Dadah 1.5 juta di KLIA ditemui...

CG Sponsors




honda_primo

Banned
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
2 warga Pakistan, seorang Iran ditahan di KLIA bawa dadah


SHAH ALAM: Dua warga Pakistan dan seorang rakyat Iran ditahan dalam tiga kes berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana didapati membawa dadah yang keseluruhan seberat 10 kilogram (kg) dan bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Ketiga-tiga mereka yang masuk ke Malaysia sebagai pelancong kini ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dijatuhi hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan. Seorang lelaki Pakistan berumur 30 tahun ditahan kira-kira 9.50 malam pada Khamis minggu lalu setibanya dia dengan penerbangan dari Doha, Qatar. "Selepas diperiksa begnya, didapati 101 paket plastik yang disyaki berisi heroin gred tinggi seberat dua kg bernilai RM160,000 disembunyikan di dalam sehelai jaket kulit. "Pada keesokan harinya pula, seorang warga Iran berusia 36 tahun turut ditahan setibanya dengan penerbangan dari Dubai pada jam 8.00 malam. Pemeriksaan ke atas ruangan bahagian bawah beg pakaiannya oleh polis, mendapati empat plastik lutsinar disyaki berisi syabu seberat empat kilogram bernilai RM1 juta," kata Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir kepada pemberita hari ini. Beliau berkata, warga Iran ini datang ke Malaysia sebanyak empat kali dan polis sedang menyiasat sama ada sebelum ini dia masuk ke Malaysia dengan turut membawa dadah bersamanya. Semalam pula, seorang lagi warga Pakistan yang berumur 36 tahun ditahan kira-kira jam 10.20 pagi setibanya dari Tehran.

Dia didapati turut singgah di Bahrain sebelum itu. Nordin berkata, empat paket plastik yang disyaki mengandungi heroin gred tinggi seberat 4 kilogram bernilai RM320,000 dijumpai di dalam begnya. Lelaki ini sudah dua kali datang ke Malaysia. Nordin berkata, polis sedang menyiasat sama ada ketiga-tiga warga asing ini mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa yang sejak kebelakangan ini menggunakan warga asing seperti Iran dan Pakistan untuk membawa dadah ke Malaysia melalui KLIA. "Sejak awal tahun ini sehingga semalam, polis menahan 44 warga asing yang cuba menyeludup masuk dadah melalui KLIA, katanya.- Bernama
 
Sponsored Post

elegan

Active Member
Joined
Nov 10, 2008
Messages
1,421
Reaction score
1
Points
25
kalu lepas...pergghhhhh kaya tu !!.... he he...kalau....

tapi pelik gak...ramai btl duk rakyat iran jadi org tgh tu...
 

serai

Super Active Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
6,019
Reaction score
12
Points
65
kaya sekejap je pon
 

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
kaya dgn merosak kan hidup org..budu punya rakyat iran dan pakistan..
 

adissa7

Fun Poster
Joined
Aug 29, 2006
Messages
117
Reaction score
4
Points
15
hmm.. kalau kau la yang ada barang tu. agak agak boleh rasa pandai lagi tak?
hehehe.. mungkin dorang dah lapan kali lepas sebelum ni. yang last ni je jadi budu skit. :)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register