'Dadah hitam' RM2.4 bilion dirampas

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
16,752
Reaction score
3,644
Points
191

GUNI berisi arang batu dirampas dalam Op Eagle di Butterworth, Bayan Lepas dan Padang Serai. FOTO Mikail Ong













CAMPUR dadah dengan arang batu. Itu taktik terbaru dilakukan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang mencampurkan kokain seberat 12 tan bernilai RM2.4 bilion bersama arang batu bagi mengaburi polis.

Rahsia itu terbongkar selepas polis merampas kokain dalam tiga kontena yang dicampur bersama 60 guni arang batu dan menahan seorang lelaki berusia 29 tahun pada Op Eagle di Butterworth, Bayan Lepas dan Padang Serai, Kedah 10 September lalu.

Polis yang berdepan kesukaran mengesan dadah dicampur dengan arang itu kemudiannya menggunakan peralatan canggih milik Jabatan Kimia Malaysia.

Malah, dadah itu juga gagal dikesan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, aktiviti penyeludupan dadah didalangi sindiket antarabangsa itu menggunakan Malaysia sebagai lokasi transit sebelum bahan terlarang itu dihantar ke negara lain.

“Sindiket ini cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menggunakan kaedah baru iaitu mencampurkan dadah ke dalam arang batu yang sukar dikesan menggunakan teknologi dan kaedah biasa.

“Tiga kontena terbabit tiba 16 Ogos lalu dan diisytiharkan membawa arang batu,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bayan Baru di sini, semalam.

Menurut beliau, susulan itu, polis menahan lelaki warga tempatan yang menguruskan kontena berkenaan dan dia didapati positif methamphetamine.

“Suspek direman 14 hari sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.









sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/09/498910/dadah-hitam-rm24-bilion
 
Sponsored Post

Zulkarnine

Super Active Member
Joined
May 30, 2007
Messages
7,495
Reaction score
114
Points
73
mungkin lepas ini akan jumpa pula dadah bercampur dengan baja organik...
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
6,898
Reaction score
196
Points
73
Yg kena tahan tu kambing hitam ja ......dadah nie isu international tp mcm biasa la semua nak lepas tangan.....smp kt jadi port transit terbesar......xtau la brp kontena dh lepas....tp apa pun tahniah pdrm......
 

halfwit

Fun Poster
Joined
Sep 14, 2009
Messages
957
Reaction score
120
Points
23
29 tahun dah kena tali gantung. Padan muka. Harap mam-pos secepat mungkin.

Cha ya nun ke?
 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,977
Reaction score
1,439
Points
141
terbaik..
ianya bermula dgn integriti pihak polis.. dari bawah sampai ke atas..

baru berjaya nak tumpas..
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
16,752
Reaction score
3,644
Points
191
Tiada permintaan kokain di Malaysia - Pengarah JSJN

MOHD Khalil (dua dari kiri) bersama Abdul Hamid (tengah) pada sidang media rampasan kokain bercampur arang batu di Bayan Baru, Bayan Lepas, semalam. FOTO Mikail Ong.












CAMPURAN kokain dalam arang batu seberat 12 tan bernilai RM2.4 bilion yang dirampas polis di Butterworth, Pulau Pinang pada 10 September lalu dipercayai dibawa masuk ke negara ini untuk diproses menjadi serbuk.

Malah, sindiket menguruskan dadah itu dipercayai sudah membuat persediaan bagi memproses dadah berkenaan termasuk kemungkinan membina makmal dadah sendiri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, polis percaya sebaik ia diproses menjadi serbuk, dadah itu akan dihantar ke negara ketiga.

Beliau berkata, kokain adalah antara dadah paling mahal dalam pasaran dadah dunia dan tidak mempunyai permintaan di negara ini.

“Dadah ini hanya mempunyai permintaan di beberapa negara tertentu sahaja berikutan harganya yang mahal.

“Polis percaya sindiket pengedaran dadah antarabangsa cuba menjadikan Malaysia sebagai transit atau hub untuk memproses serta mengedarkannya kepada negara lain berikutan beranggapan pihak berkuasa mungkin terlepas pandang mengenainya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sidang media mengenai kejayaan terbesar itu dilakukan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bayan Baru, Bayan Lepas, semalam.

Mohd Khalel berkata, sindiket pengedaran antarabangsa itu dipercayai mempunyai pertalian dengan sindiket dadah di negara ini.

Katanya, ia kerana dadah itu hanya dialamatkan ke Pulau Pinang dan polis masih melakukan siasatan terperinci sama ada sindiket menguruskan dadah itu di negara ini sudah mempunyai alamat pembeli di negara lain.

Semalam, Harian Metro melaporkan kejayaan polis membongkar kegiatan penyeludupan dadah jenis kokain bercampur 60 guni arang batu yang dimuatkan dalam tiga kontena di Butterworth.

Kontena berisi dadah bercampur arang batu itu tiba di Pulau Pinang sejak 16 Ogos lalu dan polis pada mulanya berdepan kesukaran mengesan dadah berkenaan sebelum berjaya mengesannya menggunakan peralatan canggih milik Jabatan Kimia Malaysia.

Susulan itu, polis yang melancarkan Op Eagle menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang menguruskan kontena berkenaan pada hari sama dadah itu ditemui.

Suspek yang positif dadah jenis methaphetamine kini direman selama 14 hari sehingga 23 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.











sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/499065/tiada-permintaan-kokain-di-malaysia-pengarah-jsjn
 
Sponsored Post
Top
Log in Register