BTC USD 38,092.6 Gold USD 1,831.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cuti beramai-ramai jika isu tindas rider E-Hailing tak diendah kerajaan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1

‘Cuti beramai-ramai jika isu tindas rider P-Hailing tak diendah kerajaan’​

Kementerian mana patut tanggungjawab, desak tindakan segera​

Athirah Huda Zalhe22 hours ago
9313C3F4-2161-452A-A797-11ECE318CC31-780x470.jpeg

BANGI, 30 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Bukan hanya ditekan sistem seliaan yang tidak terkawal, golongan penghantar makanan (P-Hailing) juga berdepan penindasan berkaitan hak beragama.

Sudahlah tidak dilindungi sebagai hak pekerja, golongan ‘rider’ ini juga dinafikan tanggungjawab terhadap tuntutan agama, khususnya membabitkan solat.

Sebelum ini, rider beragama Islam mendakwa, mereka berisiko menghadapi kejatuhan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekiranya berhenti untuk menunaikan solat serta menolak mengambil pesanan berasaskan babi.




Atas sebab itu, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berjanji untuk mengetengahkan isu ini, kerana percaya selagi tiada penyeliaan dan kawalan khusus oleh mana-mana kementerian terhadap industri P-Hailing, nasib rider tidak akan terbela.

Bagaimanapun, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya tertanya-tanya kementerian khusus manakah yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas industri P-Hailing di negara ini.

“Apakah Kementerian Sumber Manusia? Apakah Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna atau Kementerian Pengangkutan?

“Kalau ada isu meletus, menteri-menteri akan main ‘passing-passing’ ke sini sana konon bukan bidang kuasa kami sampailah isu itu disenyapkan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin mendedahkan mengakui terdapat ‘rider’ terpaksa berkongsi helah untuk solat ketika bekerja tanpa dikurangkan KPI.

“Nak solat pun takkanlah terpaksa berhelah dan curi-curi? Ini sangat menyedihkan.

“Menteri agama mesti campur tangan dalam isu ini juga kerana sudah masuk isu halal haram dan hak untuk solat,” katanya.

Beliau turut kesal apabila golongan penghantar makanan juga tidak dilindungi insurans dan tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Perkeso, kononnya kerana mereka dianggap bukan pekerja syarikat.

“Memang itulah yang terjadi pun kerana sudah dua kes pihak kami bantu yang melibatkan adik-adik Rider, syarikat tak ambil tanggungjawab langsung pun.

“Syarikat pun tidak ‘dikacau’ pun apabila rider-rider mereka kena kes mahkamah. Kerana apa? Kerana tiada regulasi dan polisi yang jelas,” katanya.

Justeru, beliau menggesa kerajaan segera mengambil tindakan dengan membuat polisi serta dasar khusus untuk melindungi hak industri p-hailing.

“Parlimen itu tempat buat polisi dan dasar, bukan bergaduh atau buat drama. Para Rider sebenarnya saya anggap sebagai frontliner juga, hero yang tidak didendang.

“Jika tidak, mungkin tiba masanya untuk adik-adik Rider bersolidariti beramai-ramai ‘ambil cuti’ sebentar, kita tengok apa jadi dengan syarikat-syarikat gergasi yang angkuh itu.

‘Ambil cuti’ tak salah kan? Lagipun mereka bukannya pekerja syarikat yang diiktiraf dan ada jaminan apa-apa dari syarikat pun,” katanya.

Pautan berkaitan:

Penafian:
Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,032
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,032
Reaction score
3,126
Points
261
Awards
1
E-hailing p-hailing sama ja la....kerajaan bertukar2 pun xleh lwn ngn kapitalis nie.....persaingan xsihat driver yg teruk hadap.....
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Tak bole semayang
Di paksa hantar makanan babi

astafirullah
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,550
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,550
Reaction score
4,075
Points
261
Awards
1
Kita pun sedia maklum siapa yg punya Grab ke..Panda ke...Gajah ke...mereka terkenal dgn perangai MENINDAS....asal usul mereka pun menindas...kalau tak takde lah berboyong boyong pada zaman dahulu berhijrah ke luar negara
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,032
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,032
Reaction score
3,126
Points
261
Awards
1
Kita pun sedia maklum siapa yg punya Grab ke..Panda ke...Gajah ke...mereka terkenal dgn perangai MENINDAS....asal usul mereka pun menindas...kalau tak takde lah berboyong boyong pada zaman dahulu berhijrah ke luar negara
Mn ada menindas depa baik2 semua suka tolong org susah, kerajaan pun sayang selalu bg depa lesen....sapa ckp menindas tu penipu besaq la org tu hahaha
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,550
Joined
Jan 12, 2008
Messages
24,550
Reaction score
4,075
Points
261
Awards
1
Mn ada menindas depa baik2 semua suka tolong org susah, kerajaan pun sayang selalu bg depa lesen....sapa ckp menindas tu penipu besaq la org tu hahaha
alamak aku sudah berbohong..... sana sini berbohong...berdonsa...
 

stillFX

Super Active Member
gem
Messages
7,932
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,932
Reaction score
1,065
Points
151
dh rider kita ngn vendor kita tak nak support yang muslim punya.

cer try support.. InsyaAllah boleh berjaya


Di sini Berusaha, Di Sana Berusaha.............rancak berjayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register