BTC USD 62,237.9 Gold USD 1,765.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cybernetics buang pelajar hina pemimpin negara

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA LUMPUR - Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku pelajarnya yang menyalahi undang-undang negara.

Justeru, Lembaga Disiplin dan Lembaga Akademik kolej memutuskan untuk memberhentikan seorang pelajarnya yang didapati terbabit dalam perbuatan menghina pemimpin negara baru-baru ini, kata kolej itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, perbuatan pelajar semester ketiga jurusan Diploma Kreatif Multimedia terbabit adalah atas kapasitinya sebagai individu.

"Ia sama sekali tidak mewakili budaya ilmu yang dipraktikkan di Cybernetics," kata kenyataan itu.

Cybernetics juga mengambil langkah proaktif bagi membantu pihak polis sepanjang proses siasatan kes.

"Cybernetics sentiasa menyokong dan mendukung aspirasi kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini untuk melahirkan modal insan yang berilmu, bertatasusila, dan menjunjung keluhuran perlembagaan untuk pembangunan Malaysia dan kesejahteraan rakyat," kata kenyataan itu.

Pelajar terbabit adalah antara 11 individu yang dikenal pasti polis dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, pada malam 30 Ogos lepas.- Bernama
 
Sponsored Post

jejantas

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Harap2 jika para pelajar buat seks luar nikah n hiburan melampau pun boleh dibuang jika nak pertahankan prinsip tersebut. Ada berani?
 

liverpool

Super Active Member
Paid Membership
Joined
Mar 5, 2009
Messages
9,711
Reaction score
272
Points
91
Mengapu kena kuat,,,makin aku benci dgn umno ni, berat sebelah pulis2 ni
 

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
itulah padahnya disuruh belajar, lain yang dibuatnya.
 

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
Harap2 jika para pelajar buat seks luar nikah n hiburan melampau pun boleh dibuang jika nak pertahankan prinsip tersebut. Ada berani?

Takkan berani laaaa.....
 

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
27,576
Reaction score
162
Points
128
Harap2 jika para pelajar buat seks luar nikah n hiburan melampau pun boleh dibuang jika nak pertahankan prinsip tersebut. Ada berani?

kat uitm, mmg kene buang klau student kene tangkap khalwat
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register