BTC USD 57,071.6 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Curi tong roro, kemudian sewakan

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,550
Reaction score
262
Points
51

FOTO HIASAN.

Serdang: Polis menahan lima individu Geng Roro yang dipercayai aktif mencuri tong 'Roll On Roll Off' (Roro) untuk sampah pukal dalam serbuan di sebuah ladang sawit di Sungai Tangkas, Kajang, pada 28 April lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Mohd Rosdi Daud berkata, dalam serbuan jam 8 malam itu, pihaknya menahan tiga lelaki tempatan serta dua lelaki warga India berusia antara 20 hingga 38 tahun dipercayai terbabit dengan kegiatan curi tong roro.

"Kami turut merampas pelbagai barangan termasuk 14 tong Roro, satu tong gas, dua mesin pemutar skru, dua penyembur cat, sebuah motosikal dan lori yang dianggarkan bernilai lebih RM140,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, hari ini.

Mohd Rosdi berkata, modus operandi geng itu adalah mengenal pasti tempat untuk mencuri tong itu pada waktu siang sebelum datang semula ke lokasi berkenaan pada waktu malam.

"Suspek akan melarikan tong berkenaan dengan menggunakan lori untuk mencangkuk tong berkenaan.

"Selepas dicuri, tong itu akan dicat dan diubah suai dengan meletakkan nama syarikat di ladang sawit berkenaan sebelum diserahkan kepada seorang suspek yang mempunyai syarikat menjalankan perniagaan sewa tong terbabit.

"Difahamkan tong berkenaan bernilai antara RM5,000 hingga RM6,000 setiap satu. Suspek menyewakan tong berkenaan dengan bayaran antara RM150 hingga RM200 setiap tong," katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati seorang daripada suspek tempatan berkenaan mempunyai 20 rekod jenayah berkaitan kes curi dan baru tamat hukuman Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959 pada Ogos tahun lalu.

"Seorang lagi lelaki tempatan turut mempunyai rekod jenayah berkaitan kes curi serta rompak, manakala tiga lagi suspek termasuk dua lelaki warga India tiada rekod jenayah.

"Ujian saringan air kencing pula mendapati semua suspek berkenaan negatif dadah," katanya.

Katanya, pihaknya berjaya menyelesaikan 14 kes curi tong Roro di sekitar Lembah Klang termasuk daerah Serdang dengan penahanan lima ahli geng terbabit yang aktif melakukan kegiatan itu sejak tujuh bulan lalu.

"Semua suspek direman enam hari bermula 29 April lalu hingga hari ini dan akan disambung reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.


== harian metro
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
26,175
Reaction score
1,987
Points
206
Hahaha bijak betul bisnes curik tong roro ni. Curi pastu repaint n resell.

Jiwa bisnes yg bagus tapi bangang tahap gaban. Ekekeke
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,625
Reaction score
21,173
Points
1,671
Tu la baru tau roll on roll off rupanye
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,455
Reaction score
207
Points
83
camne kantoi tu... Agak2 dia pasang umpan kot.. Silap besar la igt boleh lepas mcm tu je..
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,615
Reaction score
499
Points
131
kaya ooo tauke roro bin ni

kalau kat site 1 trip bolwh bantai 300-400

masyuk la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register