BTC USD 41,686.6 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Curi elektrik lombong bitcoin | Sindiket melombong bitcoin guna rumah sewa

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
8,127
Reaction score
252
Points
91
mereka takkan buat punya sebab mereka juga yg rugi.. geng 2 mining sebenarnya pembeli yg menguntungkan perniagaan mereka sebenarnya.. bukan 1 unit mereka beli.. tapi beratus sampai beribu pun ada


org bisnes ni lain sikit otak die, die buat duit kat lain.
dari gamers dpt untung dari miners dpt untung. skarang die dpt untung dr miners je

The technology giant still plans to serve Ethereum miners, though. With the new Cryptocurrency Mining Processor (CMP), Nvidia is offering a professional mining-specific product that doesn't "do graphics," per the post, a move it first announced last month.
 
Sponsored Post

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,352
Reaction score
767
Points
171
sesuai utk mining etherium
 

Attachments

  • etherium device mining.jpg
    etherium device mining.jpg
    297.3 KB · Views: 10

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,352
Reaction score
767
Points
171
hehe lek lah bos.. nak sedapkan hati

antara benda yg aku regret dlm hidup ni.. antaranya bitcoin

sbb dulu ramai member main.. aku je dok tanguh2.. :p
ko mining etherium dgn litecoin.. lepas tu ko convert beli BC,,,nak mining BC dah tak sesuai sekarang.. orang tengah giler2 mining pool, mmg susah dah...
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,250
Reaction score
5,167
Points
721
997537.jpg

Anggota polis melakukan serbuan ke atas premis yang diubahsuai untuk aktiviti melombong bitcoin menggunakan elektrik curi di Lipis.

Polis bongkar kegiatan curi elektrik lombong bitcoin di Lipis

LIPIS - Polis berjaya membongkar kegiatan mencuri elektrik bagi tujuan perlombongan mata wang bitcoin yang berselindung di sebalik kedai membaiki motosikal dan premis perniagaan di Kuala Lipis di sini.

Kegiatan disyaki didalangi dua suspek berusia 25 dan 29 tahun itu terbongkar hasil pemantauan pihak polis dibantu kakitangan syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke atas sebuah premis di Pusat Perniagaan Lipis Jaya di sini pada Rabu minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, susulan penahanan suspek di Gua Musang pada Rabu (9 Mac), pihaknya berjaya mengesan sebuah lagi premis yang menjalankan kegiatan itu di jalan pintasan Tempoyang di sini.

Menurutnya, susulan serbuan ke atas dua premis tersebut, pihaknya merampas 127 mesin melombong bitcoin, perkakasan komputer, modem dan papan suis utama pendawaian elektrik uang diubah suai untuk digunakan dalam kegiatan itu.

"Suspek yang berasal dari Perak dan Johor kini direman hingga Sabtu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Azli berkata, kegiatan itu berjaya dibongkar setelah pihaknya memantau sebuah premis membaiki motosikal di Pusat Perniagaan Lipis Jaya yang ditutup, namun didapati ada aktiviti mencurigakan di tingkat atas.

"Dalam pemantauan awal, kita dapati kedengaran bunyi angin yang kuat dari tingkat atas dan disyaki wujud kegiatan melombong bitcoin dengan mencuri elektrik kerana tiada papan suis utama di hadapan premis tersebut.

"Berdasarkan maklumat itu, kita melakukan serbuan dengan memecah masuk premis berkenaan dan mendapati ia telah diubah suai dengan menempatkan 70 mesin bitcoin pada ruang belakang.

"Ketika serbuan dilakukan, semua mesin sedang beroperasi dan hasil pemeriksaan pihak TNB mendapati terdapat kabel elektrik yang disambung secara tidak sah," katanya.

Katanya, hasil siasatan lanjut, suspek mendedahkan terdapat sebuah lagi premis menjalankan kegiatan isama di Jalan Pintasan Tempoyang yang menempatkan 57 mesin bitcoin.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...giatan-curi-elektrik-lombong-bitcoin-di-Lipis
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

cotek21

Fun Poster
Joined
Dec 28, 2020
Messages
198
Reaction score
73
Points
30
2nd hand 11.3k ada orang jual.. aku rasa mcm ada burn atau selalu hangup benda tu.. rugi.... yang baru dalam rm14.7k direct dari china.. kalau tempatan punya mahu RM25k serba satu

Pada aku la &
Aku yakin semua orang atas dunia ni pn sama dgn aku punya fikir..

Bila dah hebat trade, jana duit sendiri buat apa nk jual robot EA, mesin, buat kelas, buat skim dll.

Baik duk diam2 pakai sendiri
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,352
Reaction score
767
Points
171
Pada aku la &
Aku yakin semua orang atas dunia ni pn sama dgn aku punya fikir..

Bila dah hebat trade, jana duit sendiri buat apa nk jual robot EA, mesin, buat kelas, buat skim dll.

Baik duk diam2 pakai sendiri
nak senang buat trader.. buy sell.. beli, simpan, tunggu naik.. jual... kita tunggu BTC crash sekali lagi,
p/s: luno masih tak approve akaun aku...
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,250
Reaction score
5,167
Points
721
mfazley-bcoin24_1616558589.jpg

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman (dua dari kiri) menunjukkan peralatan yang digunakan untuk melombong bitcoin. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Polis rampas mesin perlombongan bitcoin RM1.6 juta

NILAI: Polis menumpaskan sindiket mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin, menerusi serbuan di sembilan premis di sekitar kawasan Nilai, semalam, membabitkan nilai rampasan RM1.6 juta.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata operasi bersepadu dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan itu, menyerbu ke empat premis di Bandar Enstek dan lima di Bandar Baru Nilai dengan merampas 581 unit mesin perlombongan bitcoin.

Berikutan itu, TNB turut mengalami kerugian sebanyak RM2.1 juta akibat aktiviti haram yang dijalankan hampir setahun.

"Operasi dijalankan pada jam 1 tengah hari itu sehingga 5 petang dan polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara China berusia dalam lingkungan 30 tahun.

"Hasil soal siasat terhadap suspek, mereka mengaku sebagai juru teknik dalam satu premis yang diserbu itu. Ketika serbuan, mereka sedang memeriksa dan membuat penyelenggaraan ke atas mesin perlombongan bitcoin," katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ini menggunakan premis tingkat atas sebagai kegiatan perlombongan bitcoin bagi mengelakkan disedari pihak berkuasa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, 427 Kanun Keseksaan, dan Seksyen di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,250
Reaction score
5,167
Points
721

3 lelaki ditahan curi elektrik melombong bitcoin​


SEREMBAN: Polis menahan tiga lelaki disyaki terbabit mencuri elektrik bagi menjalankan kegiatan perlombongan mata wang bitcoin di Seremban 2, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak, berkata sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban membuat serbuan di tiga premis perniagaan di Seremban 2, kira-kira jam 2 petang.

"Hasil serbuan itu, kita menahan tiga lelaki disyaki terbabit kegiatan perlombongan bitcoin dengan mencuri elektrik yang mengakibatkan kerugian pihak lain.

"Beberapa peralatan turun dirampas membabitkan 300 unit mesin bitcoin jenama Avalonminer A851, monitor (3), Unit Pemprosesan Pusat (3), Modem (3) dan tiga telefon bimbit.

"Barangan lain turut dirampas termasuk serangkai anak kunci dan sebuah kenderaan dengan rampasan keseluruhannya bernilai kira-kira RM600,000," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menanggung kerugian akibat perbuatan seperti ini dengan dianggarkan kira-kira RM75,000 sebulan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,250
Reaction score
5,167
Points
721
hoo_coin11_1618108321.jpg

Modus operandi sindiket ini menggunakan premis tingkat atas sebagai kegiatan perlombongan bitcoin bagi mengelakkan disedari pihak berkuasa. - NSTP/Abnor Hamizam Abd Manap

Polis bongkar kegiatan bitcoin di Bahau​

JEMPOL: Polis membongkar kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi kegiatan melombong bitcoin selepas menyerbu lima premis di sekitar Bahau di sini, malam tadi.

Berikutan itu, polis merampas 190 unit mesin perlombongan bitcoin dengan nilai rampasan berjumlah RM380,000.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata serbuan jam 11.30 malam itu dilakukan bersama 'Special Engagement Against Losses' (SEAL), Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, ia adalah operasi membabitkan rampasan terbesar berkaitan perlombongan Bitcoin di daerah ini.

"Kesemua premis ini dipercayai sudah beroperasi sejak dua hingga 12 bulan lalu menyebabkan TNB mengalami kerugian sebanyak RM216,487.


"Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini. Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti dalang sama ada pemilik premis dan penyewa mempunyai kaitan atau sebaliknya," katanya pada sidang media di Pusat Perniagaan Ara, Bandar IOI di sini, malam tadi.


Chang Hook berkata, modus operandi sindiket ini menggunakan premis tingkat atas sebagai kegiatan perlombongan bitcoin bagi mengelakkan disedari pihak berkuasa.


Katanya, set mesin bitcoin, unit pemprosesan pusat (CPU), monitor dan modem antara yang dirampas polis dalam serbuan itu.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,250
Reaction score
5,167
Points
721
coin_1620446447.jpg

Polis memeriksa peralatan melombong Bitcoin yang dirampas dalam serbuan di premis di Pusat Bandar Senawang kerana mencuri elektrik - Gambar NSTP/ Mohd Amin Jalil

Premis curi elektrik lombong Bitcoin diserbu​


SEREMBAN: Kegiatan mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan aktiviti melombong mata wang digital, Bitcoin di empat buah premis kedai di Taipan 2 Pusat Bandar Senawang, di sini, dibongkar dalam satu serbuan, petang semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani, berkata Kegiatan itu dipercayai telah mula beroperasi sejak Ogos tahun lalu yang mengakibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerugian kira-kira RM1.2 juta.


Katanya, hasil risikan dalam tempoh dua minggu, satu operasi oleh sepasukan polis bersama kakitangan TNB dilancarkan pada jam 2.30 petang semalam.


"Mereka menggunakan modus operandi menyewa premis bangunan tingkat dua premis bagi mengelak dikesan pihak berkuasa sebelum membuat penyambungan elektrik secara haram.

"Bagaimanapun, ia terbongkar selepas TNB mengesan penggunaan elektrik yang tinggi di semua premis terbabit.


"Keempat-empat premis terbabit berada tidak jauh di antara satu sama lain dan ada yang bersebelahan.


"Melihat kepada keadaan di dalam premis dengan peralatan yang dipasang, ia telah dijadikan sebagai tempat melombong Bitcoin sejak Ogos tahun lalu dengan mencuri elektrik tanpa sambungan meter TNB," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, pihaknya akan buka kertas siasatan dan akan mengenal pasti dalang di sebalik aktiviti berkenaan manakala pemilik premis juga akan dipanggil bagi membantu siasatan.


Katanya, polis percaya kemungkinan keempat-empat premis terbabit disewa oleh pihak yang sama, namun siasatan lanjut akan dijalankan.


"Polis juga merampas semua 355 mesin dan beberapa peralatan lain dari keempat-empat premis berkenaan untuk tindakan lanjut.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 kerana mencuri elektrik dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat terhadap bangunan," katanya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register