[Dadah Digital Yang Membimbangkan] Purata remaja Malaysia 'online' 6.6 jam sehari

CG Sponsors




oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191














GOLONGAN remaja di negara ini yang terbabit dengan ‘digital drug’ sangat membimbangkan apabila kajian mendapati mereka memperuntukkan masa selama lapan jam sehari untuk melayari internet.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia adalah hasil kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tahun lalu.

Katanya, kajian juga menunjukkan bahawa purata tempoh rakyat Malaysia melayari internet sangat tinggi iaitu 6.6 jam sehari.

“Kebanyakan pengguna mengakses internet menggunakan telefon pintar iaitu sebanyak 93.1 peratus.

“Penggunaan internet yang ekstrim akan mengakibatkan pengguna menjadi ketagih sehingga mengancam kesihatan fizikal dan mental.

“Pengguna juga turut terdedah kepada ancaman siber seperti penipuan dalam talian, gangguan siber kecurian identiti, buli siber, pengaruh media sosial dan spam sehingga mengakibatkan kerugian serta kemudaratan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian penutup Program Pencegahan Jenayah Dalam Kalangan Remaja Peringkat Negeri Kelantan 2019 di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MCPF Kelantan, Datuk Abd Aziz Nawi dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Abu [email protected] Fauzi Zahari.

Mengulas lanjut, Lee berkata, situasi ini membimbangkan sekiranya penggunaan internet oleh kanak-kanak dan remaja tidak dipantau ibu bapa kerana mereka akan ketagih.

“Bagi menangani masalah ini, MCPF akan menerbitkan 100,000 naskah buku panduan Awas Media Sosial dan Permainan Dalam Talian (AWASpada) dalam masa terdekat dan bakal diedarkan kepada murid, pelajar dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Buku ini adalah salah satu usaha menyedarkan masyarakat terutama pelajar dan remaja bahawa kita perlu berhati-hati terhadap penggunaan internet,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lee berkata, MCPF akan terus menjalankan program kepada golongan remaja terutama murid dan pelajar sekolah untuk memberi kesedaran supaya mereka tidak terbabit dengan gejala pengedaran serta penagihan dadah.

“Isu dadah musuh utama negara dan kita perlu bekerjasama menanganinya terutama ibu bapa dan penjaga diminta memantau anak-anak mereka,” katanya.










sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/514558/purata-rakyat-malaysia-online-66-jam-sehari
 
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,583
Reaction score
567
Points
121
Kalau ikut logik mcm ni, ibarat kenapa kita x pakai kuda je. Kenapa pakai kereta.

Terima la hakikat zaman dah berubah.

Macam bercanggah dengan arah tuju negara nak mencapai kemajuan dalam era IR 4.0 pula..

Digital economy is the future.

Siapa lambat, bye bye.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,394
Reaction score
11,361
Points
2,376
Zaman sekarang
Remaja byk main game
Bukan semua
Sambil update media sosial
Kawan depan mata macam takde sbb duk sblh² pun tgk handphone jgk
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,402
Reaction score
1,928
Points
206
Zaman sekarang orang mana ada masa nak belek buku. Bagi pdf kan senang. Go green.
 

nonoo1

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2010
Messages
5,839
Reaction score
311
Points
91
trak pelik dah..
ni la masa depan kita..
satu masa nanti org yg tak online yg dianggap pelik..
sekarang pun bagi aku kalo yg takda social media, aku cakap 'biar betul?'
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,376
Reaction score
3,328
Points
236
saya kalau xder projek, mau 24 jam duduk depan komputer .. tapi saya memang jarang belek2 smartphone, ada kala tolong mak bersihkan rumah, sapu2 sikit, makan pastu sambung balik :D
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,376
Reaction score
3,328
Points
236
Penggunaan Internet Dalam Kalangan Remaja Membimbangkan – MCPF

06.11.2019 - Kota Bharu, Penggunaan internet dalam kalangan belia di negara ini semakin membimbangkan apabila golongan itu memperuntukkan kira-kira lapan jam sehari berada dalam talian.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata hasil kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun lepas itu menunjukkan golongan belia telah terjebak dengan permasalahan era digital yang dikenali sebagai “digital drug”.

“Kajian itu juga mendapati bahawa purata penggunaan internet rakyat Malaysia adalah selama enam jam sehari dimana 93.1 peratus pengguna mengakses melalui telefon pintar.

“Amalan yang tidak sihat ini pastinya membimbangkan semua pihak dan mendedahkan rakyat negara ini dengan pelbagai jenayah siber termasuk penipuan dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian penutup Program Pencegahan Jenayah Dalam Kalangan Remaja Peringkat Negeri Kelantan 2019 di sini, hari ini.

Lee berkata menyedari wujudnya ancaman dan jenayah siber yang kini semakin berleluasa MCPF telah mengambil langkah menerbitkan buku panduan AWASpada (Awas Media Sosial dan Permainan Dalam Talian) yang dijangka akan diedarkan kepada sekolah di seluruh negara bulan hadapan.

Katanya buku panduan itu bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna media sosial mengenai tatacara melayari dan menggunakan media sosial bagi mengelakkan pelajar melakukan atau menjadi mangsa jenayah siber.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...net-dalam-kalangan-remaja-membimbangkan-mcpf/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register