BTC USD 42,927.2 Gold USD 1,817.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Da’i Syed Rosakkan Anak Dara Orang, Bawa Balik Gadis Ke Rumah ?

Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,058
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
24,058
Reaction score
3,101
Points
266
Awards
1
Apa yg aku faham..
Bukti rogol kita serah kpd mahkamah..
Aku pun x pasti dia merogol ke tidak..

Tapi bukti dia ni seorang buaya..
Zahirnya dia mmg seorang "buaya.."

Dasar buaya itu boleh dikenali..
Cara dia berhubung dgn wanita..


IMG_20210317_111439.jpg



59_600_1000.jpg


:ROFLMAO:

mane "lepas rakam abang delete" ??
 

apoeki

Super Active Member
gem
Messages
7,808
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,808
Reaction score
853
Points
121
joy mana plk ni? janda hafiz midun ke
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,080
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,080
Reaction score
3,186
Points
261
Awards
1
Kes cabul pendakwah selebriti ke Mahkamah Sesyen
UTU_SEBUTKESDAISYED03-1-new.jpg
SYED SHAH IQMAL SYED MOHD. SHAIFUL
  • Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
  • 19 Mac 2021, 1:14 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
PETALING JAYA: Kes cabul yang dihadapi oleh pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini.
Majistret Muhammad Iskandar Zainol hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen yang turut mengendalikan prosiding pendakwaan persetubuhan luar tabii dan melibatkan mangsa sama.
Sebelum ini, prosiding kes cabul yang dihadapi Syed Shah Iqmal, 25, berlangsung di Mahkamah Majistret.
Dalam prosiding berasingan, Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat menetapkan 28 April ini sebagai tarikh sebutan semula serahan dokumen kepada pihak pembelaan.
Timbalan Pendakwa Raya Shanur Farrahin Shapri memaklumkan pihaknya mempunyai enam fail dan memerlukan tempoh sebulan untuk penyerahan dokumen.
Terdahulu, tertuduh tiba di sini pada pukul 9.15 pagi dengan mengenakan blazer berwarna merah bersama peguamnya, Syed Amirul Syed Edros.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal Syed mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.
Pendakwah muda itu turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kekerasan dengan niat mencabul mangsa yang sama di Mahkamah Majistret di sini.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di antara pukul 3 pagi dan 4 pagi, 17 Oktober lalu di rumah sewanya di Empire City, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana dekat sini.
Dia didakwa melakukan persetubuhan luar tabii mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Bagi kes cabul, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan. – UTUSAN ONLINE
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,080
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,080
Reaction score
3,186
Points
261
Awards
1
Saya disihir, santau melalui mata – Syed

By Wartawan MalaysiaGazette
21 April 2021
1619014136637.png

KUALA LUMPUR – Penyanyi kontroversi, Syed Syed Shah Iqmalmengakui dia sengaja tidak memandang terus ke kamera ketika membuat video atau siaran secara langsung di Instagram miliknya selama ini.

Menurut Syed, dia terpaksa bertindak sedemikian atas nasihat seorang ustaz yang memintanya untuk berhati-hati kerana berkemungkinan disihir atau santau melalui mata ketika membuat IG Live.

“Ya! Memang saya selalu tak pandang kamera. Di IG Live juga begitu. Sebab, beberapa bulan lalu saya berubat. Ustaz itu nasihatkan saya jangan terlalu pandang kamera.

“Sebab mereka hantar sihir dan santau melalui mata saya ketika waktu di IG. Mohon doakan. So struggle nak pulih,” tulisnya.

Syed mengulas tindakan seorang netizen yang mempersoalkan tindakan yang sering bercakap tidak memandang kamera.

Ia menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen yang turut memberi peringatan supaya ketika bercakap menghadap individu tersebut.

Sebelum ini, nama pendakwah berusia 26 tahun iu menjadi perhatian apabila berdepan dengan pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu. – MalaysiaGazette
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
17,928
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
17,928
Reaction score
3,109
Points
261
Awards
1
Saya disihir, santau melalui mata – Syed

By Wartawan MalaysiaGazette
21 April 2021
1619014136637.png

KUALA LUMPUR – Penyanyi kontroversi, Syed Syed Shah Iqmalmengakui dia sengaja tidak memandang terus ke kamera ketika membuat video atau siaran secara langsung di Instagram miliknya selama ini.

Menurut Syed, dia terpaksa bertindak sedemikian atas nasihat seorang ustaz yang memintanya untuk berhati-hati kerana berkemungkinan disihir atau santau melalui mata ketika membuat IG Live.

“Ya! Memang saya selalu tak pandang kamera. Di IG Live juga begitu. Sebab, beberapa bulan lalu saya berubat. Ustaz itu nasihatkan saya jangan terlalu pandang kamera.

“Sebab mereka hantar sihir dan santau melalui mata saya ketika waktu di IG. Mohon doakan. So struggle nak pulih,” tulisnya.

Syed mengulas tindakan seorang netizen yang mempersoalkan tindakan yang sering bercakap tidak memandang kamera.

Ia menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen yang turut memberi peringatan supaya ketika bercakap menghadap individu tersebut.

Sebelum ini, nama pendakwah berusia 26 tahun iu menjadi perhatian apabila berdepan dengan pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu. – MalaysiaGazette
Awat la ang merapu sngt nie cheq oooii
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,097
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,097
Reaction score
15,765
Points
2,066
Awards
1
Hakim menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu, terdapat dokumen belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Kes rogol Da’i Syed: Mahkamah tetap 15 Jun untuk serahan dokumen

28 April 2021


1619593629425.png

Syed Shah Iqmal hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi menghadapi pertuduhan yang dihadapinya pada Rabu.


PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menetapkan 15 Jun depan sebagai tarikh akhir untuk serahan dokumen lanjutan dalam kes salah laku seksual didakwa membabitkan pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.

Hakim Jamaludin Man menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid memberitahu, terdapat dokumen belum diserahkan kepada pihak pembelaan.
"Dalam kes ini membabitkan laporan perubatan. Dokumen lain sudah diserahkan kecuali laporan tersebut belum diberi kepada pihak pembelaan," katanya.

Perkara itu turut diakui oleh Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal.

Sebelum ini Mahkamah Majistret membenarkan kes cabul dihadapi oleh pendakwah selebriti itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen selepas Majistret Muhammad Iskandar Zainol membenarkan permohonan daripada pihak pendakwaan untuk memindahkan kes dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun yang juga penganggur di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini, pada jam 11.35 malam, 11 September 2019.

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara jam 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pendakwah tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh sama.

https://www.sinarharian.com.my/article/135888/BERITA/Semasa/Kes-rogol-Dai-Syed-Mahkamah-tetap-15-Jun-untuk-serahan-dokumen?utm_source=Telegram&utm_medium=Telegram&utm_campaign=Kes%20rogol%20Da’i%20Syed:%20Mahkamah%20tetap%2015%20Jun%20untuk%20serahan%20dokumen&fbclid=IwAR1Y5tdINhLvD9yTgZVBg6x-U8sjv7jRRvS8TX_P8DM95g1fcyS2FsQQ1wQ
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,887
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,887
Reaction score
2,361
Points
266
Awards
1
den doakan berkat bulan remdan, smuo mslh raykat akan selesai, aminnnn
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register