BTC USD 57,009.2 Gold USD 1,786.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CyberSecurity Malaysia: Awasi laman web perbankan Internet palsu

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Perbuatan mencuri maklumat menerusi internet semakin meningkat, demikian menurut nasihat oleh Pusat Bantuan Cyber999 CyberSecurity Malaysia.

Pusat Bantuan Cyber999 menerima banyak laporan daripada pengguna internet mengenai laman web yang hosnya dari luar negara.

Ia seperti beberapa laman web e-perbankan bank terkemuka di negara ini.

Laman web penipuan itu atau laman web palsu digunakan untuk "serangan mencuri" yang memanipulasi kelemahan keselamatan manusia.

Ia dilakukan dengan menceroboh entiti sebenar, sebagai contoh, meniru laman web perbankan biasa.

"Serangan mencuri" ini juga menggunakan taktik kejuruteraan sosial seperti menghantar e-mel spam, katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Kandungan e-mel terbabit menggunakan perkataan-perkataan yang meyakinkan untuk menipu orang ramai supaya membuka hubungan yang akan membuka laman web perbankan palsu.

Memandangkan laman web itu sama seperti laman web sebenar, pelanggan terpedaya dengan memasukkan maklumat sulit, seperti nama pengguna dan kata laluan e-perbankan ke dalam laman web e-perbankan palsu itu.

Menerusi kaedah itu, "serangan mencuri" mudah mencuri nama pengguna dan kata laluan pelanggan bank yang tidak mengesyakinya.

Bank tidak pernah meminta pengguna membuat kemas kini, menukar semula kata laluan, membuka akaun atau apa saja berkaitan perbankan menerusi e-mel dan URL.

"Jika anda menerima e-mel sama seperti daripada bank atau institusi perbankan, nasihat kami ialah abaikannya.

"Jika anda curiga, sila hubungi bank anda untuk tujuan pengesahan atau hubungi Pusat Bantuan Cyber999, kata Ketua Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri.

CyberSecurity Malaysia ialah pusat pakar keselamatan siber nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. - Bernama
 
Sponsored Post

zulco

Active+ Member
Messages
3,245
Joined
Jun 7, 2008
Messages
3,245
Reaction score
33
Points
40
baru nak ambil tindakan dgn menasihatkan org ramai. slownya....
 

zulco

Active+ Member
Messages
3,245
Joined
Jun 7, 2008
Messages
3,245
Reaction score
33
Points
40
memang betul bro usha dulu tapi rasanya dah 6 bulan & byk pengguna kat malaysia dah kena. patut ker? cuba bygkan kalo iri kita sendiri yg terkena. xkan cybersecurity kejenya ikut government gak.... hehehehe. jgn marah. biar ada initiative sikit... dah tahu pemancing (phishing) dari luar negara naper x blok je atau wat tindakan susulan mcm menyamar dulu ker.... ataupun alert online. jgn dah terkena baru nak ambil tindakan (serupa x wujudkan cybersecurity).... pls... mainlah peranan masing-masing. Takkan nak kena KPI mcm kerajaan ker @ anugerah SAPU.

akunya personal pendapat...
 

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
giler ahh org semakin cerdik ni..semua fake
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Messages
5,360
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam.......sebenarnya tahap keselamatan cyber di Malaysia memang x ok da......
 

TwiStEd pIps

Super Active Member
Messages
7,545
Joined
Sep 10, 2009
Messages
7,545
Reaction score
4
Points
65
aku pernah dapat email camni bertahun tahun yang lepas, tapi baru sekarang nak bagi warning.. >:) >:) >:)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register