RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 29,286
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 29,286
- Reaction score
- 594
- Points
- 166
Negeri Sembilan mempunyai banyak lokasi-lokasi menarik yang ramai tak tahu. Terutamanya lokasi penginapan yang sangat unik jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Jadi kalau korang ada plan nak pergi bercuti ke Negeri Sembilan terutamanya Seremban, korang patut duduk di The Dusun Mantin. Memang sangat cantik dan unik resort ni.
The Dusun Mantin diberi nama dusun kerana pada asalnya resort ini merupakan sebuah dusun durian. Owner ni tukar dan upgrade dusun ni menjadi resort sebab beliau mahu berkongkis keindahan dusun tersebut kepada orang ramai. Dan bila dibina di atas dusun durian, sudah pastinya korang boleh makan durian yang ada di sini, free je tau.
Yang paling best design yang digunakan di sini sangat unik yang diperbuat daripada kayu dan menggunakan gabungan tradisional Melayu dan moden. Daripada rumah korang, pemandangan hutan lipur semulajadi yang tak pernah disentuh oleh manusia terpampang indah. Terdapat 7 jenis rumah yang korang boleh pilih.
kredit: rileklah