

Disiarkan pada: September 2, 2024 @ 6:01pm
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register