Dadah bolos masuk lokap polis

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,454
Reaction score
1,882
Points
201
Dadah bolos masuk lokap polis

Share


Tweet




Nurul Amanina Suhaini
[email protected]

Johor Bahru: Sejumlah dadah jenis syabu dan heroin dirampas daripada tahanan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dekat sini, Ahad lalu.
Ujian saringan air kencing yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terhadap 129 tahanan reman di lokap terbabit turut mendapati 22 daripadanya adalah positif dadah.

Sumber berkata, empat anggota polis bertugas menjaga lokap itu turut menjalani ujian saringan air kencing dan mendapati seorang daripadanya positif dadah methamphetamine.
Menurut sumber lagi, dipercayai anggota polis yang positif dadah itu turut membawa masuk bekalan dadah ke dalam lokap IPD Kota Tinggi.
"Malah siasatan yang dilakukan mendedahkan terdapat dua lagi anggota polis terbabit dalam membantu tahanan reman membawa masuk dadah dan tembakau ke dalam lokap polis.
"Usaha sedang dilakukan bagi mengesan dua anggota polis berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, tiada anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terlepas daripada tindakan jika didapati terbabit dalam penyeludupan dadah di lokap.
Katanya, tindakan tegas akan diambil tanpa pilih kasih kepada anggota dan pegawai terbabit.
Menurutnya, sebelum ini Bukit Aman sudah mengambil tindakan tegas ke atas anggota dan pegawai yang terbabit dengan sindiket pengedaran dadah seperti yang berlaku di Langkawi, Kedah.
"Kita akan menjalankan ujian saringan air kencing ke atas tahanan lokap melebihi seminggu untuk mengesan jika ada dadah bolos di bawa masuk ke dalam lokap.
"Kita akan cari punca bagaimana dadah boleh masuk dalam lokap. Tidak kira mana-mana balai pun," katanya.
Kamarulzaman ditemui selepas program perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah.
Kamarulzaman berkata, siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perkara itu termasuk mengenal pasti dalang utama.
Katanya, beliau percaya berlaku penyeludupan dadah ke dalam lokap membabitkan pihak yang mengambil kesempatan terhadap penagih dadah yang ditahan.
"Mereka menggunakan ruang yang lopong untuk mengambil kesempatan dan keuntungan. Kita akan siasat secara menyeluruh perkara ini," katanya.
 
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,873
Reaction score
685
Points
121
sejak kebelakangan ni, byk masalah integriti dikalangan polis.

Allah nak tunjuk tu.

mcm ada something je.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,616
Reaction score
1,392
Points
201
harap2 ambil tindakan.. takut jadi barah
 

tokekapal114

Active Member
Joined
Apr 21, 2015
Messages
1,498
Reaction score
295
Points
51
harap2 ambil tindakan.. takut jadi barah
dadah dah masuk lokap..yg supply lak polis juga..mmg dah barah dah penguatkuasaan..apa la nk jadi ngn penguatkuasa malaysia..mmg ilang respect la kat polis.
 

pinjamankereta2013

Fun Poster
Joined
Feb 8, 2013
Messages
838
Reaction score
141
Points
33
Lama dah berlaku
Igt tak kes dadah hilang dlm kawalan balai polis...di shah alam rasanya
Dadah rampasan barang bukti...boleh hilang
Dlm balai polis plak tu
Lawak jenaka tahap tinggi gila

Tak tau la nak kata apa... byk kes sangkut paut anggota polis kebelakangan nie
Kes bawang..kes bawa lari cash 1.6j...kes rogol semasa PKP...kes dadah...kes Macau scammer...

Moga ada penambahbaikan integrity selepas ini
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,667
Reaction score
563
Points
81
Cuma tak didedahkan...

Kalau buka cerita jadi cani la... xhabis nak karang cerita

Takut hilang kepercayaan masyarakat.. tp dlm masa yg sama baik utk peringatan kat anggota lain dan public pon bole nmpk ada tindakan yg bagus
 

dindunk

Fun Poster
Joined
May 16, 2007
Messages
116
Reaction score
38
Points
30
Terbaikla dato ayob khan. Semoga Allah beri perlindungan pada dia.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
#johorbahru Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Johor sudah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap tiga individu, berhubung pengedaran dadah dalam lokap di IPD Kota Tinggi
https://www.hmetro.com.my/.../dadah-dalam-lokap-dah-buka...

Dadah dalam lokap: Dah buka kertas siasatan terhadap 3 pegawai polis [METROTV]


Johor Bahru: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor sudah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap tiga individu, berhubung pengedaran dadah dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan tatatertib dibuka terhadap Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kota Tinggi dan Ketua Polis Balai Kota Tinggi.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan jika ada mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam kes terbabit.
"Saya tekankan sejak saya mengambil alih negeri ini, aspek penyeliaan, kalau Ketua Polis daerah tidak selia dengan betul inilah yang akan berlaku. Penyeliaan dan akauntabiliti, kita akan jalankan tindakan, siasatan rapi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana Ketua Polis daerah, ketua jabatan yang tidak menyelia dan tiada akauntabiliti.

AYOB Khan. FOTO BERNAMA
AYOB Khan. FOTO BERNAMA

"Memang ada arahan dari Pengarah Narkotik Bukit Aman, setiap suspek yang ditahan selepas tujuh hari perlu dibuat saringan air kencing, tetapi ini tidak dijalankan. Selepas dapat laporan, kita daripada IPK Johor turun barulah mereka hendak buat ujian saringan air kencing.

"Kita lihat hasil siasatan, tapi dari aspek akauntabiliti dan penyeliaan itu memang tiada. Balai Kota Tinggi bawah IPD Kota Tinggi, kalau balai itu jauh dari IPD mungkin ada alasan, tetapi ini di bawah dagu dia.

"Tidak ada penyeliaan, itu saya tidak akan bertolak ansur. Dari awal saya cakap Ketua Polis daerah, Ketua Jabatan yang mana tidak bertanggungjawab ini, tiada integriti, tiada akauntibiliti dan tidak ada penyeliaan. Saya akan ambil tindakan," katanya pada sidang media di IPK Johor, di sini, hari ini.

Menurut Ayob Khan, tidak menolak kemungkinan mereka yang terbabit akan digantung tugas mengikut hasil siasatan.
"Mungkin kita tengok ada tindakan lebih tinggi itu buang kerja, ada tindakan lain juga selain tidak dibuang kerja",katanya.

Berita berkaitan
Dadah dalam lokap: 9 polis antara 10 ditahan [METROTV]
Dadah bolos masuk lokap polis



Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 1:53 PM

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,101
Reaction score
11,688
Points
1,906
#johorbahru Anggota polis yang bersekongkol bagi membekalkan dadah kepada tahanan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menerima upah bagi setiap kali penghantaran
https://www.hmetro.com.my/.../dadah-dalam-lokap-anggota...

Dadah dalam lokap: Anggota dapat upah RM50 hingga RM1,500 [METROTV]


Johor Bahru: Anggota polis yang bersekongkol bagi membekalkan dadah kepada tahanan di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menerima upah bagi setiap kali penghantaran.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, upah yang diterima antara RM50 hingga RM1,500.




Beliau berkata, kegiatan itu dipercayai bermula sejak awal November tahun ini.
"Mereka akan bersekongkol dengan pihak luar seperti kes ini anak perempuan 'Datuk Ajim' ini yang bawa (dadah) dan beri kepada anggota lokap.
"Kemudian anggota ini yang akan bawa serah kepada mereka (banduan). Anggota yang membawa dadah ke dalam lokap akan dibayar.

GAMBAR hiasan. FOTO Bloomberg

GAMBAR hiasan. FOTO Bloomberg

"Suspek pertama anggota polis dibayar RM1,500, seorang lagi anggota polis dibayar RM500 dan anggota polis wanita dibayar RM50. Bayaran mengikut pakej (dadah) yang masuk. Bayaran dibuat untuk sekali penghantaran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Menurut Ayob Khan, siasatan di dalam lokap IPD terbabit, mendapati ada satu sel lokap yang dijadikan port menghisap dadah.

"Dalam lokap IPD ini, ada satu sel yang dijadikan lokasi khas untuk menghisap dadah.

"Ini tangkapan pertama, kejadian mungkin banyak kali tapi tidak dapat dikesan, tiada pemantauan, tiada penyeliaan, mungkin tindakan tidak diambil dan cuba melindungi. Tidak ada melindungi sekarang ini, tindakan akan diambil," katanya.





Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 2:12 PM

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
Dadah lokap: Ketua Polis Daerah bakal berdepan tindakan tegas


 
Sponsored Post
Top
Log in Register